Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

ISTERI JADI PERCATURAN?..

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 8 Disember 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Parti ini yang Kononnya menonjolkan keislamannya lebih daripada yang lain. Parti inilah yang mengatakan parti lain tak Islam sepertinya, malah ada pemimpinnya mengatakan, kalau nak masuk syurga, hanyalah melalui parti itu. Kita tak Kisahlah dakwaan macam itu. Parti politik, yang pakai nama Islam atau tidak, sama saja. Semuanya nak berkuasa. Yang jadi pemimpin nak memerintah. Adat berpartilah kata orang. Tapi kita hairan, apabila ada pemimpin yang menggunakan perkahwinan sebagai percaturan politik. Mereka gunakan isteri mereka sendiri sebagai tanda setia mereka pada parti kononnya.

Mereka istiharkan “ baiah “ Sanggup menceraikan isteri sendiri sekiranya mereka buat sesuatu yang bersalahan dengan prinsip parti. Begitulah lebih kurang. Tak payahlah kita komen panjang lebar perkara ini. Dah terlalu banyak kita dengar hal ini dicakapkan dalam surat khabar, televisyen, dan di kedai kopi. Banyak sangat kita dengar kemarahan orang ramai fasal hal itu, terutamanya para isteri. Sampai situkah matlamat berpolitik kita? Itu yang kita tak faham. Sampai sanggup buat apa saja demi taasub pada parti? Itukah cara islam, Sampai sanggup menjatuhkan talak sekiranya tidak setia pada parti?

Setahu kita, perkongsian yang berupa perkahwinan besar nilainya. Itu teras keluarga, asas masyarakat, tuntutan islam. Menjadikan isteri sebagai percaturan politik bukan sahaja bertentangan dengan prinsip Islam, tetapi juga menghina para isteri sendiri. Kita rasa sedih hal ini boleh berlaku. Kita rasa malu sebab kaum wanita tak dihargai langsung. Seolah-olah mereka hanya umpama barangan yang boleh dijual beli. Mereka seperti alat untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Masya-Allah. Siapa pun yang mencadangkan hal ini, baliklah kepangkal jalan. Kembalikan pada ajaran sebenar islam. Janganlah anggap politik segala-galanya. Janganlah jadikan kaum wanita bahan percaturan politik, apalagi para isteri. Janganlah cemarkan nama baik Islam semata-mata kerana hendak berkuasa. Ini bukan perjuangan yang sebenarnya. Ini bukan yang di tuntut oleh islam. Janganlah cemarkan nama baik Islam semata-mata kerana politik jagalah nama baik politik. Orang yang merosakkan nama baik politik dan yang mencemarkan politik menggunakan Islam sepatutnya bertaubat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: