Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS,DAP,PKR PARTI CELARU

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 21 Oktober 2009

OLEH:- Anak Kecil Dari Gunung

Sebenarnya sudah lama Pas membuang matlamat utama perjuangan mereka. Kini tidak ada beza PAS,DAP dan PKR. Gerombolan parti pembangkang di kepalai Anwar Ibrahim, berjaya perdaya pengundi Cina,India dan Melayu untuk tujuan matlamat politik peribadi masing-masing. PAS tetap meneruskan dasar-dasar islam dan hudud bila sahaja mempunyai kerusi majoriti di Parlimen. Sebaliknya ketika berhadapan dengan pengundi Cina dan India, Anwar Ibrahim akan bercakap mengikut kehendak kaum tersebut.

Orang Cina dan India perlu tolak PAS kerana ia parti pembohong. Lihat di Selangor, PAS,PKR dan DAP tak sehaluan, mereka tidur sebantal untuk menjatuhkan UMNO walaupun mimpi lain-lain ! Mereka sebenarnya tidak boleh duduk sebumbung apatah lagi tidur sebantal kerana prinsip perjuangan yang jauh berbeza. PAS menolak berbincang dengan UMNO, parti yang seagama dan sebangsa tetapi bersekongkol dengan DAP yang jelas menentang penubuhan negara Islam! Amat malang jika orang Cina dan India menyokong PAS kerana parti itu tidak akan membawa apa-apa erti kepada mereka.

Orang Cina dan India di negara ini sudah lama hidup dengan aman. Tidak perlu lagi kepada parti yang suka membuat bising dan bermuka-muka. PAS tidak mempu menyelesaikan masalah orang Cina dan India di negara ini dan PAS tidak boleh menandingi rekod perkhidmatan cermerlang BN kepada rakyat. PAS Cuma pandai berjanji dan berlakon. Apabila bersekongkol dengan gerombolan pembangkang, PAS kini boleh buat apa saja. Boleh langgar adat sopan. Kiri kanan, atas bawah sama saja, semua boleh. PAS FOR ALL !!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: