Oleh Kawan Lama
Pakatan Pembangkang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS yang masih dibuai oleh kemenangan yang tidak dijanka mereka dalam PRU 12 lalu sedar bahawa mereka sebenarnya masih belum diterima oleh rakyat. Mereka juga tahu bahawa pakatan mereka bukannya pakatan setia kerana ada kecurigaan di antara satu sama lain. Kelemahan demi kelemahan dalam pentadbiran di negeri-negeri yang mereka perolehi semasa PRU 12 lalu terserlah dan amat membimbangkan. DAP yang menguasai Pulau Pinang takut akan kehilangannya kepada BN. PKR di Selangor takut kehilangan negeri tersebut kepada BN. Manakala PAS di Kedah takut kehilangan kuasa juga kepada BN. Kesemua ini begitu jelas selepas mereka kehilangan Perak kepada BN. Ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang kini tahu bahawa mereka tidak seperti BN yang diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Baca baki entri ini »