Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 22 Oktober 2009

MAMPUKAH PR MENTADBIR.???

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 22 Oktober 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Kewibawaan kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang semakin dipersoalkan rakyat apabila mereka tidak mampu membuat keputusan dengan tepat dan memuaskan hati semua pihak. Insiden itu juga, Menunjukkan pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji yang di taburkan kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke 12 tahun lalu.

Kewibawaan Kerajaan yang dikuasai pakatan pembangkang sudah mula dipersoalkan rakyat. Mereka ( Pakatan Pembangkang ) menghadapi begitu banyak masalah. Apabila mereka berjanji, mereka tidak dapat menunaikannya dan keputusan yang mereka buat tidak memenuhi jangkaan rakyat. Meraka juga cuai membuat keputusan yang tepat dalam satu-satu situasi. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Cuti Umum Hari Malaysia…

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 22 Oktober 2009

Oleh: Tanah Liat

16 SEPTEMBER. HARI MALAYSIA CUTI UMUM

Berita baik mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

“Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu. Baca baki entri ini »

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »