Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Kempen Keahlian Baru DAP & PAS Bertentangan Dengan Dasar Dan Teras Parti Mereka?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 19 Oktober 2009

Oleh Kawan Lama

Pakatan Pembangkang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS yang masih dibuai oleh kemenangan yang tidak dijanka mereka dalam PRU 12 lalu sedar bahawa mereka sebenarnya masih belum diterima oleh rakyat. Mereka juga tahu bahawa pakatan mereka bukannya pakatan setia kerana ada kecurigaan di antara satu sama lain. Kelemahan demi kelemahan dalam pentadbiran di negeri-negeri yang mereka perolehi semasa PRU 12 lalu terserlah dan amat membimbangkan. DAP yang menguasai Pulau Pinang takut akan kehilangannya kepada BN. PKR di Selangor takut kehilangan negeri tersebut kepada BN. Manakala PAS di Kedah takut kehilangan kuasa juga kepada BN. Kesemua ini begitu jelas selepas mereka kehilangan Perak kepada BN. Ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang kini tahu bahawa mereka tidak seperti BN yang diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Sejak kebelakangan ini, mereka sukar mengakui bahawa masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah menerima semula BN atas perubahan demi perubahan yang dilakukan oleh kepimpinan tertinggi dalam parti komponen BN khususnya yang dimulakan dengan Slogan “Rakyat di Dahulukan, Pembangunan DiUtamakan” dan dikuti dengan konsep “1Malaysia” oleh Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak. Tak cukup dengan itu, UMNO telah memulakan langkah pertama dan berani dalam memastikan UMNO sentiasa relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat dan kaum dengan meminda beberapa Perkara dalam Perlembagaannya dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.. Langkah ini juga akan dilaksanakan oleh parti-parti komponen BN yang lain khususnya MCA, MIC dan Gerakan. Perubahan-perubahan ini dilakukan oleh BN setelah post-mertem atas keputusan PRU 12 lalu dan langkah proaktif telah, sedang dan akan dilakukan dari masa ke semasa demi kepentingan rakyat.

Menyedari bahawa mereka (pakatan pembangkang) masih lagi dilihat sebagai parti yang terpisah dan amat sinonim dengan parti ikut kaum, maka mereka melakukan langkah terdesak dengan cuba mengaburi mata rakyat. Langkah yang dilakukan oleh DAP membuka keahliannya kepada orang Melayu adalah selepas mereka lihat tampok pemerintahan negeri Perak terpaksa dihadiahkan kepada PAS (Nizar MB Boneka). Mereka baru sedar bahawa ada Peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri yang hanya orang Melayu/Islam yang dibenarkan untuk mengepalai kepimpinan negeri. Apa yang dilakukan oleh DAP ini tidak ikhlas. – Ada Udang Disebalik Batu”. Langkah mereka membuka keahlian ini dibuat setelah mereka berjaya menjadi Nizar seorang Melayu/Islam daripada PAS sebagai pemimpin boneka dan boleh dicucuk hidung. Strategi DAP ini adalah untuk kepentingan partinya, bukan kepentingan parti komponen mereka PKR apatah lagi PAS. Jauh pula kepada rakyat. Apa yang DAP mahukan adalah kuasa demi memastikan mereka dapat merealisasikan Malaysian Malaysia Lee Kuan Yew (LKY) setelah melihat LKY telah berjaya menjadikan Singapura sebagai “Singapore” (faham-faham je le).

Langkah DAP untuk mendapatkan ahli dari kalangan orang Melayu kini nampaknya telah sedikit membuahkan hasil. DAP sebelum ni pun ada orang Melayu yang telah menjadi orang kuatnya seperti mantan YB Ahmad Nor. Itulah yang menjadi jajaan Lim Kit Siang, Teresa Kok dan Lim Guan Eng. Nampaknya, suara daripada Karpal Singh dan anaknya Gobind Deo tak berapa kedengaran pulak pasal keahlian orang Melayu/Islam dalam DAP ni. Mungkin secara peribadinya mereka tak berapa setuju kot. Tapi kalau nak kira secara peribadi, semua barisan kepimpinan dan ahli DAP tak setuju. Namun pasal nak main wayang dengan orang Melayu dan rakyat Malaysia, mereka buat-buat terima. Orang Melayu yang tak sedar diri ni pun mula le jadi ahli DAP dan buka cawangan. Dapatle jadi ketua bahagian/cawangan dan ada peluang untuk duduk kat atas bersama Lim Kit Siang dan Karpal. Setidak-tidaknya dapat tengok dua anak dara terkenal DAP, Eli In Person dan Teresa Kok Live.

PAS melalui kenyataan Presidennya, YB Hj Hadi baru-baru ini telah mengumumkan untuk menerapkan ahli kelab penyokong PAS yang terdiri daripada bukan Melayu/Islam sebagai sayap PAS. PAS parti yang mereka melaung-laungkan sebagai sebuah parti yang bertunjangkan Islam dan mahu mewujudkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud mahu buka kepada bukan Islam? Kenyataan ini nampaknya hanya disambut oleh beberapa tokoh utama PAS khususnya daripada negeri Pemuda PAS Selangor. Nik Aziz, Nasaruddin, Salahuddin, Mustafa Ali, Hassan Ali tak pulak dengar suara mereka.

Penulis rasa Hj Hadi mengeluarkan kenyataan ini kerana PAS berpendapat bahawa mereka telah mula mendapat keyakinan daripada pengundi dan masyarakat bukan melayu khususnya cina. Mereka berlandaskan kepada keputusan PRU 12 dan PRK-PRK yang mereka menang. PAS telah mengeluarkan kenyataan baik melalui Nik Aziz mahupun Hj Hadi dalam kempen PRK-PRK dan ceramah umumnya bahawa bukan melayu kini menyokong PAS. Sebenarnya, PAS menang kerana DAP & PKR dapat untungnya. PAS menang tapi kuasa dan kata putus kat tangan orang lain.

PAS sedar perjuangan untuk mewujudkan Negara Islam telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Maka hukum hudud dijadikan jajaan kepada ahli dan penyokong fanatiknya. Hakikatnya, PAS yang mahu mewujudkan Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud lupa mereka hanya mempunyai wakil rakyat terkecil (22 kerusi Parlimen). Macam mana nak perintah negara? Macam mana nak merealisasikan hasrat tersebut?

Apakah pendekatan untuk menarik bukan melayu/Islam menyertai PAS dan bersama-sama berjuang dalam merealisasikan perlaksanaan hukum hudud PAS (bukan hudud Islam) akan diterima baik oleh bukanmelayu/Islam? Adakah Karpal Singh sudah tarik balik kenyataan ‘Langkah mayat saya dulu”? Apakah DAP akan mendiamkan diri sahaja?

Kita lihat pulak PKR. Tak buat apa-apa pun. Ye le, PKR multiracial dan agama. Kalau gitu kenapa DAP dan PAS tak join sahaja PKR dan buat satu parti je? Bubarkan parti DAP dan PAS. Adakah mereka takut nanti dah jadi satu parti dan Anwar Pengkhianat Bangsa jadi PM, perjuangan teras parti mereka yang jelas berbeza antara satu sama lain berkecai? Apa kata penyokong-penyokong fanatik mereka? Macam mana nak jawab dengan rakan sekongkol mereka dari luar?

Pada pandangan penulis, apa yang cuba dibuat oleh parti-parti dalam pakatan pembangkang hanyalah satu gimik politik je. Sandiwara ini adalah hasil cereka ciptaan Anwar Ibrahim Pengkhinat Bangsa tu. DAP lihat ada peluang untuk mereka. PAS lihat ada ruang untuk mereka. Anwar lihat dialah PM seleps PRU 13 kelak. Sebenarnya, kita perlu maklum bahawa apa yang sedang dilakukan mereka ini memerlukan pengorbanan besar terhadap dasar dan teras perjuangan mereka. DAP kena korbankan Malaysian Malaysia untuk Negara Isalam dan Hudud PAS manakala PAS kena lepaskan Negara Islam dan Hudud PAS untuk Malaysian Malaysia DAP. Apakah mereka sudah bersedia untuk itu? Kalau tidak, jangan mempermainkan rakyat hanya semata-mata untuk tujuan dan kepentingan politik sempit kalian.

Satu Respons to “Kempen Keahlian Baru DAP & PAS Bertentangan Dengan Dasar Dan Teras Parti Mereka?”

  1. Awis said

    Salam sejahtera ..Jangan mudah keluar kenyataan tanpa kajian mendalam dan ilmu yang mantap. Kenyataan saudara penulis terlalu banyak kekurangan dan kepincangan tanpa bukti yang kukuh. Saudara mesti ingat kenyataan dan tuduhan yang tidak betul adalah fitnah.. Fitnah itu ada lebih dahsyat kesannya daripada membunuh.. Sebelum buat kesimpulan dan menyampaikan kepada orang lain, buatlah kajian bersandarkan kebenaran dan fakta bukan emosi dan amarah. Kenalilah dahulu parti dan tokoh yang penulis anggap musuh itu.. Selidiklah latarbelakang mereka dan dasar perjuangan mereka.. Jangan mudah melatah.. Melatah tu penyakit, sebab orang yang melatah tu tidak tahu apa yang dilatahkannya.. WallAhua’alam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: