Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

‘Orang munafik, tapi alim lidahnya’

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 23 Oktober 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

PEMIMPIN Pas yang dipimpin Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dikatakan mursyidul itu terang-terangan mengatakan ahli-ahli UMNO itu tidak Islam. Sedalam mana ilmu tuan guru yang diagung-agungkan ahli-ahli Pas itu kita sendiri pun tidak tahu. Mereka dengan lantang mengatakan demikian seolah-olah hukum Tuhan dan syurga neraka berada dalam ketentuannya.

Apakah mereka akan lebih Islam jika seseorang itu menghafal dan menyampaikan dua atau tiga ayat al-Quran dalam ceramah atau pun takbir apabila berkumpul ramai? Tetapi selepas itu ayat-ayat al-Quran dan takbir mereka tadi semacam menghalalkan ayat mereka untuk mencaci, memaki hamun pemimpin dan membuat fitnah yang membabi buta selepas itu tanpa memikirkan sensitiviti sekeliling.

Tiada perkara-perkara yang mereka sebutkan untuk meningkatkan syiar Islam dalam negara ini tetapi hanya perkataan yang keji dan kesat yang terhambur demi menghangatkan kempen mereka. Dirasakan kalau ceramah dan kempen Pas ini lebih berkisar pada hal akhirat, hidup selepas mati, rasanya tidak seramai itu penontonnya, ramai yang telah insaf dan duduk di rumah tidak lepas pegang tasbih sepanjang masa. ”Sesungguhnya apa yang merisaukan sepeninggalanku adalah orang-orang yang munafik tetapi alim lidahnya” – Hadis catatan Imam Al Tabrani.

Tetapi apabila kempen ceramah lebih kepada maki hamun buat fitnah, itulah yang agaknya yang digemari ramai penyokong Pas itu. Cuba lihat perkara ini dalam kempen mereka, mulut-mulut celupar si tudung labuh yang ada juga mukanya pun bertutup tapi hanya kedengaran suaranya yang mencaci di sebalik tudung hijab, yang jika kita membelakangi mereka, kita sendiri pun tidak percaya suara-suara tersebut datangnya daripada wanita yang bertudung litup itu.

Sesungguhnya tudung litup itu tidak berdaya menutup mulut mereka daripada bercakap yang bukan-bukan seperti perempuan meroyan itu dan juga si kopiah putih yang ada juga berjanggut yang sengaja disimpan biar nampak alim yang kononnya mengikut sunnah tetapi perangai mereka langsung tidak sedikit pun mengikut sunnah, memaki hamun para pemimpin kerajaan walaupun ada antara mereka bekerja dengan kerajaan.

Diharapkan mereka ini segeralah bertaubat dan minta maaf atas keterlanjuran mereka dan tidak menjadi haram gaji mereka diambil tiap bulan diberi makan anak-anak dan bini-bini mereka yang selama ini telah menjadi darah daging mereka. Lebih baik mereka ini yang menjawat jawatan dalam kerajaan meletak jawatan jika mereka tidak berpuas hati dengan pemerintah.

Sumber Dari Utusan Malaysia

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: