Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

TAK SAMA TAPI SERUPA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 11 Disember 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Bercakap fasal perpecahan parti, jangan ingat MCA atau MIC saja, jangan lupa PKR dan PAS (Parti Islam Se–Malaya). Kadang-kadang kita tumpu hanya pada masalah parti dalam BN saja, kita lupa PKR dan PAS ada masalah perpecahan juga. Mereka pun jangan kata, krisis dalaman masalah parti dalam BN.

Tengoklah apa jadi pada PKR sekarang. Lepas sorang, sorang pemimpinnya keluar. Lepas sorang, sorang bekas pemimpinnya membuat kenyataan mengecam parti itu. Semua orang tahu, ada orang yang sangat berpengaruh dalam parti yang sebenarnya lebih kuat daripada mana-mana pemimpin lain.

Semua orang tahu kenapa banyak pemimpin dan ahli parti keluar parti. Memang hal ini bukan baru, tapi akhir-akhir ini keadaannya makin memburuk. Masalah dalaman dah melimpah keluar. Di negeri yang mereka paling kuat pun, Selangor, keretakan itu makin hebat. Macam-macam yang kita dah dengar di situ.

Begitu juga dengan PAS. Air tenang jangan disangka tak ada buaya. Sebenarnya air dalam PAS tak tenang juga. Ada pergolakan besar dalam PAS. Kita tahu ada pertarungan hebat antara kelompok ulama dengan kaum muda dalam PAS. Kita tahu macam-macam masalah yang berlaku sekarang yang dah melimpah keluar parti.

Banyaklah kenyataan pelik yang menunjukkan PAS sebenarnya sedang melalui proses yang menyakitkan. Jadi pembangkang tak bolehlah tunjuk jari pada kelemahan orang lain. Mereka kena ingat, tepuk air di dulang kena muka sendiri, jangan jadi keadaan, mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih.

Satu Respons to “TAK SAMA TAPI SERUPA”

  1. pakcikli00 said

    kalau tak di pecahkan ruyung mana dapat sagunya yeop’ itu pun sampai pening kepala nak memikirkanya sapa suruh. cuba berfikir lebih mantap lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: