Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KONSPIRASI ARIFFAHMI-NIK AZIZ, ANWAR-ERDOGAN DAN DAP-PKR JATUHKAN HAJI HADI

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 23 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Kekalutan dan masalah dalaman kepimpinan PAS semakin jelas. Kelmarin, YB Husam Musa telah menyatakan hasrat beliau untuk melepaskan jawatan dalam PAS dan sebagai exco kerajaan negeri Kelantan. Tindakan ini diambil sama ada beliau terasa hati atau kecewa dengan kemelut PAS hari ini. Berkemungkinan besar beliau berasa malu kerana telah dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan Presiden PAS, YB TG Haji Hadi. Konspirasi ini didalangi oleh menantu YAB TG Nik Aziz, Sdr Abdul Ariffahmi. Memandangkan Husam adalah ‘anak emas’ TG Nik Aziz dan sokongan Nik Aziz amat ketara agar Husam menjadi Presiden PAS yang baru, adalah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan, bahawa beliau terlibat sama secara langsung dan tidak langsung dalam konspirasi menjatuhkan TG Haji Hadi.

Mengambilkiran kenyataan Kickdafella pertengahan November 09 yang lalu, konspirasi untuk menjatuhkan TG Haji Hadi bermula selepas PRU 12 lalu. Gerakan yang disusun oleh Ariffahmi dan mendapat restu TG Nik Aziz ini jelas dalam proses ke arah pemilihan pucuk pimpinan parti PAS dalam Muktamar PAS ke 55 yang lalu. Proses pemilihan kali ini berbetuk en-bloc – Kumpulan Ulamak (TG Haji Hadi) vs Kumpulan Edogan (Husam) yang disokong oleh Nik Aziz. Husam dilambangkan mewakili kumpulan yang akan membawa pembaharuan kepada Pas manakala TG Haji Hadi adalah kumpulan yang tidak sezaman.

Konspirasi ini disusun rapi agar tidak kelihatan sebagai suatu usaha untuk menjatuhkan TG Haji Hadi. Bagi menutup wujudnya konspirasi ini, Husam hanya diarahkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang Nasaruddin Mat Isa. Percaturan mereka pada saat itu adalah TG Haji Hadi jadi Presiden PAS tetapi ‘orang terkuat’ dalam Majlis Tertinggi PAS adalah orang nombor dua iaitu Husam. Lantaran itu, jawatan-jawatan tertinggi dan penting dalam Majlis tersebut perlu juga dimenangi oleh kumpulan Erdogan. Dengan lain perkataan, TG Haji Hadi akan ditekan dan ‘diperbodohkan’ agar beliau akan ditolak oleh perwakilan/ahli PAS dalam masa terdekat.

Peluang dan ruang terbuka luas bagi kumpulan ini apabila TG Haji Hadi menyatakan persetujuan bagi membincangkan usul Kerajaan Perpaduan di antara PAS-UMNO. Usul TG Haji Hadi ini menimbulkan kemarahan kepada Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz. Perkara ini telah dimanipulasikan oleh DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ dan kumpulan Erdogan. Beliau yang mempunyai janji yang perlu ditunaikan kepada ‘rakan baik’ beliau Wolfowitz iaitu mewujudkan Islam Liberal. Sebagai balasan, pihak Wolfowitz akan sentiasa membantu beliau untuk jadi PM Malaysia. Apabila PAS bersetuju untuk bergabung dengan PKR dan DAP dalam pakatan rakyat, PAS dilihat golongan fundamental Islam. Pihak Wolfowitz perlu diyakinkan bahawa PAS akan diubah kepada acuan beliau. Golongan Erdogan dalam PAS adalah ‘jentera’ untuk meliberalkan dasar Islam PAS dan menukar wajah dan perjuangan PAS.

Usaha ini nampaknya telah membuahkan hasil apabila wakil-wakil Anwar telah mula mendapat tempat dan kepercayaan daripada Mursyidul Am PAS sendiri. Langkah seterusnya bagi DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ adlah untuk memastikan golongan Erdogan dan Husam menang dalam pemiilihan parti PAS yang lalu.

