Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

SIDANG MEDIA “BEKAS-BEKAS PESERTA KURSUS BTN” BERSAMA MAJLIS GABUNGAN NGO PEMBELA NEGARA ( MAGARAN ) & GABUNGAN GRADUAN MELAYU MUDA ( GGMM ).

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 2 Disember 2009

Oleh:- Sahabat Mantap

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,

PENDAPAT KAMI TENTANG PEMANSUHAN BTN DI NEGERI-NEGERI DI TADBIR PAKATAN PEMBANGKANG

Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,

Salam Sejahtera,

Telah hampir 1 minggu, media-media arus perdana & media alternatif memainkan isu pelaksanaan kursus yang di anjurkan oleh BTN. Banyak respons telah di berikan oleh “orang politik” berkaitan kursus-kursus yang di laksanakan oleh BTN. Ada yang menuduh kursus BTN ini di buat bagi memecahbelahkan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini. Ada juga yang menuduh BTN menanamkan fahaman sempit perkauman khusus untuk satu kaum membenci kaum yang lain. Juga terdapat tuduhan yang BTN menyebarkan ideologi pemerintah untuk membenci pakatan rakyat.

Persoalannya di sini, adakah mereka yang memberikan kenyataan berat sebelah terhadap BTN tersebut pernah menghadiri sendiri kursus-kursus yang di kelolakan oleh BTN? Atau mereka sekadar berdasarkan “andaian” mereka semata-mata? Keterangan dengar cakap “hearsay evidence” sesungguhnya tidak diterima sebagai keterangan di mahkamah. Jadi sekiranya di mahkamah kenyataan ini di anggap tidak mempunyai merit, bagaimana boleh kenyataan ini d terima oleh masyarakat sivil di negara ini. Kenyataan tidak bertanggungjawab ini tidak lebih hanya sebagai suatu kenyataan fitnah yang di buat atas alasan menjaga “ periuk nasi” meraka sendiri.

Kami memanggil media pada hari ini untuk membetulkan fakta berkaitan kursus-kursus BTN atas kapasiti kami yang telah beberapa kali menghadiri kursus-kursus BTN sejak kami bersekolah lagi. Kami belajar di pelbagai IPT yang berbeza dan berasal dari negeri yang berbeza, namun pengalaman beberapa kali menghadiri kursus BTN telah merapatkan jalinan persahabatan antara kami dan rakan-rakan yang bukan berbangsa melayu yang turut hadir sebagai peserta kursus.

Pada pendapat kami, kursus-kursus yang di laksanakan oleh Biro Tatanegara ( BTN ), Jabatan Perdana Menteri , adalah wajar diteruskan dan rakyat Malaysia patut menyokong usaha ini. Masyarakat perlulah mengambil sikap prihatin terhadap kewajaran BTN menjalankan usaha-usaha menyatukan rakyat Malaysia. Manakala DAP, satu parti dari zaman dahulu, menerapkan cirri-ciri perkauman. Mereka itulah yang boleh dikelaskan sebagai anti perlembagaan dan akan senantiasa mencari salah dengan Biro Tatanegara, Program latihan Khidmat Negara ( PLKN ), Insitusi Raja-raja Melayu dan banyak lagi yang berkaitan keutuhan dan kesatuan negara Malaysia yang kita cintai ini.

Dalam kursus-kursus BTN, kami di ajar tentang tatacara bernegara & pengalaman sistem demokrasi berparlimen di Malaysia menurut lunas-lunas perlembagaan persekutuan. Kami di dedahkan dengan fakta sejarah bagaimana kemerdekaan negara di perolehi pada tahun 1957 hasil perundingan antara Kerajaan British dan Kerajaan Perikatan yang memenangi pilihanraya umum pertama tahun 1955. Kami di dedehkan tentang bagaimana permuafakatan antara UMNO,MCA & MIC berjaya menyakinkan British bahawa 3 kaum utama di Malaysia boleh hidup bersama dalam sebuah negara. Kami juga di dedahkan dengan dokumen suruhanjaya reid yang menunjukkan asas-asas pembinaan negara bangsa, kontrak sosial dan sebagainya. Semua ini adalah fakta sejarah yang telah di pelajari dan di jadikan sukatan matapelajaran sejarah di peringkat PMR & SPM & di ulang kembali dalam kursus-kursus BTN. Adakah adil untuk menuduh BTN bertindak memecahbelahkan perpaduan kaum hanya kerana BTN mengimbas kembali fakta-fakta sejarah rasmi negara?

Adakah BTN bersikap perkauman hanya dengan menimbulkan tentang isu tiang seri Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 153, berkaitan hak istimewa orang Melayu & Kepentingan sah kaum-kaum lain? Sekiranya perkauman, pastilah BTN hanya mendedahkan hanya sebagaian daripada isi kandungan perkara 153 Perlembagaan tersebut.

Berkaitan isu bahasa pula, dalam kursus BTN kami di dedahkan tentang perkara 152 Perlembagaan iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan & bangsa-bangsa lain boleh belajar & mengajar bahasa ibunda masing-masing. Rupanya peruntukan inilah yang menghalalkan sekolah aliran Vernakular di Malaysia &tidak boleh di persoalkan. BTN tidak pernah mempersoalkan tentang bahasa-bahasa kaum-kaum lain sedangkan Ahli parlimen Seputeh, (DAP) Theresa kok pernah menyoal peranan Tulisan Jawi di papantanda jalan tetapi sebaliknya beliau berusaha menaikan tulisan Bahasa Cina di papantanda jalan raya. Bukankah tindakan pemimpin DAP itu mengandungi sentiment berbau perkauman?

Untuk pengetahuan semua, di dalam perlembagaan negara kita, tidak ada disebut mengenai orang berbangsa cina ataupun orang berbangsa india. Yang ada hanyalah istilah “Kaum-Kaum lain”. Itupun kami di ingatkan dalam kursus BTN bahawa isu sensitive berkaitan kaum-kaum lain seperti isu kewarganegaraan seperti yang terkandung dalam Bahagian 3 Perlembagaan tidak boleh di persoalkan lagi. Sekiranya di persoalkan status kewarganegaraan kaum-kaum lain, kami boleh di dakwa dibawah Akta Hasutan. Ini adalah ilmu yang kami perolehi ketika mengikuti kursus BTN. Perkaumankah itu? Siapakah sebenarnya yang suka menimbulkan ketegangan antara kaum? Siapakah yang akan timbul isu-isu perkauman?

Timbul isu BTN menghasut orang Melayu benci akan sahabatnya yang berbangsa lain, sejauh mana kebenaran ini? Adakah kami perlu membenci kaum lain hanya di sebabkan perbezaan Bangsa & Agama? Di Malaysia tidak pernah tibul isu pembersihan etnik seperti yang pernah berlaku di Bosnia Herzegovina. Adakah satu kewajaran orang Melayu membunuh sahabatnya hanya kerana berbangsa selain Melayu atau Kerana menganut agama selain Islam? Di Malaysia, kita hidup bersama dalam keadaan aman & harmoni bersama bangsa-bangsa yang lain. Kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Kami juga melihat, isu pemboikotan BTN oleh Kerajaan Selangor ini hanyalah untuk membolehkan mereka melaksanakan kursus SPIES mereka. Terdapat 33 syarikat konsultan latihan yang melobi kerajaan negeri Selangor sekarang bagi menjalankan kursus ini. Jadi sebenarnya mereka bimbang jika semua peserta kursus mereka di dedahkan dengan kebenaran seperti yang terkandung dalam dokumen Perlembagaan Persekutuan, pasti idea mereka untuk menanamkan konsep “Sama-rata” dan Sama-rasa” meraka melalui kursus SPIES akan gagal.

BTN adalah Satu Wadah, Satu Jalan, Satu Wawasan, di mana, Rakyat Malaysia bersatu dan berganding bahu dalam menjayakan formula “Perkongsian Kuasa Bijak’. Hanya BTN sebagai sebuah organisasi yang tugas hakiki mereka mendidik masyarakat agar berdisiplin & bertindak menurut lunas-lunas perundangan.Sekiranya kita memboikot sebuah institusi yang mendidik masyarakat tentang tatacara bernegara, maka ia adalah hari yang amat malang dalam sejarah kemantangan demokrasi di negara ini. Dalam kematangan demokrasi, pihak yang kalah, walaupun dengan 1 undi haruslah menghormati pihak yang menang dan menghormati mojiriti rakyat yang telah memberikan undi kemenangan kepada pihak yang lain. Inilah Kematangan demokrasi yang kami pelajari ketika mengikut kursus-kursus BTN di mana semua kaum di Malaysia menerima kewujudan dan kelangsungan mereka sebagai Bangsa Malaysia Yang Bersatu & Saling Menghormati.

Terima Kasih

Ahmad Shafei Bin Ahmad Hanbali

Jurucakap Kumpulan “Bekas Peserta Kursus BTN”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: