MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM
Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Oktober 2009
Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung
Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label islam dalam membela dan merancang pembangunan umat islam dan negara ini.Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan FELDA.
Dalam Islam kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan dikalangan umat islam dengan membuka tanah rancangan FELDA dan adakah ini bukan tuntutan islam? Kerajaan Barisan Nasional (BN), pimpinan UMNO membangunkan negara ini bagi melahirkan Umat Islam yang di hormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.
Kita tidak perlu label “Membangun bersama Islam” Kerana kita sudah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu Islam miskin dan tidak ada kekuatan.
Tinggalkan Jawapan