Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KRISIS DALAMAN PAS KELANTAN MEMALUKAN UMAT ISLAM

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 24 November 2009

Oleh:- Anggerik Desa

Kalau kita kata politik itu sama, penyokong fanatik pas pula kata tidak. Krisis yang parah berlaku dalam pas sekarang adakah itu krisis islam? Kalau pas itu mengamalkan islam yang sebenar sudah tentu krisis yang dialami oleh pas sekarang tidak berlaku. Tindakan pas menggunakan agama dalam berpolitik boleh menjatuhkan maruah agama yang suci itu. Krisis yang berlaku dalam pas sekarang memalukan umat islam pada keseluruhannya

Kita semua setuju kalau ada orang kata pas itu tidak sama dengan Umno. Dari segi buruk dan baiknya, sudah ternyata kini keburukkan pas lebih teruk dari Umno. Seburuk- buruk Umno pun mereka tidak mempermainkan islam, sebaliknya Umno walaupun keserlahannya agak sederhana tetapi Umno berjaya meletakan islam teratas sekali dalam semua hal dan keadaan. Umno juga telah berjaya mengangkat mertabat dan melahirkan ramai ilmuan islam hasil dari penubuhan pusat-pusat pengajian tinggi islam dalam dan luar negara. Sebaliknya pas pula setakat hari ini hanya pandai berkokok sahaja pagi dan petang, yang nampak pas lakukan mereka sanggup menghina ilmuan-ilmuan islam termasuk mufti-mufti yang tidak menguntong dan sehaluan dengan parti mereka

Isu berkaitan menantu Nik Aziz dan isu tajaan menunai haji ke tanah suci. Polemik yang berlaku dalam pas Kelantan kali ini tidak mudah ditutup, pada awalnya Nik Aziz bersetuju dengan siasatan SPRM keatas menantunya Ariffahmi dan kini mendesak supaya melepaskan jawatan CEO di Perbadanan itu. Sebaliknya Nik Aziz sendiri menimbulkan kontraversi umum dengan menarik balik tajaan RM65,000 untuk menunaikan fardu haji yang disumbangkan oleh kontraktor yang ada kepentingan dengan PMBK

Segala tindakan Nik Aziz dan menantunya itu ternyata makan diri sendiri. Krisis semakin memuncak selepas exco kanan Hussam Musa dijemput kerumah Menteri Besar itu untuk memberi penjelasan dari apa yang berlaku kepada keluarga mereka. Hussam mendakwa dirinya dijadikan konspirasi dan pelbagai spekulasi yang dikaitkan dengannya. Ada sumber mengatakan politik cantas mencantas yang melanda pas Kelantan cukup parah. Ada juga sumber mengatakan Hussam akan keluar dari pas sekaligus meletak semua jawatan dalam parti itu

Kejadian yang melanda, mengingatkan kita kembali kepada doa Nik Aziz suatu ketika dahulu konon nya marah kepada kerajaan pusat kerana tidak memberi kepada Kelantan duit royalti minyak supaya Allah menurunkan bala. Apa pun senario yang berlaku boleh mengajar kepimpinan pas supaya tidak mudah membuat kenyataan negetif kepada pihak lain walaupun memiliki perbezaan pandangan

Krisis yang berlaku dalam pas Kelantan terlalu sukar untuk dipulihkan dengan sepenuhnya, sikap kepura-puraan dalam menyelesaikan isu dan tidak ikhlas dalam kepimpinan mereka lebih menyukarkan lagi. Petanda pepecahan dalam pas mula kelihatan setelah kegagalan pas menerima perpaduan sesama islam dan melayu yang dicetuskan melalui unity goverment suatu ketika dahulu

Semoga apa yang berlaku dihari ini boleh menyedarkan Nik Aziz dan kumpulannya supaya berfikir dahulu sejenak sebelum membuat kenyataan yang bukan-bukan terhadap Umno

Satu Respons to “KRISIS DALAMAN PAS KELANTAN MEMALUKAN UMAT ISLAM”

  1. Batu Nesan said

    Memang PAS parti yang menghalalkan cara,dan sanggup berbuat apa saja asalkan niat jahat mereka tercapai,mereka inilah perosak islam sebenar,sebuah parti yang penuh noda dan busuk di bahagian dalamnya tatapi amat cantik di bhg luaran sahingga rakyat dan pengikut yang bebal,dan berakal pendek tertipu dan terpedaya. PAS itu islam dan islam itu PAS adalah slogan sampah, tiada nilai dan penuh kepalsuan.Slogan ini yang digunakan oleh pemimpin mereka untuk memperbodohkan kaum dan pengikut mereka yang amat fanatik dan taksub buta tetapi sebaliknya pihak atasan Parti syurga ini mengaut segala peluang dan ruang yang ada untuk kepentingan diri,perut lantas membiarkan rakyat hanyut dalam islam ciptaan mereka. Agama islam ditafsir dan diterjemah dengan cara yang amat keliru dan merbahaya semata-mata untuk kuasa dan harta. sesungguhnya pemimpin PAS tiada sekuman pun keikhlasan dalam memperjuangkan islam dan tiada satupun usaha dan kerja PAS yang boleh dibanggakan dalam mengangkat martabat islam. PAS adalah raja perpecahan,jaguh mencaci,serta juara menfitnah dan mengeksploitasi keadaan.Ini jelas terbukti dengan penolakan lebai PAS dalam usaha menyatukan melayu sebaliknya sanggup menerima DAP yang terangan menentang kebangkitan Islam sebagai sahabat dunia dan akhirat.Dimanakah kewarasan akal Kaum PAS sahingga sanggup diperbodohkan sebegitu rupa,dan sanggup dijadikan alat oleh puak yang berkepentingan duniawi,sebenarnya tiada perjuangan islam dalam PAS anda sebenarnya telah dieksploitasi gara-gara menyokong dan mendokong pemimpin secara sembrono.PAS sebenarnya paksi perpecahan orang melayu islam dan seandainya PAS tidak wujud nescaya umat islam negara ini hidup penuh harmoni,kasih sayang di bawah payung islam sejati,tetapi sayang segalanya hampir hancur angkara pemimpin PAS yang mabuk kuasa,mabuk harta lantas mempermainkan kesucian islam untuk kepentingan diri dan parti,fatwa-fatwa baru tumbuh dan tersebar dimana-mana saja menyebabkan golongan kasta bawahan yang cetek akal terpedaya lalu mengamal dan memegang fatwa itu sahingga akhir hayat……sesungguhnya perjuangan anda adalah sia-sia dan tidak mendapat apa-apa melainkan memewahkan puak-puak tertentu dalam PAS yang sememangnya menunggu peluang itu,kemenangan PAS dan Pakatan rakyat dalam PRU lalu melena dan mencelarukan pemimpin PAS, mereka bingkas dan bangkit dari perjuangan yang panjang untuk membahagikan harta rampasan perang dan sahingga mereka telah terlupa perjuangan asal mereka sesungguhnya harta, dan kuasa telah mengkelabukan mata dan hati puak PAS….dengan ini berfikirlah dengan tenang berhikmah untuk menyelami dan mencari kebenaran yang hakiki………Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: