Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Cuti Umum Hari Malaysia…

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 22 Oktober 2009

Oleh: Tanah Liat

16 SEPTEMBER. HARI MALAYSIA CUTI UMUM

Berita baik mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

“Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.

“Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia,”

Bagi meningkatkan lagi perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kekerapan penerbangan akan dipertingkatkan, pembinaan prasarana bakal diperbanyakkan dan isu kerakyatan akan diberi perhatian serius oleh kerajaan.

Dengan kesempatan menerangkan bahawa gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri telah menjadi gagasan yang digemari ramai khususnya generasi muda.

“Boleh dikatakan tahap pertama dalam pelaksanaan gagasan 1Malaysia telah mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita berdoa semoga niat suci kerajaan untuk memupuk perpaduan tulen benar-benar berjaya,”

Bagaimanapun, asas pembinaan negara sejak dari awal lagi berasaskan mengintegrasi dan bukannya mengasimilasi contohnya seperti yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Ini menunjukkan kepimpinan kita dari awal lagi bersifat terbuka dan inklusif kerana kerajaan melihat itulah jalan terbaik apabila kita dapat menampilkan suatu kekuatan berdasarkan bersatu dalam kepelbagaian.

“Tidak ada negara lain yang unik macam Malaysia. Kita berpegang kepada teras perlembagaan dan boleh menerima unsur-unsur yang berbeza sebagai budaya yang terkandung di bawah bumbung 1Malaysia,”

Sementara itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) mengenai dasar Islam Hadhari, Beliau berkata, setiap dasar baru merupakan kesinambungan kepada dasar terdahulu dengan mendasari nilai menyokong usaha mencapai Wawasan 2020.

Menurut beliau, tidak mungkin sesuatu dasar yang digubal itu boleh berjaya dalam satu penggal kerana ia merupakan kesinambungan perjalanan yang panjang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: