Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Jadikan Perlembagaan negara sebagai subjek teras

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 6 November 2009

oleh:- Mawar Berdarah

MALAYSIA sudah merdeka lebih 52 tahun. Sejak itu, pelbagai kemajuan telah dicapai. Sehingga kini, pelbagai gelaran positif diberikan oleh masyarakat luar kepada negara.Namun dalam keadaan itu, masih terdapat rakyat yang dihimpit dilema dan tidak yakin untuk berbangga sebagai rakyat negara tercinta ini. Ada yang mempertikaikan hak-hak yang dinikmati oleh kaum-kaum tertentu.Ramai yang lupa atau sengaja membelakangkan hak-hak yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keadaan ini, di manakah kesedaran kita sebagai rakyat Malaysia untuk menghayati Perlembagaan Persekutuan yang membawa kita ke tahap ini. Perlembagaan negara telah menggariskan susur galur hak-hak orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sebagai “payung” negara. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan pemerintahan bercorak raja berperlembagaan.Itulah yang diamalkan sejak merdeka dan ia termaktub juga di dalam Perlembagaan.Hak-hak asasi sebagai warganegara juga terkandung di dalam Perlembagaan itu. Setiap hak bagaimanapun perlu digunakan mengikut lunas-lunas perundangan sebagaimana yang termaktub di dalam Rukunegara iaitu “Kedaulatan Undang-Undang” dan “Keluhuran Perlembagaan”.

Namun apa yang menyedihkan kini ialah Perlembagaan itu telah dipersoalkan oleh pihak-pihak yang tamakkan kuasa dan mempunyai agenda tersirat. Ada yang mengatakan hormat dan menjunjung Perlembagaan tetapi menjadi “talam dua muka” dan “gunting dalam lipatan”. Mereka menganggap seolah-olah Perlembagaan Persekutuan diwujudkan untuk kerajaan semata-mata dan bukan untuk semua rakyat.Sekiranya keadaan ini akan berterusan jika Perlembagaan tidak dijadikan subjek teras di bangku sekolah. Kini jika ada pun hanyalah semangatnya sahaja yang wujud dalam subjek Sivik dan Pengajian Am di tingkatan enam. Rasanya sudah tiba masanya untuk kita mewujudkan subjek Perlembagaan Persekutuan untuk anak-anak di sekolah. Ini penting sebelum wujud lebih ramai penduduk yang cuba dan terus menyoal satu demi satu perkara-perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan. Yang nyata, tindakan mempersoalkan segala dasar yang dibuat berdasarkan Perlembagaan bukanlah satu tindakan yang bijak.

Ia mempamerkan seolah-olah kewujudan “induk” undang-undang ini tidak relevan dengan suasana politik dan ekonomi semasa. Sedangkan tanpa kita sedari, inilah Perlembagaan yang menjadi sumber kekuatan kita sebagai sebuah negara merdeka dan inilah sumber kekuatan yang dipanggil perpaduan nasional. Maka sesuai dengan semangat 1Malaysia yang cuba disemarakkan kini, sangat wajar untuk kita semua belajar dan diwajibkan menghayati Perlembagaan negara. Pemimpin hari ini memimpin dengan berpandukan Perlembagaan yang mewakili semangat pemimpin-pemimpin terdahulu.Mereka itu pergi dengan meninggalkan benih perpaduan yang mencambahkan keamanan dan kemakmuran ekonomi dan sosial kepada kita semua.

Maka kita tidak perlu lagi merasa sangsi dengan segala nikmat yang dikecapi hari ini kerana jika kita terus mempersoalkan hak dan Perlembagaan, kita hanya meragui diri kita sendiri.Cintailah Perlembagaan Persekutuan 1957 kerana satu hari nanti apabila anak-anak kita bertanya bagaimanakah negara kita bermula, terangkan sahaja mengenai Perlembagaan itu. Pengakhirannya anak-anak kita akan lebih menghargai sebuah kehidupan bernama 1Malaysia. Maka jadikanlah pendidikan Perlembagaan sebagai satu subjek teras di sekolah, khususnya di peringkat menengah.

Sumber Dari Utusan Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: