Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PRU 13 PADA MEI 2011?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 10 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Desas-desus yang berligar di kalangan pemerhati politik tanahair menyatakan berkemungkinan PRU 13 akan diadakan lebih awal iaitu sebelum Mac 2012. Perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana sebelum ini PRU pernah diadakan lebih awal dan terbarunya PRU 12 lalu yang sepatutnya diadakan pada penghujung tahun 2008 atau awal tahun 2009. Cuma perbezaannya kali ini adalah ianya berkemungkinan akan diadakan serentak dengan PR Negeri Sarawak iaitu pada Mei 2011.

Pada pandangan penulis, mengadakannya serentak dengan PR Negeri Sarawak adalah langkah bijak kerana setidak-tidaknya, ia dapat memudahkan proses pilihanraya baik bagi negeri Sarawak mahupun Persekutuan, Sarawak tak perlu lagi nak buat dua kali persediaan untuk pilihanraya. Selain itu, ia dapat juga menjejaskan strategi pakatan pembangkang khususnya DAP dan PKR yang asyik dok berusaha bersungguh-sungguh menghuru-harakan suasana politik di sana.

Sejak kebelakangan ini, pakatan pembangkang sudah mula melaksanakan ” Kempen Menghentam Kerajaan BN” secara terancang. Tindakan ini dilihat sebagai petanda awal bahawa mereka mahukan mulakan kempen awal dalam menghadapi PRU 13 kelak. Kenyataan DS Anwar untuk serang PM, Naib Presiden DAP M Kulasegaran dan serangan terhadap BTN adalah semboyan yang telah mereka bunyikan dalam usaha mereka untuk memenangi PRU 13 kelak.

Usaha memburuk-burukkan imej kerajaan BN khususnya kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, bukanlah sesuatu usaha yang baru. Kelancangan suara pemimpin pakatan pembangkang terhadap isu perkauman dan agama dilihat sebagai satu usaha yang berterusan kerana ‘modal’ ini sahajalah yang mereka tahu gunakan tanpa mengira sensitiviti masyarakat majmuk dan berbilang agama.

Namun disebalik itu, berkemungkinan besar mereka ingin mengalihkan pandangan masyarakat daripada kecelaruan yang berlaku dalam pakatan mereka yang semakin rapuh. Kegagalan kepimpinan pakatan pembangkan di lima negeri yang mereka kuasai semakin jelas. Mereka gagal untuk mempertingkat ekonomi negaeri. Mereka juga gagal melaksanakan janji-janji yang mereka buat dalam PRU 12 lalu. Rakyat di negeri-negeri tersebut sudah mula muak dengan jajaan mereka. Masalah perumahan, setinggan, kergagalan mewujudkan ekonomi baru, kegagalan membawa pelabur asing seperti yang mereka katakan. Apa yang mereka lakukan seja daripada menerajui kepimpinan negeri tersebut adalah mencari kesilapan-kesilapan pemerintahan kerajaan BN dahulu. Ini bagi mereka sudah cara terbaik dalam usaha mereka untuk mengekalkan pemerintahan mereka di negeri-negeri tersebut. Apakah ini yang mereka fikirkan yang rakyat memilih mereka? Apakah ini yang mereka katakan bahawa mereka jauh lebih baik daripada pemerintah terdahulu?

Tambahan pula, pemimpin-pemimpin pakatan rakyat bermasalah terlalu ramai. Mereka kini sibuk dengan kes-kes mereka di mahkamah. Kes salahlaku (sodomi) DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ masih lagi belum berjalan sepenuhnya. Kes Ronnie Liu menghalang pihak berkuasa tempatan MPSJ terhadap kelab malam yang ada pelacuran. Kes Tian Chua yang telah didapati bersalah kerana menggigit polis di Parlimen dan kes Gobalakrishnan menampar polis di PRK Permatang Pasir.

Selain itu, kita juga dapati bahawa DAP mempunyai masalah dengan PAS. Kedua-dua parti ini yang sedang membuat percubaan untuk duduk sebumbung dalam pakatan rakyat. DAP secara terang-terangan telah menyatakan bahawa PAS tak boleh bentuk Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Hal ini acapkali dinyatakan oleh kepimpinan tertinggi DAP khususnya Lim Kit Sioang, karpal singh dan Lim Guan Eng. Mereka jiga telah menyatakan bahawa mereka boleh bersama dalam pakatan kerana isu Negara Islam dan undang-undang Islam tidak dibincangkan pun semasa persetujuan untuk bersama.

Tambahan pula di Kedah, DAP pernah mengugut untuk keluar daripada pakatan hanya kerana Menteri Besar Kedah, YAB Azizan telah membuat polisi yang mana kouta perumahan untuk orang Melayu dinaikkan daripada 30% kepada 50%.

PKR di Selangor pula menhentam DAP kerana wujudnya campurtangan dan bantuan gangster dalam DAP.

Masalah juga wujud dalam parti mereka masing-masing. Ramai di kalangan ahli dan wakil rakyat PKR telah keluar parti dan memberikan sokongan kepada UMNO/BN. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan adalah berkaitan dengan kelemahan dan ketidakadilan kepimpinan tertinggi PKR khususnya DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’. Bagi mereka DS Anwar telah membelakangkan perjuangan asal penubuhan PKR dan lebih mementingkan diri dan kroni beliau sahaja khususnya Azmin Ali. Ramai sebenarnya tahu bahawa DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ ini sanggup menggadaikan bangsa Melayu hanya untuk kepentingan politik beliau dan untuk melunaskan dendam kesumat beliau terhadap Tun Mahathir.

PKR Selangor juga menghadapi masalah dengan MB mereka YAB TS Khalid Ibrahim yang dikatakan gagal mentadbir dengan baik.

PAS juga mempunyai masalah dalaman yang agak serius juga. Perbalahan di antara Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan YAB TG Nik Aziz dengan kepimpinan PAS Pusat, TG Hj Hadi dan Timbalan Presiden Nasaruddin khususnya apabila gagalnya Husam Musa yang dikatakan calon pilihan dan anak emas TG Nik Aziz dalam pemilihan parti yang lalu. Perbalahan ini bertambah rumit apabila TG Hj Hadi mencadangkan kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN.

Masalah kroni yang wujud dalam kepimpinan PAS Kelantan juga menambah-rumitkan lagi masalah dalaman PAS. Perlantikan menantu TG Nik Aziz sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) menambah-burukkan lagi keadaan. TG Nik Aziz ‘disindir’ oleh rakan dalam PAS khususnya mereka yang melihat bahwa hal sebegini tidak patut dilakukan oleh beliau dan bersalahan dengan konsep perjuangan PAS khususnya dan pakatan pembangkan amnya.

Penulis juga berpendapat, bahawa kekuatan yang mula terserlah sejak kepimpinan negara diterajui oleh DS Najib bersama gandingan beliau TS Muhyiddin khususnya dalam usaha memantapkan UMNO/BN. Beberapa perlangkahan berani telah dilaksanakan dalam usaha untuk memperkukuhkan keyakinan pelabur dan membangunkan ekonomi negara Langkah-langkah ini telah mula memperlihatkan kesan positif. Konsep 1Malaysia juga telah berjaya membawa kembali kepercayaan masyarakat Malaysia terhadap kepimpinan BN yang telus dan berusaha untuk mensejahterakan rakyat. Motto ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ juga memperlihatkan bahawa kerajaan benar-benar sedang berusaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat dan membangunkan negara.

Keadaan ekonomi dunia dan Malaysia nampaknya sedang bergerak ke arah yang positif. Justeru itu, dari segi ‘congakkan politik’ maka sekiranya diadakan PRU 13 lebih awal maka ia bukannya masalah kepada kerajaan BN berbanding dengan pakatan pembangkang. Sekiranya desas-desus ini tidak menjadi kenyataan maka ia juga bukanlah merupakan masalah yang besar.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: