Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU”

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 16 Oktober 2009

Oleh: Anggerik Desa

Patut sangatlah rakyat Negara ini diingatkan tentang tujuh wasiat raja-raja melayu sewaktu Perlembagaan nak digubal, Kesemua Baginda raja-raja melayu menurunkan tandatangan mereka sebelum merdeka malah banyak orang lupa akan hal ini termasuk orang Melayu kita sendiri. Kita nak ucapkan tahniah kepada Raja Nazrin Shah dan Raja Muda Perak kerana bangkitkan hal itu semula. Bagus sangatlah kerana dalam keadaan hari ini, hal itu patut diingatkan kerana Orang melayu dah banyak lupa fakta sejarah atau ambil mudah sejarah ada sesetengah orang lupa akan pentingnya sejarah. Bukan saja nak ungkit kisah lama atau kisah silam tapi sebagai pengajaran pada kita

Hari ini, banyak orang bercakap fasal Perlembagaan tetapi mereka tak ada maklumat yang cukup. Ada yang kata, sejarah biar tinggal sejarah lupakan saja macam mana Perlembagaan digubal. Kata mereka, keadaan hari ini sudah banyak berubah malah nilai pun berubah, Jadi sejarah tak releven lagi. Kerana masalah tak reti sejarahlah, maka banyak hal yang tak patut dibangkitkan semula, dibangkitkan. Sampai kita lupa bahawa soal kedudukan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu tak boleh disentuh. Sampai ada orang kata dasar tolong orang Melayu adalah dasar apartheid

Kita nak ingatkan orang muda terutamanya fasal wasiat yang pertama, tentang “bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung. Orang lupa hal demikian, kerana inilah asas antara rakyat dengan negaranya yang lain. Disini jugalah letaknya tanggungjawab rakyat yang patutnya setia kepada negara, Hal ini bukan bahan gurauan apalagi persendaan

Wasiat yang kedua menyebutkan tentang “Kami isytihar dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.”

Kita tak payahlah nak huraikan maksudnya, Tanah rizab melayu pun jadi isu besar sekarang ada orang yang pertikaikannya, Apa nak jadi kalau hal macam itu diungkitkan lagi? Banyak lagi hal lain yang dengan biadapnya disentuh hingga menimbulkan kemarahan Orang Melayu

Raja Nazrin Shah mengingatkan wasiat itu dibuat bagi menjamin kesejahteraan, kedamaian dan keamanan di Negara ini, Kita nak ingatkan semua orang supaya hormatilah wasiat itu. Janganlah kita sesekali menjolok sarang tebuan fikir-fikirkan lah wahai orang melayu yang pijak ditanah bumi ini betapa pentingnya sejarah bagi kita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: