Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Pakatan Rakyat Gagal Di Selangor II

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 18 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Selangor yang baru sahaja melantik DS Anwar Ibrahim ‘Pengkhianat Bangsa’ sebagai Penasihat Ekonomi negeri tersebut mengumumkan bahawa mereka akan mempertahankan Selangor daripada terlepas kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU 13 kelak. Perlantikan DS Anwar dan pengumuman ini seolah-olah memberikan isyarat bahawa terdapat dua kebenaran di sini iaitu, pertamanya; rakyat Selangor sudah mula melihat kegagalan pentadbiran PKR dan keduanya; mengenai ‘retak menanti belah’ kerjasama di antara PAS – PKR, PAS – DAP di Selangor.

i. Kegagalan Pentadbiran PKR

Dalam PRU 12 yang lalu, Selangor telah diambilalih oleh pakatan pembangkang yang bersetuju untuk membuat pakatan dan akhirnya menafikan hak BN untuk mengekalkan kuasa pentadbiran negeri tersebut walaupun jumlah kerusi yang dimenangi BN melebihi parti PKR, DAP dan PAS. Era pemerintahan pakatan pembangkang yang di ketuai oleh YAB Tan Sri Khalid (PKR) memberikan fokus terhadap mencari dan mendedahkan ‘kesilapan’ kepimpinan BN terdahulu. Strategi ini masih lagi dikekalkan dalam usaha untuk mereka mengekalkan kuasa kepimpinan mereka. Mereka yakin dan percaya dengan pendekatan ini, maka rakyat akan sentiasa dapat dipengaruhi agar menolak BN dan seterusnya mengekalkan kepimpinan negeri kepada pakatan pembangkang khususnya PKR. Tambahan pula Selangor hanyalah satu-satunya negeri yang dipimpin oleh PKR.

Negeri Selangor semasa era pemerintahan kerajaan BN merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dengan pembangunan pesat serta pelan perancangan strategik pembangunan yang menjamin kesejahteraan rakyat Selangor. Tumpuan utama BN adalah rakyat berbanding dengan PKR/pakatan pembangkang yang tetumpu kepada poltiking. Perlantikan DS Anwar itu dengan sendirinya membuktikan bahawa PKR khususnya dan pakatan pembangkang amnya mengakui bahawa Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid/PKR/pakatan pembagkang telah gagal menerajui dan memacu ekonomi negeri.

Sumber kewangan negeri kebanyakannya disalurkan kepada kempen-kempen politik khususnya dalam Pilihanraya Kecil-Pilihanraya Kecil (PRK) di luar Selangor. Bantuan kewangan dalam konteks membuat bahan-bahan kempen PRK kebanyakkannya datang dari Selangor. Daripada sembilan (9) PRK, hanya empat (4) PKR; dua (2) di Pulau Pinang iaitu Parlimen Permatang Pauh, DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’, DUN Penanti Mansor Othman, satu (1) di Kedah iaitu DUN Bukit Selambau, S. Manikumar dan satu (1) di Batang Ai Sarawak, Jawah Gerang. Ketiga-tiga mereka ini memenangi kerusi DUN masing-masing kecuali di Batang Ai di menangi oleh BN. Enam PRK yang lain ditandingi oleh calon PAS, rakan sekongkol dalam pakatan rakyat. Bahan kempen dan menghantar wakil negeri ke PRK-PRK tersebut melibatkan perbelanjaan yang besar. Perbelanjaan yang agak besar ini dikeluarkan oleh PKR Selangor khususnya yang melibatkan calon PKR. Wang yang digunakan adalah wang rakyat Selangor. Wang tersebut sepatutnya membantu membangunkan ekonomi negeri dan rakyat Selangor.

Di dalam keghairahan untuk mencari ‘kesilapan’ kepimpinan BN di Selangor, Pakatan Pembangkang telah memperlihatkan kelemahan mereka khususnya dalam mentadbir kerajaan negeri. Budget 2009 telah dibentangkan oleh Tan Sri Khalid pada tahun lalu adalah sebanyak RM1.4 billion. Jumlah ini dikatakan lebih realistik berbanding dengan kerajaan BN lalu kerana BN melakukan banyak pembaziran. Keseronokkan mereka untuk membuktikan kelemahan dan kepincangan pengurusan kerajaan BN lalu hanya satu retorik dan sandiwara sementara kerajaan pakatan pembangkang. Tak sampai enam bulan (Julai 09), satu Rang Undang-Undang PerkekalanTambahan 2009 berjumlah RM120 juta. Menyusul empat bulan kemudian (November 09) mereka sekali lagi membentangkan Budget Tambahan sebanyak RM458.5 juta. Namun setakat Oktober 09, kerajaan negeri telah mengalami defisit lebih kurang RM900 juta:

 

 

Pada pandangan penulis, kerajaan pakatan pembangkang sepatutnya lebih sedar dan dapat memperkaiki keadaan sekiranya apa yang mereka tujahkan terhadap kerajaan BN dahulu. Berdasarkan kepada bajet 09 di atas pelbagai persoalan bermain di minda warga Selangor., Apakah agaknya faktor utama yang membawa kepada defisit tersebut? Mengapa perlukan bajet tambahan yang mencapai lebih daripada RM578.5 juta? Apakah perimeter yang digunakan? Apakah wujudnya ‘mismanagement’ dalam pengurusan perbelanjaan wang kerajaan negeri? Siapa yang sebenarnya yang membuat budget tersebut? Apakah di kalangan ahli-ahli politik pakatan pembangkang sahaja? Pandangan kakitangan berpengalaman di Jabatan Kewangan dan Budget tidak diambilkira?

Menurut bekas Menteri Besar Selangor, YB Khir Toyo, apa yang sebenarnya berlaku adalah mereka membuat bajet tersebut berdasarkan kepada andaian sahaja bukan kepada anggaran. Pendekatan ini merupakan satu kesilapan besar yang menggadaikan harapan dan impian rakyat Selangor. Mereka mengandaikan bahawa Talam akan bayar hutang mereka sebanyak RM392 juta kepada kerajaan negeri. Startegi untuk mendapatkan wang tersebut adalah meletakkan asset-aset hutang Talam ke dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri seperti Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodaklan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan UNISEL. Aset hutang ini dijual kepada Selangor Industrial Corporation (SIC), anak syarikat PKNS. SIC akan membayar RM392 juta kepada kerajaan negeri melalui pinjaman bank. Setelah pembayaran dilakukan, kerajaan negeri melalui Menteri Besar Incoprated (MBI) akan membeli semula hutang SIC dalam bentuk geran dan SIC akan melunaskan hutang mereka kepada bank. Kesemua ini Nampak cantik tetapi hanya di atas kertas. Hutang sebenarnya masih lagi ‘tidak berbayar’. Dalam bahasa pemsaran, strategi ini dinamakan ‘round-tripping iaitu satu pendekatan yang memberikan maklumat yang ‘distorted’ atau alih-pandangan Tambahan pula, SIC terpaksa menanggung beban RM1 juta atas ‘permainan’ ini.

Mereka juga mengandaikan akan mengutip hasil pasir RM200 juta sedang sehingga kini, jumlah dikutip tak sampai 10%. Pelaburan RM 10 bilion untuk Sungai Klang oleh sayrikat Timur Tengah entah ke mana. Sekejap kata Timur Tengah, lepas tu kata pelabur Singapura dan kemudian lagi Korea Selatan. Tapi semuanya hampas belaka.

Satu perkara lagi yang menarik perhatian penulis adalah mengenai subsidi air di Selangor. Kerajaan Negeri sepatutnya membuat pembayaran terhadap subsidi tersbut. Namun kini, KDEB yang dipertanggungjawabkan terhadap pembayaran tersebut. Sehingga kini, KDEB telah diberikan pinjaman sebanyak RM100 juta dan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kredibiliti dan imej KDEB sendiri. Kerajaan negeri yang membuat janji manis tersebut lepas tangan.

Perlantikan DS Anwar Pengkhianat Bangsa sebagai penasihat ekonomi baru-baru ini adalah satu ‘permainan wayang kulit’ PKR dan pembangkang. Ia bertujuan untuk mengaburi mata rakyat. Tokoh yang mereka agung-agungkan ini hampir-hampir membawa Malaysia ke jurang kehancuran semasa krisis ekonomi 1997. Di sebalik perlantikan ini, PKR dan pakatan pembangkang sebenarnya telah gagal menunaikan janji mereka dan memakmu dan mensejahterakan negeri dan rakyat Selangor.

ii. ‘Retak Menanti Belah’ Pakatan Pembangkang

Sejak daripada kemenangan pakatan pembangkang dalam PRU 12 lalu yang berjaya mengambilalih kepimpinan negeri telah wujud ‘rasa kurang senang’ di kalangan mereka. Bermula dengan perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar yang kononnya’diangkat’ oleh DS Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa sehinggalah kepada perlantikan Speaker Dewan Undangan Negeri.

PKR yang mendapat 15 kerusi DUN pada PRU 12 lalu hanya lebih dua kerusi daripada DAP. Maka perbincangan telah dilakukan dan akhir membuat keputusan bahawa cadangan DS Anwar Pengkhianat Bangsa dipersetujui setelah mereka bersetuju untuk melantik calon DAP sebagai Speaker DUN. Tawar menawar ini telah mengenepikan PAS. Menurut mereka, walaupun PAS mempunyai kerusi hanya enam kerusi tetapi penyokong dan jentera PAS lebih kuat bekerja dalam memastikan kemenangan calon pembangkang di Selangor. Namun disebabkan hal ini juga PAS ‘terpaksa menerima dan menyokong. PAS tahu sekiranya mereka tidakberbuat sesuatu maka, impian untuk mempunyai lebih ramai wakil rakyat PAS di Selangor akan berkecai.

Azmin adalah ‘kesayangan’ DS Anwar Pengkhianat Bangsa. Pada peringkat awal, Azmin menyangkakan bahawa Anwar akan melantik beliau untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Namun beliau terpaksa menangguhkan hasrat beliau buat ketika ini kerana Anwar telah membuat perjanjian awal untuk melantik TS Khalid sekiranya Selangor dikuasai PKR/pembangkang.

Dalam akhbar The Star (9 Julai 09) beliau menyatakan bahawa sudah tiba massanya rombakan barisan exco negeri Selangor dilakukan.

I suggested to the Mentri Besar to reexamine the performance of the exco members as they play important roles in realising the states policies,” he said. (Star, 9 Julai 09)

Kenyataan ini dikeluarkan beliau kerana laporan yang beliau terima daripada rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dengan khidmat dan tatkerja exco-exco yang dilantik oleh TS Khalid.

Beliau amat kecewa dengan prestasi kerajaan negeri di bawah kepimpinan TS Khalid yang gagal mencapai pendapatan sasaran yang telah ditetapkan dalam bajet 09.

“The revenue for the state (currently) is not what we had expected,” he said adding that an example would be the expected revenue from the sale of sand and minerals was nowhere near what Khalid had projected. (Star,09 Julai 09)

Khalid yang sedar bahawa Azmin adalah ‘kesayangan Anwar tidak berani untuk menunjukkan kuasa MB yang ada pada beliau hanya menjawab:

“Pakatan Rakyat allows for the differences in opinion and issues,” he said adding that Azmin had voiced the grievances of his constituents. (Star, 9 Julai 09)

“We must now review ourselves and find out how best we can serve the people better,” he said (Star, 9 Julai 09)

Kenyataan Azmin ini sedikit sebanyak ‘menyindir’ kegagalan prestasi Teresa Kok dan Ronnie Liu daripada DAP yang merupakan exco bertanggung jawab terhadap Jawatankuasa Hal Ehwal Kerajaan Tempatan dan Pelaburan.

“There were several inadequacies in the manner certain things were carried out in the state. An example would be the appointment of local councillors recently which should have been done in a better way given that the Selangor government emphasises on good governance, democracy, human rights and rule of law,” Azmin told reporters after attending the Selangor State Assembly sitting at State Secretariat building here. (Bernama, 9 julai 09)

“I am not referring to any particular individual but leaving it to the discretion of the Menteri Besar to re-examine the performance of his exco members to play a more functional role in realising the states policies,” he said. (Bernama, 9 julai 09)

YB Ean Yong, yang juga merupakan Pengerusi DAP Selangor tindakan Azmin ini dan memberikan kenyataan :

I am shocked and regret Azmin’s suggestion for the Exco to be reshuffledand his critisms of red tape of MTES which he called a “High Court,said the Seri Kembangan state lawmaker.. (Din Merican DJ Blogger, 10 julai 09)

Pembelian Talam oleh kerajaan negeri Selangor telah menyebabkan kemarahan dan rasa kurang senang dalam kem PKR khususnya Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim. Kemarahan beliau ditujukan kepada TS Khalid kerana ‘menyembunyikan’ rancangan dan tindakan beliau.

A furious party secretary-general Datuk Salehuddin Hashim has despatched a strongly-worded e-mail to all PKR MPs and assemblymen in the state questioning why Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim has kept them in the dark over the move. (Star,18 Nov 09)

Pada pandangan penulis, Datuk Salehuddin mempersoalkan tindakan ini kerana ia bertentangan dengan dasar pakatan rakyat. Mungkin juga beliau merasakan perkara yang sebesar ini, perlu dikaji dan diamati secara mendalam kerana ia melibatkan parti dan rakyat Selangor. Mungkin juga ‘ada sesuatu’ yang cuba disembunyikan oleh TS Khalid.

Atau mungkin TS Khalid hanya mengikut arahan DS Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa yang baru beliau lantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan bayaran RM1. Mungkin juga bayaran RM1 ini hanya gimik politik sahaja sedangkan pengambilalihan Talam lebih besar dan dibuat sejurus DS Anwar dilantik.

Kekalutan pemerintahan pakatan rakyat di Selangor akhirnya membawa kepada salah seorang wakil rakyat PKR, YB Badrul Hisham telah bertindak keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan tatacara dan gaya kepimpinan TS Khalid yang dilihat melebihkan sesetengah pihak dan sampai ke tahap mengikut telunjuk rakan dalam pakatan khususnya DAP.

“Malah saya yakin akan mampu berkhidmat dengan lebih baik sebagai wakil rakyat Bebas tanpa sebarang gangguan mainan politik oleh kerajaan pakatan (pembangkang) yang ada sekarang,” katanya. (Utusan Malaysia, Okt 09)

Tekanan dan sekatan yang dikenakan oleh kerajaan pakatan dalam usaha beiau untuk memberikan khidmat di DUN Pelabuhan Klang. Pembukaan satu lagi pusat khidmat masyarakat yang dikendalikan oleh Setiausaha Politik TS Khalid, Nizam (ADUN Seri Setia) juga merupakan langkah yang tidak betul. Menurut beliau pelbagai fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh TS Khalid terhadap beliau:

Mengenai kenyataan Khalid yang mencadangkan beliau mendapatkan rawatan psikiatri dan menuduhnya mempunyai masalah kesihatan setelah pernah terlibat dengan kemalangan, Badrul Hisham berkata, perkara itu merupakan satu tohmahan dan fitnah.

“Apabila Menteri Besar Selangor menyatakan saya mempunyai masalah kekuatan otak, ianya merupakan satu penghinaan ke atas maruah diri saya dan juga keluarga saya.

“Tindakan beliau itu merupakan perbuatan tidak bermoral pemimpin PKR,” katanya. (Utusan Malaysia, 29 Okt 09)

(sambungan dalam bahagianIII)

Advertisements

3 Respons to “Pakatan Rakyat Gagal Di Selangor II”

  1. sumir said

    Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Negeri Selangor kerana Portal Pejabat Kerajaan Negeri Selangot telah berjaya mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC).

    Perkara itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam dan seharusnya menjadi benchmark bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat lainnya. Pakatan bangga kerana dari 4 buah negeri yang ditadbir sekarang, Selangor terlebih dahulu mendapat pengiktirafan ini, tapi malang buat negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional kerana tiada satu pun yang tersenarai.

    PAS berharap agar semua negeri mengambil inisiatif serius bagi membangunkan dan menyelenggara portal rasmi Kerajaan masing-masing dan menjadikannya medan interaksi maya yang lebih efektif di masa hadapan.
    PAS juga menyeru kepada semua organisasi didalam parti supaya menjadikan medium internet sebagai ruang alternatif secara maksimum untuk menyebarkan pakej dakwah, maklumat politik yang berguna, dan isu-isu semasa rakyat di kawasan masing-masing.
    Selain laman web dan portal, blog dan facebook juga perlu dimanfaat. Sehubungan dengan itu Konvesyen Blogger PAS akan diadakan pada 20 Disember 2009 di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar bagi memberikan ransangan kepada setiap organisasi parti untuk mencontohi kesungguhkan gerak kerja siber Kerajaan Pakatan Selangor.

  2. sumir said

    KUALA LUMPUR, 18 Nov: Walaupun para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) silih berganti membuat siasatan ke atas pemimpin kerajaan Selangor, Transparency International Malaysia(TI-M) memuji negeri Pakatan Rakyat itu bahkan wajar dijadikan contoh.

    Presiden TI-M, Datuk Paul Low berkata sikap kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam memacu Selangor jelas menunjukkan kerajaan negeri ini merupakan kerajaan yang adil dan telus mencakupi semua aspek.

    Katanya, peranan Khalid dalam menangani rasuah di Selangor merupakan satu perkembangan positif dalam arena politik negara.

    “Saya yakin MB Selangor mempunyai kehendak politik yang kuat untuk memerangi rasuah sebagaimana yang ditunjukkannya di Selangor,” kata Paul dalam satu sidang media selepas mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2009,di Kelab Golf Di Raja Selangor.

    Beliau menambah, pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.

    Katanya, pentadbiran telus yang diamalkan Selangor bukan sahaja penting bagi aspek intergriti tetapi dalam menjaga kestabilan ekonomi negara

  3. Halim Tuah said

    menempelak Kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor yg tidak memenuhi janji Manifesto PRU12 iaitu ‘Membantu setiap rakyat Selangor mendapat kediaman sendiri’, kerana MENGHALANG Rakyat Selangor yg membeli rumah projek Talam Corp mendapatkan hakmilik. Permohonan Budget Tambahan bagi pengambilalihan hutang Talam Corp pula, pada hakikatnya, adalah umpama ‘TUTUP LUBANG GALI LUBANG’!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: