Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

1Malaysia sesuai ke peringkat global

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 21 November 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

Petikan Dari Untusan Malaysia

Datuk Seri Najib Tun Razak yakin gagasan 1Malaysia yang terasnya kesatuan dalam kepelbagaian boleh dikembangkan ke peringkat global. Perdana Menteri berkata, banyak negara di dunia yang dulu merupakan negara bangsa iaitu satu negara satu bangsa kini berdepan perubahan komposisi kaum yang ketara akibat penghijrahan manusia.

”Kepelbagaian ini mencabar komuniti sesebuah negara yang dahulunya padu dan bersifat hanya satu kaum,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kemuncak Pemimpin Muda Asia 21 di sini malam ini. Najib berkata, pengangkutan udara yang semakin murah dan komunikasi lebih canggih menjadikan lebih ramai berani berhijrah tetapi pada masa sama kaum yang berhijrah tidak memeluk budaya di negara baru. Sebaliknya, kata beliau, mereka masih berpegang teguh kepada adat, budaya dan bahasa negara asal.

”Akibatnya, asimilasi adalah terlalu perlahan kerana yang berhijrah itu masih berpegang kepada sejarah asal bangsa mereka,” katanya. Selain itu, tambah beliau, keinginan berpegang kepada identiti diri dan bukan lagi kepada ideologi menjadikan konflik sosial semakin ketara di banyak negara. Beliau berkata, model negara-negara Eropah yang asalnya wujud berdasarkan konsep negara bangsa kini semakin tidak relevan apabila kebanyakan negara itu berubah menjadi negara pelbagai kaum. ”Sekarang pun keadaan itu sudah mula melahirkan konflik sosial yang serius dan konsep negara bangsa semakin tidak boleh diamalkan namun alternatif konsep itu juga tidak dibangunkan dengan baik,” katanya.

Najib berkata, gagasan 1Malaysia memperlihatkan bagaimana adat, budaya, bahasa dan identiti diri semua kaum di negara ini dihormati tetapi pada masa sama mendidik rakyat pelbagai kaumnya agar melihat Malaysia sebagai satu-satunya negara milik mereka. Kata beliau, konflik sosial akibat perubahan komposisi penduduk di negara-negara bangsa sebelum ini perlu juga menerapkan konsep yang sejajar dengan gagasan 1Malaysia. Jelasnya, idea dan objektif yang terkandung di sebalik gagasan 1Malaysia itu boleh menjadi alternatif penyelesaian yang baik kepada konflik sosial di negara-negara yang sedang berubah daripada negara bangsa kepada negara pelbagai kaum.

”1Malaysia dengan tetap menumpukan fokus memperbaiki rasa terpinggir, mengelakkan polarisasi kaum dan merapatkan jurang sosial kerana perpaduan tidak boleh dicapai tanpa ekuiti yang asas dan perasaan kuat bahawa inilah tempat untuk kita semua,”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: