Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

TINDAKAN PAS YANG SEMAKIN TERDESAK

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 9 Oktober 2009

oleh:-Mawar Berdarah

Pas kini sanggup membuat apa sahaja termasuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbentuk provokasi bagi tujuan menimbulkan kekacauan di kalangan penduduk Bagan Pinang. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sendiri telah melihat SMS itu yang jelas mengajak anggota pemuda parti itu datang ke kawasan ini untuk berhadapan dengan jentera UMNO atas jihad fisabilillah. Beliau yang hairan dengan tindakan terbaru Pas itu mengingatkan kepada semua pengundi supaya tidak mengendahkan SMS itu kerana ia semata-mata bertujuan menimbulkan suasana yang tidak stabil menjelang hari pengundian.

”Mengapa mereka kata jihad sedang jihad itu adalah untuk berperang. Saya yakin mereka melakukan perkara ini kerana Pas semakin terdesak dan semakin tertekan. ”Kini mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk membuat seruan jihad disebabkan tersebarnya berita yang tidak betul iaitu ada ahli mereka dikatakan telah dipukul oleh Pemuda UMNO. Ini semua bertujuan menakutkan pengundi di kawasan ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pesta Tanglung Teluk Kemang di sini malam ini. Muhyiddin menafikan beliau telah mengarahkan Pemuda UMNO turun ke Bagan Pinang untuk bertempur dengan Pemuda Pas ”Ini adalah perang saraf Pas kerana tertekan dengan kemungkinan besar mereka kalah di Bagan Pinang.

”Sebenarnya Pemuda Pas melalui ketuanya yang mengeluarkan arahan untuk jihad fisabilillah di Bagan Pinang,” katanya. Menurut Muhyiddin, tindakan Ketua Pemuda Pas jelas menghasut ahlinya melakukan kekacauan ketika kempen pilihan raya kecil di sini. Sehubungan itu, beliau meminta pihak keselamatan memandang serius perkara tersebut dan memastikan keadaan keselamatan di Bagan Pinang terpelihara. Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Sebelum itu, Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub mendakwa markas Pas diserang oleh ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang berpakaian ala komando dengan bersenjatakan pedang samurai sehingga mencederakan ahli Pas. Ekoran itu Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan menghantar SMS menyeru ahli-ahli Pemuda Pas berjihad fisabilillah dengan UMNO.

Dalam ucapannya itu Muhyiddin mempersoalkan, adakah berperang dengan UMNO itu jihad fisabilillah dan adakah itu merupakan kehendak Islam. Justeru beliau meminta masyarakat harus bijak menilai siapakah Pas sebenarnya dan mereka tidak harus terpedaya dengan tindak tanduk parti itu. ”Saya tidak faham mengapa Pas sanggup berbuat demikian. Mengapa mereka sanggup menyebarkan SMS jihad fisabilillah. Mereka faham atau tidak pengertian jihad,” katanya. Sementara itu beliau berkata, BN sentiasa menghormati adat, budaya dan warisan milik semua kaum di negara ini kerana ia merupakan khazanah yang tidak ternilai di negara ini..

Sumber dari utusan Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: