OLEH:- Anak Kecil Dari Gunung
Sebenarnya sudah lama Pas membuang matlamat utama perjuangan mereka. Kini tidak ada beza PAS,DAP dan PKR. Gerombolan parti pembangkang di kepalai Anwar Ibrahim, berjaya perdaya pengundi Cina,India dan Melayu untuk tujuan matlamat politik peribadi masing-masing. PAS tetap meneruskan dasar-dasar islam dan hudud bila sahaja mempunyai kerusi majoriti di Parlimen. Sebaliknya ketika berhadapan dengan pengundi Cina dan India, Anwar Ibrahim akan bercakap mengikut kehendak kaum tersebut.
Orang Cina dan India perlu tolak PAS kerana ia parti pembohong. Lihat di Selangor, PAS,PKR dan DAP tak sehaluan, mereka tidur sebantal untuk menjatuhkan UMNO walaupun mimpi lain-lain ! Mereka sebenarnya tidak boleh duduk sebumbung apatah lagi tidur sebantal kerana prinsip perjuangan yang jauh berbeza. PAS menolak berbincang dengan UMNO, parti yang seagama dan sebangsa tetapi bersekongkol dengan DAP yang jelas menentang penubuhan negara Islam! Amat malang jika orang Cina dan India menyokong PAS kerana parti itu tidak akan membawa apa-apa erti kepada mereka. Baca baki entri ini »