Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 16 Oktober 2009

Perubahan sikap tiga sayap mampu kembali memartabatkan Umno

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 16 Oktober 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

SEMBOYAN perubahan dalam Umno yang ditiup dan diperincikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bergema hebat dalam persidangan perwakilan ketiga-tiga sayap parti itu yang berlangsung semalam. Jika ucapan pemimpin tiga sayap itu dijadikan ukuran, jelas hasrat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak melakukan transformasi terhadap parti terbesar di negara ini, sebaik mengambil alih teraju kepemimpinannya tahun lalu akan tercapai.

Ucapan sulung Muhyiddin selaku Timbalan Presiden memperincikan transformasi yang dihasratkan Najib ketika perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri umpama tiupan semboyan yang menuntut gelombang perubahan mula digerakkan. Selepas sekian lama Umno memperhalusi dan mendebatkan bagaimana bertindak menepati tuntutan suara, bahasa, gaya dan nuansa politik semasa, kini tibalah masa melaksanakannya. Momentum ke arahnya kelihatan disambut baik oleh ketiga-tiga sayap itu dengan lontaran input demi membuat persediaan mental seluruh jentera masing-masing. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

“TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU”

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 16 Oktober 2009

Oleh: Anggerik Desa

Patut sangatlah rakyat Negara ini diingatkan tentang tujuh wasiat raja-raja melayu sewaktu Perlembagaan nak digubal, Kesemua Baginda raja-raja melayu menurunkan tandatangan mereka sebelum merdeka malah banyak orang lupa akan hal ini termasuk orang Melayu kita sendiri. Kita nak ucapkan tahniah kepada Raja Nazrin Shah dan Raja Muda Perak kerana bangkitkan hal itu semula. Bagus sangatlah kerana dalam keadaan hari ini, hal itu patut diingatkan kerana Orang melayu dah banyak lupa fakta sejarah atau ambil mudah sejarah ada sesetengah orang lupa akan pentingnya sejarah. Bukan saja nak ungkit kisah lama atau kisah silam tapi sebagai pengajaran pada kita

Hari ini, banyak orang bercakap fasal Perlembagaan tetapi mereka tak ada maklumat yang cukup. Ada yang kata, sejarah biar tinggal sejarah lupakan saja macam mana Perlembagaan digubal. Kata mereka, keadaan hari ini sudah banyak berubah malah nilai pun berubah, Jadi sejarah tak releven lagi. Kerana masalah tak reti sejarahlah, maka banyak hal yang tak patut dibangkitkan semula, dibangkitkan. Sampai kita lupa bahawa soal kedudukan raja-raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu tak boleh disentuh. Sampai ada orang kata dasar tolong orang Melayu adalah dasar apartheid Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Politik, Sejarah | Leave a Comment »