Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MENANTU NIK AZIZ: NAK TUMBANGKAN PRESIDEN PAS TAPI CALARKAN IMEJ MURSYIDUL AM

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 21 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Pemecatan Syed Azidi (Kickdafella) pada awal November lalu mencerminkan ketengangan dan konflik dalaman PAS tidak pernah reda walaupun cuba dinafikan oleh pemimpin tertinggi mereka. Cadangan mengadakan EGM itu sendiri yang kemudian digantikan denga muzakarah, menambahkuatkan lagi dakwaan tersebut. Tuduh menuduh dan fitnah-menfitnah bermaharajalela dalam PAS hanya demi untuk mendpatkan kuasa di antara golongan ulamak dengan kumpulan Erdogan yang pro DS Anwar Pengkhianat Bangsa. Perkara berlaku disebabkan oleh terdapat usaha-usaha untuk menjatuhkan YB TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS. Konspirasi ini dikatakan melibatkan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, Nama besar yang dikatakaan turut terlibat adalah YB Husam Musa, anak didik Nik Aziz yang telah dicanang-canangkan sebagai pengganti kepada TG Hj Hadi. Walaupun tampak isu ini seolah-olah ‘sudah selesai’, namun sebenarnya jauh daripada kebenaran yang sebenarnya.

Pembongkaran Kickdafella ini telah memperlihatkan wajah sebenar PAS yang selama ini menggunakan Islam sebagai ‘topeng’ politik. Kronism, rasuah, salahguna kuasa, haloba, fitnah memfitnah, ‘tikam belakang’ dan membelakangkan kepentingan rakyat mula menjadi amalan. Budaya ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ kini menjadi pegangan. Pembongkaran ini mendedahkan juga wujudnya ‘tangan luar’ yang mengurusaturkan perubahan imej PAS masakini yang dilihat amat mudah dipergunakan untuk tujuan politik peribadi, dalam siri-siri demonstrasi jalanan dan ‘kebiadapan terhadap institusi Raja serta membelakangkan kesucian Perlembagaan Persekutuan.

Penulis yakin bahawa Nik Aziz tindak tanduk Nik Aziz sejak PRU 12 Mac 08 lalu banyak dipengaruhi oleh ‘kekalutan dan konflik dalam PAS. Anak beliau, Nik Adli yang acapkali menyatakan bahawa bapanya telah diberikan penerangan yang salah terhadap sesuatu isu yang akhirnya terkeluarnya kenyataan-kenyataan yang tidak molek daripada mulut Nik Aziz. Kemarahan Nik Aziz terhadap Nasaruddin, Timbalan Presiden PAS yang baru, Musatfa Ali dan beberapa tokoh utama dalam PAS dipercayai terbit daripada perancangan untuk menggulingkan Haji Hadi. Namun disebabkan penglibatan menantu beliau (yang tidak mahu dibongkar), maka ianya menambahburukkan lagi scenario politik dalaman PAS.

Sebagai orang lama PAS dan telah menjadi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz mungkin terkenang kembali sejarah konspirasi untuk menjatuhkan Allahyarham Dato’ Asri Che Muda. Hal ini menghantui beliau dan kini peristiwa hitam ini berlaku sekali lagi. Menurut Kickdafella, konspirasi untuk menjatuhkan Hj Hadi bermula sebaik sahaja PRU 12 lalu.

Syed Azidi yang dikenali sebagai blogger Kickdefellamendakwa perancangan untuk menjatuhkan Hadi yang juga ahli parlimen Marang telah bermula sejak selepas pilihan raya umum Mac 2008’. (The Malaysian Insider 15 Nov 09)

Penulis percaya ramai akan tertanya-tanya kenapa sejurus selepas PRU 12? Perancangan siapa? Pada pandangan penulis, perkara sebegini kalau mahu dikatakan dirancang oleh ‘the original PAS people’ (sebelum 1998) sedikit jauh dari kebenarannya., Mungkin terdapat segolongan kecil tetapi mereka lebih kepada ‘pengikut sahaja. Kalau mereka yang menjadi ahli dan kemudian diberikan kepercayaan dalam kepempinan PAS selepas 1998, mungkin ia lebih benar. Golongan ini ( Orang DS Anwar) telah keluar daripada UMNO dan telah mula diserapkan dalam PAS selepas DS Anwar ditangkap kemudian dipenjarakan. Kemenangan yang tidak dijangka dalam PRU 12 lalu seolah-olah memberikan’laluan’ untuk merealisasikan hasrat DS Anwar Pengkhianat Bangsa untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Setelah yakin bahwa ‘orang-orang Anwar’ dalam PAS kini telah berjaya mendapat kedudukan dan kepercayaan kepimpian tertinggi PAS, langkah pertama yang dilakukan adalah agar PAS bersetuju untuk membuat pakatan dengan parti pembangkan yang lain; DAP dan PKR. Langkah seterusnya adalah tindakan Datin Wan Azizah telah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberikan laluan kepada suami beliau untuk bertanding dan seterusnya memenangi kerusi tersebut.

Usaha untuk seterusnya adalah merealisasikan rancangan untuk orang Anwar menerajui kepimpinan PAS berjalan seiring dengan merealisasikan hasrat beliau. Pelbagai tekanan telah diberikan terhadap kepimpinan Hj Hadi termasuklah kehilangan Terengganu dijadikan bahan. Termasuk juga usaha melaga-lagakan Nik Aziz dengan Hj Hadi sebelum Muktamar PAS yang lalu. Di sinilah menurut Kickdafella, YB salahuddin pada ketika itu, Ketua Pemuda PAS diarahkan oleh Ariffahmi untuk jatukan Hj Hadi.

‘Abdul Ariffahmi mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu Ustaz Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya YB Husam Musa sebagai Presiden PAS. Ariffahmi mengarahkan supaya YB Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda untuk menggunakan jentera pemuda menggulingkan Ustaz Hadi. YB Salahuddin hanya diam. Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi. The Malaysian Insider 15 Nov 09)

Setelah usaha mereka gagal, maka pertemuan telah dibuat di Kampong Langgar, Kota Baru pada 31 Julai 09 untuk mengatur langkah setrusnya dalam usaha untuk menggulingkan Hj Hadi.

Dan ramai langsung tidak tahu bahawa pada 31 Julai 2009 sudah ada satu perancangan rapi dibuat di Kampung Langgar, Kota Bharu yang menghasilkan ini, ini dan ini,” kata Syed Azidi.(The Malaysian Insider 15 Nov 09)

Pertelingkahan dan kemarahan Nik Aziz terhdap Nasaruddin, Timbalan Presiden PAS yang baru merupakan salah satu buktinya. Akhirnya perkara ini diselesaikan dalam Muzakarah – resolusinya ; Untuk menutup cerita sebenar kepada rakyat dan penyokong PAS, resolusi yang dibuat kononnya semua ini kerja UMNO.

TG Nik Aziz atau PAS tidak boleh menutup kelemahan ini dengan satu lagi fitnah dan penipuan. Kickdafella telah mencerutakan semuanya;

“Naib presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas pilihan raya umum ke-12.

“Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Ariffahmi di Hotel Perdana,” katanya.(The Malaysian Insider,15 Nov 09)

Tentangan terhadap kronism amat kuat kedengaran apabila penyokong dan pemimpin PAS menghalakan perkara ini terhadap UMNO/BN. Namun kini jelas bahawa perlantikan Ariffahmi sebagai CEO PMBK adalah amalan kronism yang dihalalkan oleh PAS kerana ia dilakukan oleh Mursyidul AM PAS. Ariffahmi menantu kesayangan Nik Aziz.

Tak cukup dengan tu, Nordin Awang, telah dengan sukarelanya menaja pemergian Haji Nik Aziz dan kumpulannya yang melibatkan wang hampir setengah juta ringgit. Mungkin bagi kepimpinan PAS dan penyokongnya, hal ini taka pa. Taja pergi haji, nak buat ibadat dan rukun kelima. Namun menurut Bakat Haq/Penarik Beca, Nordin ni kawan lama Nik Aziz. Dia panggil Nik Aziz, Ayah Ziz. Tak macam pemimpin tertinggi dan penyokong PAS panggil Tuan Guru.

Tambahan pula, projek Bazar Tok Guru dalam Projek Madinahtul Rhaudah untuk peniaga-peniaga kecil yang dijanjikan walaupun telah siap dibina tetpi tidak mengikuti persetujuan asal antara Nik Aziz dengan para peniaga/penjaja. Semuanya mungkin kerana menantu dah diberikan kuasa, menyalahgunakannya demi kepentingan peribadi. Kekecewaan rakyat tak diperendahkan.

Sedarkah Tuan Guru bahawa Tuan Guru sudah menandatangani memorandum persefahaman dengan Persatuan-Persatuan Peniaga dan Penjaja di Kota Bharu pada 6 Mac 2008, dua hari sebelum pilihanraya umum 2008.

Antara intipati memondum itu ialah Perbadanan Menteri Besar Kelantan akan membina Bazar Tok Guru di dalam Projek Madinatul Raudhah. Pembinaan Bazar Tok Guru adalah sebagai tanda penghargaan kepada peniaga-peniaga yang setia menyokong kepimpinan Tok Guru. Tok Guru juga berjanji di dalam memorandum tersebut bahawa Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai pemaju tidak akan mementingkan keuntungan di dalam projek ini serta para peniaga akan diberi tingkat bawah di dalam Bazar tersebut.

Apabila menantu Tok Guru diberi kuasa, beliau telah merubah semua perjanjian tersebut dan menyerahkan projek itu kepada sebuah syarikat yang telah membina sebuah bazar di Kota Bharu tetapi terpaksa di ‘bail out’ oleh MPKB BRI apabila para peniaga enggan berpindah ke Bazar itu atas sebab-sebab yang amat munasabah.(Kickdafella, 17 Nov,09)

Walau apapun yang didedahkan oleh Kickdafella, PAS sendiri termasuk Nik Aziz dan Hj Hadi tahu bahawa PAS menm,puyai masalah dalaman yang kronik. Pada zahirnya, perselisihan faham anatara kepimpinan dah selesai tetapi hakikatnya, masalah perebutan kuasa dalam kepimpinan PAS tetap tidak akan reda. Tambahan pula, sejak kerjasama PAS dalam pakatan pembangkang (DAP & PKR), masalah yang mereka terima dengan rela hati ini akan menambahburukkan lagi imej dan dasar perjuangan PAS. Bukan tujuan penulis untuk mecalarkan sesiapa termasuk TG Nik Aziz, tetapi hakikatnya, adalah lebih baik PAS berbalik kepada perjuangannya yang sebenarnya. OKR dan DAP khususnya akan mencacatkan dan akan sentiasa menggagalkan hasrat dan perjuanan asal PAS. Cadangan Zaid Ibrahim agar Nik Aziz jadiPengerusi Pakatan rakyat adalah satu umpanan yang mahu mencalarkan imej Nik Aziz dan PAS. Tambahan pula DAP khususnya dan masyarakat bukan melayu telah mula ‘merendah-rendahkan imej beliau dalam tulisan mereka.

Ong Kian Ming dan Oon Yeoh menulis mengenai Tok Guru Presiden seperti berikut dalam Malaysiakini:

For example, his manner of dressing, with his flowing robes and Taliban-styled headgear, would probably not suit him (or Malaysia) well as the foreign minister or tourism minister. It’s hard to imagine him as being suitable for any role which requires him to meet with international investors or be seen in an international setting. It simply sends the wrong impression of the country.

Based on his education or background, which is religious studies, it’s also difficult to identify a cabinet position befitting his senior status. The non-Malays would probably be alarmed if he was made home minister or education minister and nothing in his background suggests he’s suitable for finance or defence.

Ia juga umpanan yang akan menjerat PAS dan penyokongnya agar sentiasa memberikan persetujuan dengan kehendak DAP & PKR. Janga jadi seperti Gus Dur, dilantik kerana beliau Pengerusi Nahdatul Ulamak tetapi apabila gagal, Islam juga dilihat gagal.

Advertisements

2 Respons to “MENANTU NIK AZIZ: NAK TUMBANGKAN PRESIDEN PAS TAPI CALARKAN IMEJ MURSYIDUL AM”

  1. Maimer said

    Semua sama juga. Dulu kata ahli UMNO tak masuk syurga. Parti PAS pun belum tentu lagi masuk syurga. Bagi project kat menantu, tak ubah macam Pak Lah bagi project kat Khairy. Dahhhh… kena dah…. Si Penyamun jual si penyangak… apa salahnya?! (Dialog cerita Tiga Abdul…)

  2. ubikayu said

    Biasala tu..kalau tidak BINI , ahli keluarga, anak2 , menantu , saudara mara..siapa lagi yang biasanya akan merosakkan Golongan Pemerintah. Ni je laa musuh “senyap” yg sebenarnya. Kalau tak caya..coba check yang lain lain tu..sama je.
    Kalau yang baru dapat kuasa tu…tunggu je la “pengaruh” saudara mara tu..tak sampai sebulan, confirm..Pening kepala la jawabnya tuan empunya kuasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: