Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PRK BAGAN PINANG: AL KISAH PAKATAN PEMBANGKANG

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 13 Oktober 2009

Oleh: Kawan Lama

Pilihanraya Kecil (PRK) N31 Bagan Pinang semalam (11/10/09) telah pun kita ketahui keputusannya. Calon Barisan Nasional (BN), YB Tan Sri Isa Samad telah memenangi dengan keputusan majoriti yang besar iaitu 5,435 undi. Tahniah TS Isa dan BN serta petugas-petugas yang tidak kenal erti penat dan putus asa. Namun apa yang menarik perhatian penulis adalah barisan pakatan pembangkang semasa membantu kempen calon PAS, Sdr Zulkefly Mohd Omar. Pertama, isu kempen dan keduanya, barisan pembangkang yang turun berkempen tempohari dilihat dan dipercayai telah memberikan satu isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pakatan mereka mahupun masalah dalaman parti mereka sendiri.

Semasa berkempen, barisan pakatan pembangkang menggunakan unsur agama dan menyuburkan sifat perkauman dalam usaha untuk menarik undi daripada pengundi di Bagan Pinang. Penceramah PAS, Utz Badrulamin dalam ceramahnya mengajak pengundi di Bagan Pinang khususnya penyokong fanatik PAS agar memutuskan hubungan kekeluargaan sekiranya didapati ahli keluarga mereka menyokong atau memangkah calon BN. Bagi PAS ini bukan sesuatu yang baru. Haji Hadi pernah menghalalkan darah orang UMNO. Kejadian sembahyang dua imam, perceraian pasangan suami isteri kerana berlainan fahaman politik oleh keluarga atau mereka sendiri, memakan sembelihan orang UMNO haram dan sebagainya pernah wujud di era tahun 1980-an. Apakah sebenarnya yang mahu ditonjolkan oleh PAS. Apakah mereka mahu mewujudkan semula suasana yang tidak aman.

TG Nik Aziz pula tidak habis-habis menyatakan bahawa UMNO adalah parti sesat. Islam yang dibawa atau diketengahkan oleh kerajaan BN di bawah UMNO telah lama ditentang oleh PAS. Beliau juga menegaskan atas dasar itulah kumpulan ulama dalam UMNO telah keluar daripada UMNO pada tahun 1951. Tahun tersebut juga merupakan tahun PAS ditubuhkan. Mengapa TG Nik Aziz tidak mahu mengaku bahawa PAS ditubuhkan kerana Presiden PAS pertama, Ahmad Fuad telah kalah dalam pertandingan merebut jawatan Yang DiPertua UMNO lalu merajuk dan keluar dari UMNO. Akhirnya ramai daripada ahli PAS tahu bahawa beliau telah ditawarkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan PAS berpecah?

PAS adalah sebuah parti yang bertunjangkan Islam tidak lagi berjaya melaksanakan atau menunaikan janji mereka untuk melaksanakan hudud sejak mereka mengambilalih Kelantan pada 1990. Mengapa beliau tidak sedikitpun menyentuh tentang perlaksanaan hukum hudud dan pembentuk negara Islam semasa berkempen di Bagan Pinang yang majoriti pengundi/pendudknya melayu dan beragama Islam? Bilakah dasar dan hukum Islam akan berjaya dilaksanakan oleh PAS? Di Selangor, isu arak pun masih belum dapat diselesaikan.

Mengapa Khalid Samad dan Nik Aziz menyatakan bahawa UMNO adalah musuh PAS? Bukankah UMNO sedia untuk berbincang dan menerima pelawaan Haji Hadi untuk berbincang mewujudkan kerajaan perpaduan tidak lama dahulu? Siapakah yang menentang sekeras-kerasnya? Bukankah Nik Aziz sendiri yang masih lagi dibelenggu oleh rasa tidak senang dan dendam terhadap UMNO?

Siapakah yang dahulu mengatakan bahawa bersekongkol, dengan parti bukan Islam (MCA, MIC) adalah haram? Kenapa hari ini PAS sanggup bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terangan menolak penubuhan negara Islam PAS? Mengapa menolak UMNO yang segama dan sebangsa dengan PAS yang sanggup bekerjasama dalam memastikan Islam dan orang Melayu terpelihara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan? Apakah PAS sanggup melupakan hasrat untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud hanya kerana tunduk dan takut kepada tekanan DAP?

Apa nak jadi dengan PAS yang kuat berkempen “UNDI PAS, ISLAM UNTUK SEMUA” bagi memenangkan calon mereka di PRK Bagan Pinang tutup sebelah mata apabila pasukan pembangkang memberikan rasuah minuman keras, kain saree dan bekalan dapur kepada pengundi di estet-estet. Apakah PAS dah mula liberal dan bersedia untuk mengenepikan perinsip dan dasar parti demi untuk calon mereka menang. Apakah PAS reda dengan prinsip “Matlamat Menghalalkan Cara” walaupun ia bertentangan dengan dasar parti mereka sendiri.

Tak cukup dengan itu, PAS, KeAdilan dan DAP menggunakan isu agama Hindu. Kuil yang dirobohkan dijadikan bahan jajaan dalam kempen mereka. Tayangan LCD Powerpoint dipertontonkan kepada pengundi bukan melayu yang memperlihatkan kuil yang dirobohkan di Shah Alam. Isu kepala lembu dan bantahan penduduk seksyen 23 dijadikan bahan untuk menimbulkan rasa kebencian terhadap UMNO/BN. Tidakkah mereka tahu bahawa yang menunjukkan kemarahan itu bukan hanya orang UMNO tetapi juga orang PAS dan KeAdilan sendiri? Apakah implikasinya kepada keharmonian dan semangat perpaduan yang terbina sejak dahulu lagi mahu diakhiri dengan menanamkan semangat begini?

Pakatan pembangkang mendapat khidmat sokongan daripada NGO haram – HINDRAF. Ketua HINDRAF Negeri Sembilan tanpa rasa hormat menyatakan secara terbuka bahawa HINDRAF adalah musuh UMNO selama-lamanya. Beliau menuduh UMNO menganiaya kaum India dan melebihkan orang melayu. Pertubuhan haram yang rasis ini dengan bongkaknya menyatakan bahawa HINDRAF adalah adalah pembela untuk orang India. Tapi beliau sendiri tidak sedar bahawa apa yang beliau, keluarga beliau dan mereka yang bersama beliau lebih bernasib baik kerana dapat menikmati pembangunan dan kekayaan negara. Hingga hari ini, golongan minoriti baik di mana sahaja tidak dapat apa yang diberikan oleh kerajaan Malaysia di bawah BN/UMNO? Apakah hidup di bawah pembohongan dan ideologi perjuangan sempit sebegini mahu dijadikan teras masyarakat Malaysia? Mengapa HINDRAF ditolak oleh ramai masyarakat India? Mengapa ada di kalangan yang bersama-sama semasa demonstrasi di Kuala Lumpur itu tidak mahu bersama HINDRAF? Mengapa wujudnya Makkal Sakthi?

Penulis juga seronok mendengar celoteh kempen Lim Kit Siang tempohari. Belaiu asyik menyatkan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan di bawah kepimpinan DS Najib akan gagal kerana tidak melambangkan realiti sebenar Malaysia. Apa yang sebenarnya yang beliau dan DAP takut sangat dengan 1Malaysia. Bukankah ia lebih baik daripada Malaysian-Malaysia yang mereka laungkan sejak Lee Kuan Yew (PAP) dalam Tanah Melayu lagi.

Sesuatu yang menarik perhatian penulis semasa ke Bagan Pinang tempohari adalah ketiadaan tokoh-tokoh utama PAS seperti Presiden PAS, Haji Hadi, Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mohd Isa dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Hassan Ali. Apa dah jadi? Apakah golongan Erdogan yang pro Anwar Ibrahim (DSAI) direstui oleh Nik Aziz dan diperkenankan oleh DSAI untuk berada di Bagan Pinang aje? Apa nak jadi dengan golongan ulamak/ortodoks PAS? Kalau gitu sah le PAS memang ada masalah dalaman. Satu nak jaga Nik Aziz, satu nak jaga Haji Hadi dan satu lagi nak jaga DSAI. Lebih teruk lagi mereka semua nak kena jaga hati DAP.

Selain itu, DAP nampaknya sama seperti PAS, hanya menurunkan Lim Kit Siang sebagai tokoh. Lim Guan Eng, Karpal The Singh King (sebut sinking) dan anak beliau Gobind The Biadap Singh tidak kelihatan. Apakah DAP merasakan tidak perlu turun dengan ‘full team’ kerana calon PAS yang bertanding? Kenapa pulak nak kata Bagan Pinang ni Tsunami Kecil sebelum PRU 13 kelak. Nampak sangat PAS kena tipu je dengan DAP Chinese Chauvivist.

