Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

INSAFLAH WAHAI PENYOKONG PAS DAN PKR

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 13 Oktober 2009

Oleh:-Mawar Berdarah

SEBAGAI parti yang kononnya berlandaskan Islam, terimalah kekalahan sebagai ketentuan Ilahi, bukannya menimbulkan pelbagai tuduhan atau fitnah yang lain pula ke atas BN. Kenapa mesti bising dan menuding jari ke arah orang lain apabila kalah. Kata akan buat bedah siasat dan terima dengan hati yang terbuka.Cuba buat muhasabah diri. Dr. Badrul Amin meminta diputuskan hubungan dengan keluarga yang menjadi polis atau yang menjadi ahli UMNO.Kemudian Salahuddin buat tuduhan palsu kononnya anggota Pas diserang dengan pedang samurai oleh Pemuda BN.Kenapa mesti membawa Nizar dari Perak yang dianggap penderhaka kepada raja untuk berceramah di Bagan Pinang? Kenapa Nizar tidak tumpukan kerja di Parlimen Bukit Gantang seperti yang sepatutnya?

Apa yang berlaku semuanya dinilai oleh rakyat sebagai pengundi.Carilah salah sendiri dulu sebelum menyalahkan orang lain dan sistem sedia ada terutamanya pihak SPR. Mengapa masih gagal mengikut arahan SPR di hari mengundi.Kalau semua ikut arahan, tidak timbul soal kekacauan pada hari mengundi. Bukankah taktik buruk ini telah digunakan dalam banyak PRK sebelum ini.Paling menyedihkan ialah kita sesama bangsa dan sesama agama masih jauh untuk bersatu.Di Bukit Gantang dan Bagan Pinang, tidakkah kita sesama Islam bertelagah kerana DAP membaca surah daripada al-Quran. Tidakkah kita sedar kita sedang dilagakan oleh kumpulan kiasu ini. Mengapa terlalu lambat untuk kita sedar, bahkan makin teruk.

Ada hikmahnya di sebalik kekalahan ini. Cara Pas salah dan perlu diperbetulkan. Beritahu DAP jangan sewenang-wenangnya guna ayat al-Quran. Ternyata ayat al-Quran hanya dibaca oleh DAP di atas pentas ceramah sahaja. Apa tujuannya kalau bukan untuk politik? Dr. Badrul tidak boleh menyeru sebegitu rupa walaupun berbeza ideologi politik. Mengapa buat perkara yang menjadi kemurkaan Allah SWT? Pas perlu memikirkan semula bagaimana mereka dipergunakan oleh DAP.Ulama dalam Pas perlu berfikir bagaimana bukan Islam mempermainkan ayat al-Quran selama ini dan yang mendengar hanya ketawa dan bertepuk tangan sahaja.

Kita bimbang setiap kali PRK. kita bergaduh sesama agama dan sesama bangsa, sedangkan DAP ketawa. Betapa bodohnya Melayu, sama agama, Tuhan yang sama, nabi yang sama, tetapi bergaduh sampai luka-luka.Tidakkah ini menggambarkan betapa Islam itu ganas dan buruk. Jangan sampai Tuhan membalas tindakan kita, kerana keegoan terhadap parti kita selama ini.Dibimbangi semasa PRK akan datang, kita bercakaran lagi, DAP membaca surah lain pula dan hari mengundi, Tuhan menurunkan bala, tsunami melanda dan gempa bumi menggegar Malaysia. Semuanya terlibat termasuk yang tidak berdosa. Semuanya sudah terlambat.

Sumber Dari Utusan Malaysia

Satu Respons to “INSAFLAH WAHAI PENYOKONG PAS DAN PKR”

  1. thanaif said

    Utusan melalui pojok lidah pengarangnya semenjak lebih dua puluh tahun yang lalu meletakkan minda ini hakikat kebenaran bahawa tanah air diurus tadbirkan hanya oleh sekumpulan ya diulang oleh sekumpulan minoriti bangsa yang bersikap fanatik terhadap kebangsawanan yang disekularkan oleh pemikiran atur santun dari pendidikan yang menjadi sistem mempiawaikan pemikiran sekular.

    Pojok dari lidah pengarangnya waktu itu (sudah melepasi zaman penjajahan) memaklumatkan Islam bukan pilihan untuk dibanggakan meski telah dipersetujui bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan.

    Sebermulanya mulai dihayati dari bicara lidah pengarangnya untuk dijadikan Islam sebagai di antara kaedah yang memundurkan ummah lantaran syariat hukum landas berperundangan tidak sesuai dengan makna kemodenan.Lalu pensekularan mulai menerjah menghalusi pemikiran minda ini yang dipendam jauh-jauh di dalam lipatan hati.

    Mengapa dinyatakan pendirian ini?

    Lantaran perkauman sekular ini telah menasionalismkan penghayatan politik warga sehingga terpisah agama sebagai Ad- Deen dari kehidupan yang merupakan undangan bala dan petaka kepada tanah air yang mahu diberi barakah oleh Allah Pencipta Alam.

    Pendidikan sebagai senjata kekuatan jiwa telah wewenangnya diterma barukan setiap era dan tempuh masa bagi melestarikan sikap materialsm di dalam memberdayakan bangsa-bangsa yang bersifat multi etnik!
    Terzahir juga bagaimana kebanyakan warga menjadi sumber kekal yang dieksploitasikan sehingga tidak mampu dan tidak berupaya warga menghayati sistem yang korup dan muflis sebagai imej jati beridentiti bangsa-bangsa kita (bukan hanya melayu sahaja)

    Warga mengetahui jual beli dan perdagangan dari pendapatan negara oleh parti-parti politik kerajaan yang dimilik peribadikan agihan penggunaannya namun diam itu lebih menterjemahkan budi perlu ditertibkan oleh bahasa.

    52 tahun bukan masa yang singkat saudari. Mungkin bagi sesetengah warga ia hanya parut yang telah dilicinkan oleh jeli gamat tapi bagi budak kecil yang ketika itu berusia belum baligh jantungnya telah bernanah dengan lendir ladungan pekung yang sering mengalir pekat tengik merah hati warnanya.

    Saudari, saya tidak membenci bangsa sendiri yang membenci diri saya tetapi saya membantah tindakan dari sikap keterlaluan bangsa sendiri yang membenci kumpulan pilihan saya.

    Pengagihan kekayaan yang tidak menyempurnakan keadilan dan ruang-ruang kebebasan bersuara yang difahami peruntukannya oleh Perlembagaan diluarbiasakan penghayatannya sehingga kesatuan ummah tidak upaya direncanakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: