Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Brutalisme dan Sikap Biadap Pegangan Pakatan Pembangkang

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 26 Oktober 2009

Oleh: Kawan Lama

22 Okt 09 lalu, Mahkamah Majistret Wialayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM 3,000 terhadap Tian Chua Chang Ahli Parlimen Batu kerana kesalahan mencederakan anggota polis di perkarangan Parlimen pada 11 Disember 2007. Beliau telah memenangi kerusi Parlimen tersebut dalam PRU 12 lalu atas tiket PKR. Hukuman tersebut akan menyebabkan beliau kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen berdasarkan kepada Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan. Rayuan yang dikemukakan oleh peguambela beliau agar pihak mahkamah mempertimbangkan hukuman tersebut kerana Perkara 48 (1)(e) tersebut bukan sahaja menghukum Tian Chua malahan rakyat yang beliau wakili telah ditolak oleh mahkamah atas alasan sebagai wakil rakyat ia bukannya keistimewaan khas dan mereka juga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang

Budaya memburuk-burukkan imej pasukan Polis Negara telah menjadi darah daging dan asas perjuangan pakatan pembangkang khususnya parti KeAdilan Rakyat (PKR). Kes terbaru adalah kes Gobalakrisnan (PKR) yang telah menampar polis semasa penamaan calon PRK Pasir Panjang Pulau Pinang. Pelopor kepada budaya ini tidak lain tidak bukan Anwar Ibrahim ”Pengkhianat Bangsa’. Beliau yang bengang dengan Tun Mahathir kerana telah memecat beliau daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Pemecatan beliau adalah disebabkan oleh salahlaku dan salahguna kuasa. Tabiat buruk beliau yang melakukan kegiatan homoseksual terbongkar dan polis telah menahan beliau yang akhirnya dibicarakan dan dipenjarakan.

Demonstrasi Jalanan adalah salah satu instrumen yang digunakan untuk mempertontonkan kepada umum ‘police unjust action’ kononya pihak polis menggunakan kekerasan dan bertindak tanpa mengikut batasan undang-undang terhadap penunjuk perasaan jalanan. Melalui demonstrasi inilah juga rakan sekongkol baik dari dalam dan luar negara akan merakamkan insiden-insiden tegang untuk disiarkan dalam berita luar negara dan dalam U-tube serta laman-laman blog rakan sekongkol mereka. Kerajaan pemerintah dikaitkan di mana kerajaan pemerintah dikatakan sebagai ‘the unseen hand’ yang menyebabkan polis bertindak sedemikian.

Tindakan memburuk-burukkan imej polis, mahkamah dan kerajaan yang dilakukan oleh mereka sebenarnya merupakan karyacipta politik belaka. Apa yang mereka lakukan adalah wayang politik mainan pembangkang dalam usaha untuk memenangi PRU 12 lalu. Perasaan benci, sifat perkauman dan mensasarkan kepada kepimpinan tertinggi kerajaan BN khususnya UMNO. Perasaan sebegini perlu ditanamkan agar ia membentuk ‘kepercayaan kekal’ dalam minda rakyat tanpa mengira sama ada berita yang disebarkan benar atau tidak. Implikasi terhadap apa yang mereka lakukan tidak penting kerana bagi mereka, matlamat untuk menguasai Putrajaya lebih diutamakan.

Penulis pernah melakarkan tulisan mengenai perkara ini khususnya dalam kempen ABU (Asal Bukan UMNO) yang dilancarkan dalam PRU 12 lalu. Ia merupakan rentetan daripada serangan-serangan terhadap UMNO yang dikepalai oleh Anwar “Pengkhianat Bangsa”. Sedar atau tidak, Si Pengkhianat Bangsa ini seorang pendendam dan mahu hapuskan UMNO kerana UMNO telah memecat keahlian beliau semasa beliau hanya selangkah dan beberapa bulan lagi untuk menerajui kepimpinan UMNO dan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Untuk menambah hangat lagi kempen ini, Raja Petra Kamaruddin (RPK) melalui laman web beliau Malaysia Today yang diyakini disponsor oleh seseorang telah memburuk-burukkan imej orang Melayu dan menghina Islam. Kata-kata yang memedihkan dan menyinggung perasaan orang Melayu dan Islam tidak langsung diendahkan oleh golongan Melayu dan Islam liberal yang didokongi oleh Si Pengkhianat Bangsa atas tajaan Yahudi Amerka, Neo-Conservative Movement melalui saluran seperti Foundation For Future (FFF) dan dana National Endowment For Democracy (NED).

Sekiranya kita amati dengan mendalam, PAS kini juga telah mula diserapi dengan unsur liberalism. Si Pengkhianat Bangsa ini telah meletakkan waluk-waluknya yang di kenali sebagai kumpulan Erdogan dalam PAS atau ada yang menggelar mereka ini golongan liberal PAS. Si Pengkhianat Bangsa ini dalam satu ucapan beliau semasa di Amerika dalam program NED telah mengatakan bahawa PAS kini adalah liberal dan telah sanggup untuk melepaskan tuntutan mewujudkan Negara Islam setelah mereka bergabung di bawah satu pakatan pembangkang. Kita juga sedar bahawa golongan liberal/ Erdogan dalam PAS sudah mula mengatur langkah untuk menerajui kepimpinan tertinggi PAS dalam muktamar PAS baru-baru ini.

Berbalik kepada budaya kurang ajar yang diperkenalkan oleh Si Pengkhianat Bangsa ini, PAS kini telah ‘dianugerahkan’ peranan dan imej baru iaitu – brutalisme. Penyokong-penyokong fanatik PAS telah digunakan untuk melakukan demonstrasi jalanan bagi menggantikan kumpulan gerakan Reformasi KeAdilan setelah KeAdilan kini menjadi Parti KeAdilan Rakyat (PKR). Imej buruk PKR kini dipindahkan kepada PAS dan orang PAS baik kepimpinan tertinggi mereka apatah lagi penyokong fanatik mereka tak kisahpun dengan imej ini. Malah mereka lebih senang dengan imej baru yang ‘dihadiahkankan’ ini dan melaksanakannya bukan sahaja dalam demontrasi jalanan malahan dalam PRU 12 dan PRK-PRK lalu.

Penulis sekali lagi mahu mengingatkan kembali kepada semua yang menuduh UMNO adalah rasuah dan pentingkan kroni. Siapakah yang sebenarnya membawa budaya ini dalam UMNO? Jawapannya mudah……Anwar Si Pengkhianat Bangsa’. Dalam usaha untuk naik cepat, beliau telah menggunakan kedudukan dalam parti dan kerajaan. Masih ingat lagi tak apa yang terjadi pada Tun Ghaffar Baba? Si Pengkhianat Bangsa ni telah menyatakan secara terbuka takkan lawan Tun Ghaffar tapi di belakang, beliau susun gerakkan dengan umpanan rasuah kedudukan dalam parti di bahagian-bahagian dan menyogok wang rasuah agar Tun Ghaffar tak cukup pencalonan. Kroni-kroni beliau diberikan projek-projek jutaan ringgit walaupun tiada pengalaman agar sama-sama dapat menjayakan visi beliau.

Bagi PAS, penulis sekali lagi ingin mengingatkan bahawa bersekongkol dengan Si Pengkhianat Bangsa ini akan lebih memburukkan keadaan dan imej mereka. PKR hanya pentingkan Si Pengkhianat Bangsa manakala DAP hanya mahukan satu hari nanti mereka menguasai kepimpinan tertinggi negara untuk selama-lamanya. Si Pengkhianat Bangsa adalah faktor pencepat kepada misi dan visi DAP yang nampak jelas parti Chinese Chauvinist. Kekalutan yang berlaku dalam PAS hari ini adalah hasil kerja tangan Si Pengkhianat Bangsa dan golongan-golongan Erdogan yang ada dalam PAS. Budaya dan imej brutal dan tidak bermoral ini adalah pinjaman dan bayarannya amat mahal iaitu hilangnya kepercayaan dan keyakinan penyokong akar umbi PAS kelak.

UMNO yang tersentak dari lamunan panjang oleh keputusan PRU 12 lalu mula mengorak langkah untuk ‘memperbaharui’ iktikad dan pendekatannya. Kesedaran untuk memulihkan imej yang telah dicalarkan oleh Si Pengkhianat Bangsa ini merupakan satu cabaran besar yang harus dipikul oleh bukan sahaja kepimpinan tertinggi parti malahan oleh semua seperingkat dan sayap.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: