Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAKATAN RAKYAT TAK SEHALUAN

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 6 Oktober 2009

Oleh: Anggerik Desa

Isu keretakan hubungan dalam kepemimpinan Pakatan Rakyat ( PR ) di Selangor khususnya, sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Sejak lebih setahun lalu pelbagai isu kontroversi melanda kerajaan negeri pimpinan PR itu. Antaranya, isu ladang babi mega, isu Pengurus Besar PKNS dan isu penempatan kuil di seksyen 23, Shah Alam

Terbaru, isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan ( selcat ) yang sering menimbulkan perbezaan pandangan antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) dan DAP di Selangor

 Saya menganggap kelantangan pendirian Datuk Dr. Hasan Ali, Pesuruhjaya Pas negeri merangkap Exco Infrastruktur, hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu negeri sebagai tepat dan perlu disokong bukan hanya oleh semua ahli Pas sahaja bahkan oleh semua umat islam

Saya teringat bagaimana Hasan dengan berani bersemuka dengan Menteri Besar Selangor untuk mengusulkan nama calon Pengurus Besar PKNS daripada kalangan orang islam yang profesional walaupun pada masa itu, MB sudah melantik seorang bukan melayu memangku jawatan itu

Apa yang dapat saya simpulkan ialah masih ramai lagi yang sanggup melupakan asas perjuangan yang bercirikan islam, sebaliknya mengambil sikap ingin memuaskan hati rakan PKR lain sekalipun asas perjuangan sudah lari. Saya juga kurang arif kenapa pemimpin Pas mengambil sikap lepas tangan dalam menyokong tindakan Hasan dalam isu arak contohnya

Bagi sesetengah pihak, adalah lebih baik menyokong rakan PKR dan DAP walaupun perkara itu bertentangan dengan syariat islam daripada menegakkan hukum Allah SWT kerana dengan menegakkan hukum Allah SWT mereka akan di kecam oleh PKR dan DAP. Ini adalah syirik yang jelas dan nyata

Jika sebelum ini PKR dan DAP sering meminta agar UMNO bersikap telus di dalam setiap tindak tanduk kepemimpinannya dan yang terbaru berkaitan isu PKFZ, jadi apabila ada seorang pemimpin senior yang ingin meminta PKR dan DAP bersikap telus dan terbuka maka saya rasa perkara ini perlulah dialu-alukan, bukannya di kecam

Apa kata PKR dan DAP ?? Apa kata Anwar Ibrahim sekarang ?? Adakah tindakan untuk meminta Hasan berundur itu satu “ escapism”??

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: