Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MAMPUKAH PR MENTADBIR.???

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 22 Oktober 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Kewibawaan kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang semakin dipersoalkan rakyat apabila mereka tidak mampu membuat keputusan dengan tepat dan memuaskan hati semua pihak. Insiden itu juga, Menunjukkan pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji yang di taburkan kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke 12 tahun lalu.

Kewibawaan Kerajaan yang dikuasai pakatan pembangkang sudah mula dipersoalkan rakyat. Mereka ( Pakatan Pembangkang ) menghadapi begitu banyak masalah. Apabila mereka berjanji, mereka tidak dapat menunaikannya dan keputusan yang mereka buat tidak memenuhi jangkaan rakyat. Meraka juga cuai membuat keputusan yang tepat dalam satu-satu situasi.

Punca yang menyumbang kepada masalah ini adalah kerana mereka langsung tidak tahu latar belakang dan cara mentadbir masyarakat pelbagai kaum. Pembangkang menggunakan politik keselesaan sebagai salah satu faktor untuk meraih sokongan dan ia menjadi masalah apabila mereka terlupa tentang corak sosial dalam negara. Keputusan yang dibuat bukan hanya mengambil kira untung atau rugi tetapi juga keharmonian, kesepakatan dan kerjasama dikalangan masyarakat.

Apabila pakatan pembangkang memerintah, keadaan lebih buruk berlaku apabila para pemimpinnya gagal membuat keputusan dengan tepat dan tidak mengambil kira pandangan masyarakat yang berkaitan. Ketika mereka menjadi pembangkang, amat mudah bagi mereka mempertikaikan kerajaan BN kononnya kita tidak berwibawa atau sebagainya. Hakikatnya apabila mereka mentadbir, ia tidak semudah seperti yang mereka cuba lakarkan ketika mereka menjadi pembangkang dahulu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: