Oleh: Kawan Lama
22 Okt 09 lalu, Mahkamah Majistret Wialayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM 3,000 terhadap Tian Chua Chang Ahli Parlimen Batu kerana kesalahan mencederakan anggota polis di perkarangan Parlimen pada 11 Disember 2007. Beliau telah memenangi kerusi Parlimen tersebut dalam PRU 12 lalu atas tiket PKR. Hukuman tersebut akan menyebabkan beliau kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen berdasarkan kepada Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan. Rayuan yang dikemukakan oleh peguambela beliau agar pihak mahkamah mempertimbangkan hukuman tersebut kerana Perkara 48 (1)(e) tersebut bukan sahaja menghukum Tian Chua malahan rakyat yang beliau wakili telah ditolak oleh mahkamah atas alasan sebagai wakil rakyat ia bukannya keistimewaan khas dan mereka juga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang Baca baki entri ini »