Oleh:- Mawar Berdarah
MASIHKAH kita ingat dialog dalam filem ‘Ahmad Albab’ arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, antaranya berbunyi, ”Harta itu bukan engkau yang punya tetapi Ahmad Albab yang punya, Ahmad Albab.” Begitulah juga apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan sebarang pintu rundingan berhubung kerajaan perpaduan sudah ditutup, UMNO tidak perlu berasa gundah gulana. Ia kerana idea kerajaan perpaduan bukanlah UMNO atau BN ‘yang punya’ tetapi Abdul Hadi ‘yang punya’. Justeru apabila beliau sendiri menutup pintu rundingan dan sekali gus mengetepikan ideanya maka semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka. Apa yang penting sepanjang isu tersebut berlangsung, UMNO sudah menunjukkan keikhlasan untuk sentiasa bersedia berunding dengan Pas demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam.
Tetapi malangnya, kesediaan UMNO yang hanya menyahut idea Abdul Hadi itu telah dipandang serong. Sejak dari awal lagi isu ini tercetus iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lalu, UMNO dikecam dengan pelbagai tuduhan. Malah puak-puak di dalam Pas dengan sewenang-wenangnya menuduh bahawa idea kerajaan perpaduan itu adalah permainan politik UMNO yang dilihat sebagai sebuah parti yang lemah.Untuk mengelakkan kita terkeliru dengan isu kerajaan perpaduan ini dan bagi memastikan UMNO tidak terus dipandang serong adalah wajar kita mengimbas kembali apa yang dikatakan oleh Abdul Hadi ketika mengemukakan idea tersebut. Presiden Pas itu membuat cadangan berkenaan dengan hati yang ikhlas apabila melihat berlaku kekalutan dalam arena politik negara. Atas sebab itu beliau mencadangkan supaya kerajaan perpaduan diwujudkan. Baca baki entri ini »