Senario pemilihan PAS kali ini amat berbeza berbanding dengan pemilihan yang lalu. ‘Perpecahan’ jelas dilihat dengan taktik dan cara mereka berkempen. Pengaruh DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ dapat dirasakan. Cabaran dan tekanan yang amat besar dirasai oleh pihak TG Haji Hadi dan YB Nasaruddin Mat Isa dalam usaha untuk menafikan kemenangan Husam dan seterusnya usaha DS Anwar dalam meliberalkan PAS. Tambahan pula, Pemuda PAS sudah mula terpengaruh dan dilihat lebih pro kepada kumpulan Erdogan. Mereka mahukan pucuk kepimpinan parti ditukar. Pertukaran ini dengan sendirinya membawa erti perubahan kepada pendekatan dan dasar PAS. Hal ini terbukti apabila Kickdafella menyatakan bahawa Ariffahmi telah berbincang dengan YB Salahuddin di Hotel Perdana agar Pemuda PAS perlu membantu kemenangan Husam kelak.

Tekanan yang dihadapi oleh TG Haji Hadi bukan sahaja datang daripada PAS, malahan daripada rakan sekongkol mereka dalam pakatan rakyat iaitu PKR dan DAP khususnya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh. DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ telah diarahkan oleh Lim Guan Eng (DAP) untuk menashihati TG Nik Aziz dan memastikan niat murni Kerajaan Perpaduan Haji Hadi (yang melibatkan kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan kuasa kepimpinan negara) dihentikan demi kepentingan politik sempit pakatan rakyat. TG Nik Aziz ‘terpaksa’ akur dengan kehendak dan tuntutan rakan sekongkol mereka khususnya DAP yang sudah terang lagi bersuluh tak akan pernah bersetuju dengan dasar dan perjuangan PAS untuk mewujudkan Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia. Selain itu, bagi DAP, PAS juga dilihat parti yang mewakili bangsa Melayu yang kedua terbesar selepas UMNO.

Disebabkan oleh tekanan dan suasana yang menghampiri pemilihan parti, Haji Hadi juga dilihat ‘terpaksa’ tunduk akur dengan permintaan TG Nik Aziz. Lantaran itu, perbincangan mewujudkan kerajaan Perpaduan dihentikan. Bagi kumpulan Husam dan rakan dalam kumpulan Erdogan ini adalah ‘kemenangan kecil’ yang akan membawa kepada ‘kemenangan yang lebih besar’ kelak. TG Nik Aziz sekarang dilihat telah ‘dikuasai’ oleh mereka dan akur kepada permintaan dan desakan rakan sekongkol dalam pakatan rakyat. Tambahan pula, menantu Nik Aziz, Ariffahmi bersama-sama dengan mereka.

Walaupun Husam dan kumpulan Erdogan gagal dalam pemilihan parti yang lalu, hasrat mereka untuk menguasai PAS tidak terhenti di situ. YB Nasaruddin Mat Isa pula menjadi mangsa dan dilaga-lagakan dengan TG Nik Aziz sehinggakan TG Nik Aziz ‘mengusir’ YB Nasaruddin daripada PAS. Perkara ini ada kaitannya dengan kekalahan Husam dalam merebut kerusi Timbalan Presiden PAS. Kemarahan TG Nik Aziz rupanya dikaburi dengan kesayangan beliau kepada Husam. Hal ini samalah juga dengan perlantikan Ariffahmi menantu beliau sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Berhad. Bagi Nik Aziz, mungkin beliau tak kisah dengan penghinaan yang dilemparkan oleh DAP dan PKR atau ahli parti PAS, asalkan konspirasi yang didalangi oleh Ariffahmi, DS Anwar dan Husam itu sendiri lebih mulia. Kehendak rakan PAS iaitu DAP dan PKR lebih penting daripada suara dan hak ahli PAS khasnya dan rakyat umumnya.

Satu Respons to “KONSPIRASI ARIFFAHMI-NIK AZIZ, ANWAR-ERDOGAN DAN DAP-PKR JATUHKAN HAJI HADI”

  1. ubikayu said

    ambo napok semakin panass nih. ubi kayu pun buleh hangus kalu gini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: