Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

DAP Rasis atau BTN Rasis ?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 10 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Parti pembangkang kerap bertanggapan buruk dengan kerajaan malah terbaru dalam isu Biro Tata Negara (BTN), mereka menuduh kursus-kursus di BTN bersikap perkauman dan doktrin Barisan Nasional (BN) hingga kerajaan pembangkang di Selangor memboikot BTN. Namun semua itu dilihat adalah pandangan sempit pembangkang yang malu untuk mengakui keberkesanan BTN melahirkan masyarakat cintakan negara, menghormati perlembagaan serta menjadi pemimpin berjati diri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab terhadap BTN berpendapat, sekiranya pembangkang mahu meniru BTN dengan menubuhkan program modal insan SPIES di Selangor, mereka buat sahaja tanpa memburukkan BTN. SPEIS yang ditubuhkan kerajaan Selangor selepas mengharamkan pelajar mahupun kakitangan negeri tersebut untuk mengikuti kursus BTN adalah singkatan kepada program Spriritual, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial. Tuduhan pembangkang kononnya BTN mengendalikan seminar dan kursus berbau perkauman nyata tidak benar sama sekali. “Apakah dengan mengajar sejarah negara, perlembagaan atau kontrak sosial dianggap perkauman?,” soalnya….

Penceramah diberikan garis panduan dan jika ada seminit dua penceramah bercakap soal kaum, itu tidak bermakna modul-modul di BTN berbau perkauman.Kursus mahupun seminar di BTN tidak sampai ke tahap mengajar memijak gambar orang lain ataupun pemimpin seperti dilakukan oleh DAP. Merujuk tindakan pemimpin dan penyokong DAP yang memijak gambar tiga ADUN di Perak iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang – PKR), Kapt (B) Osman Jailu (ADUN Changkat Jering – PKR) dan Hee Yit Foong (ADUN Jelapang – DAP) semasa memasuki dewan Konvensyen ke-15 DAP Perak di Ipoh, baru-baru ini. Kecuali Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, semua pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dengan bangganya memasuki dewan persidangan itu dengan memijak tempat kesat kasut bergambar tiga ADUN tersebut. “Kita tidak sampai sezalim itu mendidik rakyat. Apa punya budaya, pijak gambar orang Melayu, pijak gambar orang Cina,”.

Dalam kursus kita (BTN) tak ajar pijak gambar orang Melayu, orang Cina..yang racist merekalah,” Ditanya sama Wan Ismail bapa mertua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah terbabit merangka kewujudan BTN, Datuk Ahmad Maslan tidak dapat mengesahkan kerana beliau hanya terbabit dengan BTN mulai 1991 hingga 1994. Beliau bagaimanapun mengakui, setiap pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan persekutuan atau agensi kerajaan untuk belajar ke luar negara mesti mengikuti kursus di BTN. Katanya, mereka mesti ikuti kursus berkenaan sama ada pelajar itu anak-anak penyokong BN mahupun parti-parti lain. Ditanya kemungkinan tajaan kepada pelajar-pelajar berasal dari Selangor yang akan menuntut di luar negara mungkin ditolak ekoran tindakan kerajaan kerajaan merngharamkan mereka mengikuti kursus di BTN, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan, kerajaan belum sampai ke tahap itu.

turut menjelaskan bahawa modul-modul seminar dan kursus di BTN sudah dilakukan penambahbaikkan sejak Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Katannya, persetujuan Kabinet terhadap penambahbaikkan BTN tidak ada kaitan dengan tindakan memboikot BTN oleh kerajaan Selangor. “Kita sudah mula sejak April lagi dengan modul-mudul yang menerapkan nilai-nilai gagsan 1Malaysia,” katanya. Ahmad juga mengesahkan BTN bukan khusus kepada orang Melayu sahaja malah sejak 2003 lagi, seminar dan kursusnya membabitkan pelbagai kaum terutama kakitangan kerajaan yang baru memasuki perkhidmatan

Advertisements

3 Respons to “DAP Rasis atau BTN Rasis ?”

  1. awang said

    Sedia maklum DAP sememangnya rasis sejak awal lagi. Patutnya pertubuhan DAP diharamkan di negara ini. Sikap ‘musuhnya’ dengan kenegaraan nayata sekali. Misalnya bahasa Melayu termaktub dalam perlembagaan persekutuan, tetapi DAP tidak martabatkan langsung.

  2. awang said

    Sedia maklum DAP sememangnya rasis sejak awal lagi. Patutnya pertubuhan DAP diharamkan di negara ini. Sikap ‘musuhnya’ dengan kenegaraan nyata sekali. Misalnya bahasa Melayu termaktub dalam perlembagaan persekutuan, tetapi DAP tidak martabatkan langsung.

  3. Batu Nesan said

    DAP memang rasis,tetapi yang menghairankan ada orang melayu yang memuliakannya dan mengangkat DAP yang dulunya terperosok di lembah yang hina ke singgahsana yang mulia serta diajak untuk bersama-sama memperjuangkan islam,itulah PAS,itulah PAS itulah PAS parti yang menghalalkan cara,tidak konsisten serta tiada pendirian yang teguh dalam memperjuangkan islam. Islam dieksploitasi,dipermain dan diperalatkan semata-mata untuk mencapai tujuan politik dan kuasa.DAP dianggap sahabat setia dalam perjuangan,orang PAS rata-rata mudah lupa “KALAU NAK TUBUHKAN NEGARA ISLAM,LANGKAH MAYAT AKU DULU” itulah lontaran kata-kata sahabat karib PAS suatu masa dulu yang begitu kuat menyanggah perlaksanaan dan penubuhan negara islam yang diwawar dan dijaja PAS,masih kah kau ingat,masih kau ingat itulah lagu kopratasa ditujukan khas untuk umat PAS.Apakah dengan sedikit kepentingan politik,kuasa serta berilusi menjadi pemimpin negara kesucian islam dijadikan galang ganti dan perjudian maka rakan seagama dijadikan musuh manakala musuh islam dijadikan sahabat yang paling setia.Sedarlah wahai pemimpin dan kaum PAS, tiada islam dalam kamus DAP sebenarnya kamu yang hidung tak mancung mangharap dan berharap sedangkan mereka tidak memerlukan apa-apa dari kamu,sedarlah kamu sebenarnya telah dijadikan kuda tunggangan DAP dalam melemah dan menghancurkan bangsa sendiri,sedarlah DAP itu sebenarntya terlampau rasis dan apabila hajatnya tercapai dan terlaksana kamu PAS akan dibuang jauh-jauh dan besar kemungkinan serban yang kamu pakai itu akan dipijak-pijak pula oleh mereka sebagaimana yang telah mereka lakukan pada beberapa individu tempohari(pijak gambar)takkan itu pun tak reti nak pikir dan nak diajar dalam mencari kawan,saya masih ingat kata-kata seorang ustaz yang sememangnya ustaz tulin suatu masa dulu memberi nasihat katanya”kalau kamu berkawan dengan seorang penjual minyak wangi maka sedikit sebanyak wangian tersebut akan terpalit dan melekat pada kamu dan apabila kamu berkawan dengan tukang besi maka sedikit sebanyak bahang dan bara api akan singgah ditubuh kamu” pikir,pikir lah sendiri kan ustaz PAS ni tajam daya fikirnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: