Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Perpecahan Islam yang disengajakan

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 27 Oktober 2009

Oleh: Tanah Liat

ARTIKEL DR RIDUAN TEE ABDULLAH

Dari Artikel Mingguan Malaysia.

Saya dituduh tali barut UMNO dan dibayar berjuta-juta untuk menulis artikel. Oh! Senang sekali untuk jadi kaya. Tulis artikel mengutuk pembangkang atau berbau perkauman, UMNO akan bayar. Mungkin selepas ini, pembaca boleh menyertai saya untuk jadi kaya. Begitulah banyak sekali duit UMNO! Inilah pemikiran ultra kiasu. Mereka tidak boleh diusik langsung.

Saya dicabar kenapa tidak menegur UMNO yang dikatakan mengamalkan rasuah? Untuk makluman semua, sila baca artikel saya dalam Utusan Malaysia (22 Disember 2008). Saya ada menulis bahawa makan rasuah lebih hina daripada makan babi atau lebih baik makan babi daripada makan rasuah. Begitulah hinanya mengambil dan makan rasuah. Kenapa pembangkang tidak menyokong saya ketika itu? Inilah mentaliti kelas ketiga masyarakat kita, bila kena pada orang lain kita suka, bila kena pada diri sendiri, ibarat meludah ke langit. Bersih sangatkah kita? Ingatlah, kita hanya manusia biasa, tidak lari dari salah silap. Saya tidak nafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang penting dalam sistem demokrasi sebagai check and balance.

Cuma satu perkara yang saya pohon, yang baik kata baik dan sokonglah, yang tidak baik, boleh ditegur dengan cara berhikmah. Jangan tolak semua disebabkan tidak sehaluan. Lebih hina lagi, suka menyerang peribadi. Adakah peribadi kita semuanya baik? Ingat saudara, kadangkala kita juga menyimpan pekung di dada. Kita juga buat silap, tetapi kita tidak berani untuk mendedahkannya, dibimbangi terpalit ke muka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: