Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KEMERDEKAAN DAN TUJUH WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 2 Oktober 2009

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Jarang-jarang anak Pascamerdeka menyambut hari bersejarah negara ini dengan penuh keinsafan. Sebaliknya, rata-ratanya bergembira kerana tidak berpengalaman hidup sengsara semasa sebelum merdeka dan juga tidak berpengalaman dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara.

Namun bagi mereka yang berpegalaman hidup dibawah belenggu penjajah, seterusnya terlibat pula dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, lazimnya setiap kali ulang tahun kemerdekaan tiba, air mata mereka mengalir, terutama apabila mendengar laungan merdeka. Meraka sedih bercampur gembira, sedih mengenangkan hidup yang sukar dan diperhamba dibawah cengkaman penjajah. Pada masa yang sama mereka gembira pula kerana sejak 52 tahun merdeka, negara ini sentiasa aman, maju dan makmur.

Sebenarnya tidak ada negara sedang membangun yang mampu mencapai rekod kejayaan Malaysia, apatah lagi mengatasi dari sudut pembangunan dan kesejahteraan rakyatnya.ketika kebanyakan negara jiran berdepan dengan huru-hara, Malaysia tetap stabil sama ada dari sudut Ekonomi, Politik, Keamanan, Perpaduan, serta Keharmonian hidup rakyat majmuknya. Memang ada cetusan kekacauan bersifat ribut dalam cawan yang dilakukan oleh segelintir pihak yang jarang-jarang bertanya sumbangan, jasa dan bakti mereka kepada negara, sebaliknya asyik menagih dan meminta. Meraka ini tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diterima dan dirasai. Inilah yang diingatkan dalam Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu.

Walaupun hidup dibawah rimbunan pelbagai subsidi, termasuk subsidi bahan bakar dan bahan keperluan lain, namun masih ada rakyat negara ini tidak tahu bersyukur. Golongan yang tergamak mengadakan demonstrasi haram tanpa mengambil kira kemungkinan imej negara tercemar dimata dunia merupakan mereka yang tidak tahu mengenang budi dan terlalu sangat di manjakan. Masing-masing tidak berpengalaman hidup sensara dibawah cengkaman penjajah dan tidak tahu tentang betapa sukarnya perjuangan menentang penjajah demi kemerdekaan negara.

Kerajaan kita hari ini negara tidak pernah lemah semangat untuk melakukan yang terbaik kepada negara, termasuk sentiasa merangka pelbagai rancangan pembangunan. Terbaru kerajaan membantu menambah pendapatan kira-kira 40 peratus rakyat negara ini yang. Berpendapatan kurang daripada Rm 3000 sebulan. Disamping itu, kerajaan juga berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan sepenuhnya masalah kemiskinan tegar yang melibatkan kira-kira 44 ribu orang penduduk bandar dan luar bandar diseluruh negara pada penghujung tahun depan.

Cuba teliti kesengsaraan rakyat kemboja misalnya kerana terlibat dalam perang, juga kesengsaraan rakyat Iraq, Palestin, Afghanistan dan Khasmir .Teliti juga tentang kesengsaraan rakyat selatan Thailand yang dihimpit pemerintah pusatnya di Bangkok dan Indonesia yang kerap berlaku serangan pengganas dan bencana alam. Meneliti semua itu, pasti kita berasa sangat bertuah manjadi rakyat Malaysia dan betapa khianatnya kita terhadap negara jika melibatkan diri dalam demonstrasi haram yang kerananya boleh menyebabkan imej negara tercalar dimata dunia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: