Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

JANGAN TANAM TEBU DITEPI BIBIR

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 November 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Tuk Najib juga beri amaran kepada pemimpin UMNO semasa mereka berkumpul di Janda Baik supaya jaga parti dengan betul. Tunjuk teladan yang baik. Cakap mesti serupa bikin. Jangan berpeluk di atas pentas. Tapi bercekak kat luar. Kalau pemimpin bercakaran, parti rosak. Amaran macam itu kenalah diambil serius, Tambahan pula dalam keadaan hari ini banyak rakyat pandang serong kepada UMNO. Persepsi terhadap umno tak begitu baik. Gambaran bahawa pemimpin UMNO rasuah, sombong, haloba dan tak dengar rintihan orang ramai. Semua ini dah jadi macam kebenaran bagi kebanyakan orang.

Pemimpin UMNO dikecam dalam blog, dalam akhbar pembangkang, dalam diskusi diinternet dan di kedai kopi. Pendeknya, “Hentam UMNO” satu budaya dalam kalangan rakyat. Orang Umno pun tumpang sekali. Ada yang lebih kuah daripada sudu. Mereka kata umno tak betul tapi tak bersedia nak buat perubahan. Macam mana UMNO nak bersih, berprinsip dan berjuang untuk nusa dan bangsa kalau orang UMNO sendiri hanya pandai bercakap dikedai kopi. Dan tumpang kecam UMNO apabila orang lain kecam UMNO.

Kita fikir cukuplah bermuhasabah dan bermuzakarah serta berkenduri minda fasal kelemahan UMNO. Ini masa membuat kerja, mencari jalan kebaikan. Bukan menghentam dan mencari salah. Bak kata orang, tepuk air didulang, terpercik kemuka sendiri. Gitulah ibaratnya perbuatan sesetengah ahli umno. Kita juga rasa hairan seolah-olah orang UMNO dah terima hakikat kelemahannya. Macam umno tak boleh pulih lagi. Tak boleh diperelok. Macam umno dah jadi barah yang tak boleh diubat.

Semua orang tumpang semangkuk menunjukkan betapa lemahnya UMNO. Batapa rosaknya umno. Mungkin betul juga bahawa orang umno dalam trauma sebab “kekalahan teruk” dalam pilihan Raya Umum ke 12- tahun lalu. Kata orang, macam belum boleh terima hakikat bahawa BN dan UMNO kalah dibanyak negeri. Jadi semuanya dalam keadaan panik, bingung dan tak tahu apa nak buat. Kita rasa, itu silap besar. Memang BN dan UMNO kalah dibeberapa negeri. BN tak dapat undi dua pertiga lagi. Tapi jangan lupa, tak banyak parti yang memerintah didunia hari ini yang menguasai dua pertiga kerajaan.

Dinegara maju, hal ini tak berlaku. Kecualilah dinegara yang sistem pilihan raya nya di curigai, jarang-jarang ada negara yang parti memerintah kuasai dua pertiga parlimen. Kita percaya pemimpin dan ahli Umno sedar hal ini. Oleh sebab itu kita kena pulihkan semangat. Ingat matlamat perjuangan umno, sasaran umno.

Kenapa Umno di lahirkan? Apa amanah orang Melayu kepada UMNO ??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: