Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Di mana silapnya Biro Tata Negara?

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 12 Disember 2009

Oleh:- Sahabat Mantap

Dari petikan Utusan Malaysia

DI mana silapnya Biro Tata Negara (BTN)? Satu persoalan yang menjadi isu baru yang dimainkan oleh parti pembangkang. Kenapa? Kerana dia takut rakyat Malaysia menjadi manusia. Dia takut rakyat Malaysia menjadi insan yang baik, itu yang dapat saya simpulkan.

Mungkin ada sesetengah mereka sebagai orang yang pernah mengikuti kursus BTN ini sependapat dengan saya tapi mereka tidak dapat luahkan apa yang mereka rasa.

Ini pendapat saya dan pengalaman yang saya pernah mengikuti kursus ini. Memang banyak kebaikan. Tidak kira sekiranya Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah ataupun pakatan pembangkang sendiri mungkin pada suatu hari nanti. Pakatan pembangkang yang berkeinginan sangat mahu membentuk kerajaan. Sebab, semasa mengikuti kursus ini dapat menyemai satu perasaan yang begitu sayangkan tanah air.

Sebagai satu contoh ketika mengikuti satu sesi kalau tidak silap saya sesi itu kami dalam satu kumpulan diberi satu kertas berukuran A4. Kecil sahaja kertas itu tapi kertas itu ibarat tanah air kami dan kami pijak kertas A4 itu dengan bersungguh-sungguh sambil berzikir dan kami menangis kerana ada tangan-tangan jahat yang ingin merampas tanah air kami. Perasaan sayangkan tanah air begitu tebal sehingga terbawa-bawa ke hari ini. Buruk ke jika ada semangat sayangkan tanah air kami dalam kursus BTN?

Ketahanan diri ketika mendaki bukit, memilih salah seorang daripada ahli kumpulan kami sebagai ketua. Ketika itu ketua kumpulan kami yang kami amanahkan menjaga kami sepanjang ekspedisi itu ialah seorang lelaki yang agak nanar dan bersikap kasar. Tapi kami amanahkan dia menjaga kami dan kami berjaya membentuk dia menjadi seorang yang cukup prihatin dan berjaya menjaga, menolong kami yang hilang semangat untuk habiskan ekspedisi itu.

ia sanggup memikul beg sandang kami bila kami tidak larat membawanya. Bukankah itu satu kursus yang telah berjaya membentuk seseorang yang ada sikap pentingkan diri sendiri sehingga lahir sikap yang baik, sayang pada ahli kumpulan dan yang penting sekali BTN telah berjaya menerap nilai-nilai murni dalam hati seseorang. Salahkah BTN?

Kami diwajibkan sembahyang berjemaah setiap kali masuk waktu solat, qiamullail juga telah membentuk kami menjadi insan yang sedar kesalahan kami, betapa kecilnya kami dengan dosa-dosa kami lakukan. Dan selepas qiamullail itu ketua kumpulan saya memotong rambutnya yang panjang, menangis kesedihan, Ya Allah, kau telah bukakan pintu hati seorang hamba-Mu yang selama ini lalai tapi setelah BTN dia ingin menjadi seorang insan berguna. Gagalkah BTN membentuk masyarakat?

Dan akhir sekali, yang saya ingat, sesi luahkan apa yang kita suka dan apa yang kita tidak suka, juga pengalaman sedih dan pengalaman gembira sepanjang hidup. Kami luahkan apa sahaja yang selama ini kami simpan dalam hati. Ada yang menangis, ada yang ketawa. Kami merasa lega selepas itu. Salahkah BTN?

Itu mungkin sedikit antara contoh-contoh. Tapi apa yang dapat saya rumuskan BTN itu tidak silap. Banyak manfaat yang kami terima. Kami sayangkan tanah air kami, kami sedar akan dosa-dosa kami pada Tuhan, pada ibu bapa dan pada diri sendiri.

Mungkin ada yang mempunyai ego yang tebal, merasa diri mereka sudah sempurna yang tidak suka akan BTN. Mungkin juga seseorang yang ada terselit perasaan pentingkan diri sendiri atau lebih baik saya katakan takut tergugat untuk menambah ahli parti dan takut sangat pada BTN.

Tapi bagi saya dari kursus BTN yang saya hadiri semasa muda dulu hingga sudah berusia ini berjaya membentuk diri dan hari ini saya tidak sabar untuk menghantar anak-anak saya yang semakin membesar sekiranya ada peluang.

Advertisements

Satu Respons to “Di mana silapnya Biro Tata Negara?”

  1. Katakanlah said

    Kenapa baru kini pertikaikan BTN ye. Tentu ada makna tu. Dia bimbang BTN tidur kot. Mungkin untuk BTN ambil peluang perkasakan lagi kursus di BTN. Saya menunggu untuk kursus di BTN buat kali kedua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: