Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Cinta Tiga Segi PAS-PKR-DAP, Siapa Yang Kene Jual ??……..

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 20 Oktober 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Sekiranya ditakdirkan Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri adakah beliau menghalalkan protes jalanan? Adakah beliau akan membenarkan rakyat memberontak sehingga melumpuhkan ekonomi negara.? Sudah pasti bila sahaja beliau menerajui negara ini beliau akan turut menggunakan pendekatan yang sama (Saperti Kerajaan Sekarang) malah mungkin lebih teruk terhadap golongan-golongan pemprotes jalanan.

Anwar Ibrahim merupakan seorang yang cetek pemikirannya, bukan seorang pemimpin yang unggul dan bukan juga pejuang tulen. Sehingga kini apa yang jelas perjuangan beliau hanyalah bersifat peribadi. Anwar Ibrahim hanya ada cita-cita, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Nasfu serakah menguasai pemikiran beliau. Tiada yang lagi penting daripada cita-cita “Suci” tersebut walaupun terpaksa menggadai negara ini dan menjual kaum sendiri.

Ternyata dalam cinta tiga segi PAS-PKR-DAP,parti yang paling rugi ialah PAS. Semua tahu matlamat utama PAS adalah menubuhkan sebuah negara islam. Dan jika diizinkan allah mereka ini menang dan dapat menubuhkan kerajaan, apa mungkin DAP akan menurut kemahuan PAS untuk menubuhkan sebuah negara ISLAM.? Bak kata Karpal Singh, “Langkah Mayat Saya Dulu”. Betullah kata orang, bila “bercinta” Kentut pun bau wangi. Anwar Ibrahim dalam apa cara sekali pun akan pastikan “Kentut” DAP sentiasa wangi bagi PAS. Pakatan Rakyat bimbang beliau tidak boleh berpecah, kerana bila berpecah maka berkecailah cita-cita “suci” menjadi Perdana Menteri.

Namun dalam kisah Cinta The Three Beast ini sudah pasti ada pihak yang paling beruntung. Tidak lain, Tidak bukan sudah tentunya DAP. Dalam protes jalanan Sabtu,1 Ogos 2009 Lepas, tanpa perlu menggerakkan jenteranya DAP telah Berjaya menggerakkan hampir 10,000 macai untuk ‘berjuang’ bagi kepentingannya, Paling menarik macai-macai DAP ini semuanya orang PAS dan PKR. Sikap Yes Bos PAS inilah yang sebenarnya menjadi kesukaan DAP. Namun sampai bila? Bak kata perpatah, habis madu sepah dibuang. DAP hanya menunggu masa untuk menghancurkan PAS. Setelah matlamat dan cita-citanya tercapai, PAS akan diludah, diterajang keluar daripada Pakatan Rakyat oleh Cintanya DAP.

Tapi dalam semua ini. Siapa yang benar-benar rugi.?

Advertisements

3 Respons to “Cinta Tiga Segi PAS-PKR-DAP, Siapa Yang Kene Jual ??……..”

  1. Affuan said

    Rakyat kita yang rugi, sebab terlalu percaya dengan pembohongan pemimpin2 UMNO/ BN. Dengan skandal2 dan penyelewengan yang melanda dunia politik parti pemerintah, hanya orang buta yang x nampak. Hanya orang tuli dan buta tidak mahu mendengar dan melihat.

  2. izzat said

    affuan awak ni yang bodoh…. org ilam dan melayu skrg ni ditindas oleh pakatan rakyat…pas jd dungu je …..TAKBIR….HIDUP UMNO…ALLAH SENTIASA BERSAMA UMNO…..

  3. izzat said

    AFFUAN ko ni mesti penganggur kan atau pun penagih dadah sebab tu kau cakap pemimpin umno tipu kau…kalau kau jadi macam aku aku rasa kau akan sokong umno..hidup aku berjaya atas segala kemudahan yg disediakan oleh umno….aku kerja dan gaji pun alhamdulillah…. terima kasih kepada kerajaan barisan nasional…aku bersyukur kepada ALLAH kerana umno masih memerintah..
    kalau dapt dekat pakatan rakyat hancur la masa depan org ISLAM dan melayu….
    TAKBIR….HIDUP UMNO….ALLAH SENTIASA BERSAMA UMNO…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: