Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

1MALAYSIA CABAR KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 2 November 2009

Oleh: Kawan Lama

Lim Kit Siang (DAP) menyuarakan bahawa 1Malaysia adalah suatu konsep yang gagal dan tidak menepati kehendak dan acuan warga Malaysia. Konsep ini tidak akan berjaya kerana ia tidak diterima oleh warga Malaysia secara total. Apa yang beliau sebenarnya maksudkan pada pandangan penulis, Lim Kit Siang dan DAP melihat ia adalah sesuatu yang di bawa oleh UMNO. Apa sahaja yang di bawa oleh UMNO mempunyai konotasi atau ikatan dengan Melayu.Tambahan pula, DAP mempunyai konsep Malaysian Malaysia yang diadaptasikan daripada Singapura ciptaan Lee Kuan Yew. Lantaran itu, 1Malaysia yang jauh lebih baik daripada Malaysian Malaysia jajaan mereka. Mungkin begitulah juga pandangan pakatan pembangkang yang lain termasuk PKR dan PAS. Apakah benar bahawa konsep 1Malaysia gagal menepati senario dan kehendak warga Malaysia?

Teras utama dalam 1Malaysia menurut YAB Dato’ Seri Najib adalah Perpaduan Nasional. Ia bukannya sesuatu yang baru. Menurut beliau lagi kita adalah sebuah negara yang unik dengan mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya. Lantaran itu, konsep dan teras kepada Pepaduan Nasional 1Malaysia adalah sama dengan konsep Perpaduan Nasional yang diasaskan sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Justeru itu, Ia merupakan kesinambungan daripada dasar pentadbiran kepimpinan Malaysia yang telah diaplikasikan sejak era menjelang kemerdekaan negara lagi.

Pada zaman Tunku Abdul Rahman, kerjasama dan perpaduan ini dizahirkan melalui bidang politik dengan tertubuhnya parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC bagi memberikan mesej penting kepada penjajah bahawa perbezaan warna kulit, adat, budaya dan khususnya agama bukan menjadi penghalang bagi Malaya merdeka. Hal ini diakui oleh para pemimpin bukan Melayu seperti Tan Siew sin dan V.T Sambanthan. Kedua-dua tokoh ini yang mewakili masyarakat Cina dan India menghargai pengorbanan orang Melayu bersedia memberikan kerakyatakan kepada golongan imigran tanpa membelakangkan adat, budaya dan agama bangsa golongan imigran tersebut yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara lain termasuk barat sekali. Kejayaan Perikatan dalam pilihanraya pada tahun 1955 telah memberikan kemerdekaan kepada Malaya dan akhirnya terbentuknya Malaysia pada 1963 dengan kemasukkan Sabah dan Sarawak.

Gerak langkah ke arah Perpaduan Nasional yang dilakukan oleh Tunku merupakan asas bagi kemerdekaan dan pengwujudan satu Malaya. Namun kefahaman yang tidak menyeluruh telah membawa kepada insiden 13 Mei 1969. Lantaran itu, Tun Razak telah memberikan nafas baru kepada konsep Perpaduan Nasional ini. Menyedari bahawa ketidakseimbangan dalam ekonomi dan pendidikan, maka Tun Razak telah memperkukuhkan maksud Perpaduan Nasional dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Perikatan ditukar kepada Barisan Nasional yang lebih menggambarkan konsep kejituan perpaduan warga Malaysia. Pendekatan ini telah berjaya mengurangkan jurang ekonomi dan pendidikan warga Malaysia. Kejayaan ini juga terpatri dalam sejarah Malaysia kerana Rukun Negara dijadikan sebagai paksi tambahan selain daripada Perlembagaan Persekutuan demi mencapai Perpaduan dan Intergrasi Nasional yang lebih bermakna kepada semua warga Malaysia.

Usaha ini juga diteruskan semasa zaman kepimpinan Tun Hussein Onn di mana setaip warga Malaysia menganggap beliau sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Manakala interpretasi baru telah diberikan oleh Tun Mahathir dalam menterjemahkan Perpaduan Nasional ini kepada Bangsa Malaysia dan Wawasan 2020. Usaha ini terus dilaksanakan oleh Tun Abdullah melalui misi Nasional.

Perpaduan Nasional sebelum ini berlandaskankan kepada Perlembagaan Persekutuan sahaja. Setelah diperkenalkan ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara. Kedua-duanya merupakan teras utama kepada misi dan visi Perpaduan Nasional dan Bangsa Malaysia termasuklah konsep 1Malaysia. Kalau zaman Tunku hingga Tun Abdullah, pendekatannya adalah kepada Tolenransi namun pendekatannya kini diubah kepada Penerimaan sejajar dengan kehendak semasa.

Kita sudah tersedia maklum bahawa tolenransi warga Malaysia mula dipermainkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Demi untuk menerajui kepimpinan Negara, asas kukuh yang terbina mula disimbah dan suburkan dengan semangat perkauman khususnya dari kalangan parti politik pembangkang dan NGO-NGO yang berasaskan kaum. Perasaan curiga dan memandang serong terhadap dasar kerajaan yang tidak pernah berubah sejak zaman era kemerdekaan dikatakan terlalu bias dan mementingkan satu kaum – melayu sahaja. Inilah yang sentiasa ditanam dan disuburkan. Kelabaan bagi mereka adalah apabila mereka mendapat kuasa kelak tanpa mengambilkira keharmornian dan perpaduan antaa kuam yantelah terbina sejak dulu. Kelunturan dan penghakisan semangat nasionalisme semakin ketara. Dalam kempen-kempen pilihanraya khususnya dalam masa kea rah PRU 12 lalu, isu perkauman dinyalakan dan dijadikan bahan oleh mereka dan penulis serta pemilik blog yang pro mereka. Hal ini masih lagi diteruskan dalam PRK-PRK. Untuk mengaburi mata rakyat, mereka membentuk pakatan yang mereka panggil pakatan rakyat. Sebenarnya tidak pernah wujud pakatan ini baik sebelum PRU 12 lalu mahupun kini.

1Malaysia yang diketengahkan oleh YAB DS Najib kini menjadi igauan buruk kepada pakatan pembangkang khususnya DAP. 1Malaysia lebih baik dan menterjemahkan sebenarnya wajah Malaysia. Ia bukannya ciplakkan daripada mana-mana konsep Negara lain tetapi hasil daripada kejernihan dan kemurnian hati warga Malaysia sebenar. Apa yang dibawa oleh 1Malaysia akan mengangkat martabat warga Malaysia lebih tinggi dan dikagumi oleh warga dunia. Dasar dan konsep ini telahpun bermula diperingkat awalannya dan mendapat penerimaan yang agak memberangsangkan oleh semua warga Malaysia. Mengapa kita perlu menggadaikan atau menghapuskan sesuatu yang telah berjaya meletakkan kita di mata dunia denga sesuatu yang belum lagi terjamin kesesuaiannya dengan wajah kita?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: