Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung
Jarang-jarang anak Pascamerdeka menyambut hari bersejarah negara ini dengan penuh keinsafan. Sebaliknya, rata-ratanya bergembira kerana tidak berpengalaman hidup sengsara semasa sebelum merdeka dan juga tidak berpengalaman dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara.
Namun bagi mereka yang berpegalaman hidup dibawah belenggu penjajah, seterusnya terlibat pula dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, lazimnya setiap kali ulang tahun kemerdekaan tiba, air mata mereka mengalir, terutama apabila mendengar laungan merdeka. Meraka sedih bercampur gembira, sedih mengenangkan hidup yang sukar dan diperhamba dibawah cengkaman penjajah. Pada masa yang sama mereka gembira pula kerana sejak 52 tahun merdeka, negara ini sentiasa aman, maju dan makmur. Baca baki entri ini »