DSAI juga kurang ke lokasi ceramah. Beliau sanggup batalkan ceramah beliau HQ DAP di batu 9 hanya dengan alasan jalan terlalu jam. Ye le, semua orang tau yang beliau dok mengelakkan diri dari perbicaraan kes liwat. Selain tu beliau juga takut nanti orang tertanya-tanya kat beliau pasal akhbar Yahudi yang kutuk beliau tu. Kalau beliau cuba menjawab ikut kehendak penyokong beliau kat sini, takut anti kawan-kawan Yahudi beliau marah. Makin teruklah beliau kena hentam dengan akhbar Yahudi tu…

Begitulah Al Kisah Pakatan pembangkang di PRK Bagan Pinang

Advertisements

11 Respons to “PRK BAGAN PINANG: AL KISAH PAKATAN PEMBANGKANG”

  1. akiika said

    1 Malaysia lebih baik berkonsepkan kepada silaturahim antara seagama….

  2. Pak Pandir said

    Pak Pandir tak pandai politik. Tapi sokong 1 Malaysia sebab perpaduan dan dok ikut apa ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Malaysian Malaysia ni PAP punya. DAP ciplak daripada Lee Kuan Yew. Pak Pandir takut le macam tu. Orang macam Pak Pandir tak da tempat kat bumi sendiri. Takut juga jadi macam kat singapura.

  3. Sempoije said

    La apa Pak Pandir nak takut lak. Kan Lim Guan Eng ada. Anwar puji Guan Eng. Guan Eng best. Banyak tolong Islam. Guna sistem Khalifah Umar Abd Aziz. Nik Aziz pun puji ma.
    Lagi pun apa mau takut. Kalau apa2 pun, kan ada HINDRAF…. boleh kasi demonstrasi tuntut duit juta-juta.

  4. Pak Pandir said

    Pak Pandir suka teka teki. Ni Pak Pandir nak bagi teka -teki

    PAS mau negara Islam
    DAP kata mana boleh – langkah mayat saya dulu
    DAP kata mau Malaysian Malaysia
    PAS kata DAP jangan dok buat gila
    Yang seronoknya, KeAdilan dok mengata kat kedua-dua
    Kat sini Pak Pandir nak tanya
    Habis Anwar Ibrahim mau apa…?

  5. asry said

    pak pandir..

    anwar mau bontot teruna…:D

  6. Pak Pandir said

    Asry oh Asry…
    Kenapa dok cakap lagu tu. Tak baik tau….
    Ulamak2 PAS pun tak kata macam tu, tak da saksi. Lagi pun macam TG Nik Aziz kata Elizabeth Wong buat kat dalam rumah dia sendiri tak pe.

    Memandangkan Anwar kata dia tak buat dan tak mahu buat sumpah macam Saiful, apa kata buat sembahyang hajat ke atau baca yassin ke ramai2 kat masjid. Bioleh le suruh TG Nik Aziz jadi imamnya. Boleh le ajak sekali penyokong2 PAS dan KeAdilan termasuk Wan Azizah sekali. Kan orang PAS suka buat sembahyang hajat..

  7. Affuan said

    Kan betul BN ni parti sesat?

  8. kekohsokmo said

    tahniah kepada beend kerana menang besar walau pun lawan calon bebas rasuah.
    tahniah

  9. Pak Pandir said

    Pak Pandir tak tau le parti UMNO tu sesat ke tidak. Kena le tanya Nik Aziz sebab dia yang cakap macam tu.

    Tapi Pak Pandir ingat kata2 arwah Pak Pandir. Dia bagitau masa kita merdeka, allayaram Tunku dan Tun Razak suruh memartabatkan Islam. Tunku suruh Tun Razak cari pelajar2 yang oleh digarap dan kemudian cadangkan serta laksanakan syiar Islam. Tun Razak kata kat Tunku dia dah jumpa. Tunku tanya siapa? Tun Razak jawab, Hassan dan Harun Din. Maka Tunku dan Tun pun hantar le dua beradik ni. Tak cukup dengan tu, ramai lagi yang dihantar temasuk le Haji Hadi,Sulaiman Palastine, Ismail Kamus, Hassan Ali, Mustafa Ali dan ramai lagi.

    Balik2 dan dah ada kelayakan akademik dan berjaya dalam kehidupan serta kerja, depa dok bantai kerajaan khususnya UMNO. Kata UMNO tak Islamik dan sesat. Sampai ada fatwa yang menhalalkan darah orang UMNO. Kata depa kerajaan UMNO adalah sekular kerna tak buat hudud.

    Kalau kita lihat secara telus, kerajaan di bawah UMNO telah banyak berjasa pada Islam dan orang Melayu. Sekolah agama ada disetiap negeri, begitu juga masjid dan surau. Kalau mahu belajar agama, kerajaan UMNO telah mengeluarkan berpuluh-puluh ribu graduan yang layak mengajar di sekolah agama dan universiti termasuk sekolah kebangsaan. Media massa seperti akhbar, majalah dan media elektronik adakan bimbimgan dan soal jawab agama.

    Baiklah, Pak Pandir bukan orang yang arif dapat memberikan penjelasan mengenai Islam dan hudud. Kita lihat empat perkara utama dalam Islam:

    a. Ibadat
    Pak pandir yakin bahawa UMNO telah menyediakan pusat-pusat Islam, masjid, surau, majlis agama disetiap negeri
    dan ada sebuah kementerian hal ehwal agama Islam. Guru2, pengkuliah dan ustaz2 telah, sedang dan akan sentiasa
    diperbanyakkan demi memastikan syiar Islam sentiasa berkembang dan terpelihara.
    b. Munakahat
    Pejabat-pejabat kadhi, jurunikah, bab kahwin dan cerai, kursus2 pra perkahwinan semua kini berjalan dengan baik
    c. Muamalat
    Malasyia adalah negara Islam yang pertama di dunia menjalankan sistem kewangan Islam. Bank2 Islam dan Takaful
    Islam telah diiktiraf oleh negara2 Islam dan kini diikuti oleh bank2 perdagangan barat yang melihat bahawa
    sistem ini lebih efektif dan berjaya. Ada yang hantar wakil mereka untuk mendalami sistem kewangan Islam kita.
    d. Jenayat
    Bab ini terbahsgi kepada tiga bahagian utama iaitu; Takzir, Qisas dan Hudud.

    Takzir adalah undang2 atau hukuman selain daripada hukum Islam yang ditentukan oleh Allah swt dan sunnah nabi
    Muhammad saw. dalam menyusun hidup anak Adam as di dunia ini yang tidak bercanggah dengan hukum Islam. Ini
    termasuklah Perlembagaan Persekutuan, Undang2 dan Akta2 serta kanun2 termasuklah ISA.

    Qisas pula melibatkan hukuman setimpal bunuh di balas bunuh, seperti gantung.

    Hudud pula belum lagi terlaksana sepenuhnya. Hukuman potong tangan, rejam dan sebat. Bukan kerajaan UMNO tak
    mahu buat. Hal ini le yang dijadikan PAS sebagai alat untuk hentam kerajaan UMNO. Kononnya tak Islamik dan
    sesat.
    PAS dah perintah Kelantan sejak 1990 dan pernah memerintah Terengganu satu penggal pilihanraya. Walaupun mereka
    berjanji untu laksanakan hudud sebelum ayam berkokok seok hari setelah menang pilihanraya, sampai la depa tak
    buat apa2pun. Keluarkan draf hukum hudud pun berbeza antara Kelantan dan Terengganu. Dalam PRU 12 lalu depa
    dapat Kedah dan menjadi Menteri Besar kat Perak. Kedaahpun belum buat apa2 pasal hudud dan Perak bukan saja nak
    buat hudud, tapi sampai terlepas kembali kepada BN mereka masih lagi sibuk nak pastikan Sivalumar sebagai YDP
    Dewan Negeri Perak.

    Pak Pandir heranle kenapa bila dengan BN asyik kata pasal hudud. Tapi dengan DAP dan PKR cerita pasal lain. Ada dengar2 juga bahawa Anwar Ibrahim kata PAS dah tidak ekstrim dan sanggup gugurkan tuntutan untuk buat negara Islam. Wallahualam.

  10. izzat said

    pak pandir affuan tu mmg pro pembangkang semua nye dia bantai je ….
    HIDUP UMNO…ALLAH SENTIASA BERSAMA UMNO….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: