Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS BAGAN PINANG HALALKAN GOBALAKRISHNAN GUNA AL-QURAN

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 26 Oktober 2009

Oleh :- Anggerik Desa

gobalarishnan

Parti PAS di Bagan Pinang telah menghalalkan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR untuk berucap di pentas mereka dan menyelitkan firman Allah swt di dalam ceramah mereka. Apakah yang sebenarnya bermain-main di kepala pemimpin PAS di Bagan Pinang apabila N. Gopalakrishnan cuba menjadi ustaz pada malam itu dan menggunakan ayat suci Al- Quran??

Persoalannya, apakah N. Gopalakrishnan dan rakan-rakannya boleh dibiarkan begitu sahaja mengucapkan firman Allah swt untuk menyakinkan orang ramai terutamanya orang islam agar menyokong mereka pada hal mereka sendiri tidak pernah mempercayai Allah swt??

Hakikatnya, mereka menyembah berhala dan tuhan-tuhan mereka mengikut agama mereka sendiri.

Kita malu dan sedih jika ada orang islam sendiri yang tertipu dan terpengaruh dek sepotong ayat al-Quran yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin bukan islam parti pembangkang

Kita sangat hairan dan meluat dengan tindak tanduk parti PAS yang berdiam diri dan membiarkan sahaja orang yang tidak mempercayai Allah swt, menggunakan ayat-ayat Allah swt supaya orang ramai terutamanya orang islam mempercayai dan menyokong mereka

Dimanakah rasionalnya pemimpin-pemimpin PAS hari ini? Selepas menjadi ustaz, apakah lagi yang hendak dibuat oleh pemimpin-pemimpin bukan islam DAP dan PKR untuk memenangkan hati orang islam?? Tetapi didalam art of political war, kita tidak terkejut apabila mereka akan mencuba segalanya-galanya tetapi bukan masuk islam!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: