Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 8 Disember 2009

Oleh:- Sahabat Mantap

Dari Petikan Utusan Malaysia

BANKRAP idea, mencari perhatian dan melihat sejarah secara salah adalah kesimpulan Awang terhadap rakyat Malaysia yang terus mempersoalkan ketuanan Melayu di negara ini.Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran adalah antara orang terbabit apabila menegaskan tidak akan berhenti mempersoalkan isu tersebut. Apakah dakwaan beliau untuk berbuat demikian kerana kononnya bimbang akan masa depan hubungan antara kaum boleh diterima?

Apakah pula sejak merdeka kita berdepan dengan masalah hubungan kaum yang kronik setelah semua kaum menyedari wujudnya ketuanan Melayu serta hak-hak kaum lain seperti yang terkandung dalam Perlembagaan negara?
Bukankah langkah untuk mempersoalkan ketuanan Melayu dan hal- hal yang berkaitan dengannya akan menjejaskan hubungan kaum yang sedia terjalin di negara kita?

Bagi Awang, mereka yang dengan penuh kesedaran secara berterusan mempersoalkan isu-isu yang melibatkan kaum tetapi telah pun diterima baik oleh seluruh rakyat, adalah mereka yang hanya mahu meraih sokongan dan perhatian secara murahan.
Dan, bagi sesetengah kes ia tidak ubah seperti kes kadok naik junjung.

Sebagai orang politik, bagi Awang, amat wajar mencari pengaruh dan berusaha mengekalkan sokongan secara lebih berhemah.

Awang – Baca sejarah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: