NIK AZIZ TERSEPIT DIANTARA ANWAR DAN DAP
Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 29 Oktober 2009
OLEH:- Anak Kecil dari gunung
Kita sudah naik jelak dengan soal perpadaun yang tidak berkesudahan. Memang memalukan, dulu semasa Muktamar Pas, Presidennya sendiri yang berkata mahu bekerjasama dengan UMNO, Tetapi apabila Nik Aziz menentang, maka terus Umno disalahkan. Dalam Muktamar itu, mereka memuji UMNO walaupun mengakui UMNO ada kelemahan, Tetapi bila didesak sekutu mereka demi kepentingan politik, macam-macam caci-maki di lontarkan kepada UMNO.
Kenapa PAS tidak mengambil tindakan? Bukankah dalam Muktamarnya juga ada pewakilannya sendiri yang tidak suka dengan tindakan PAS pusat kerana gagal berpegang kepada prinsip,Terutamanya tentang akidah dan untuk mewujudkan sebuah negara Islam. Tetapi sekarang, atas nama Tahaluf Siyasi dalam bahasa Arabnya atau politik permuafakatan dalam Bahasa Melayu,PAS seolah-olah menghalalkan cara untuk berpakat dengan PKR dan DAP yang memang terkenal dengan cauvanis semata-semata mahu menjatuhkan BN.
PAS sanggup mengikut acuan yang mesti selari dengan kepentingan rakan sekutu mereka, PKR dan DAP. Lebih teruk lagi, dengan menggadaikan prinsip dan mengenepikan perjuangan asal. Mungkin PAS takut disergah oleh Anwar Ibrahim dan DAP, atau mahu mengambil hati sehingga sanggup menggugurkan penubuhan negara Islam dan mengenepikan perjuangan asal mereka?
Mereka tidak sedar sikap talam dua muka Anwar dan DAP yang semata-mata ingin menangguk peluang keemasan diatas keasyikan segelintir orang melayu yang sanggup menerima PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menghancurkan dan memecahbelahkan orang Melayu sendiri.
Tinggalkan Jawapan