Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAKATAN RAKYAT GAGAL DI SELANGOR

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 29 September 2009

Oleh: Kawan Lama

Terkini, di Selangor dua isu besar yang begitu hangat diperkatakan. Isu SELCAT (Select Committee for Competency, Accountability and Transparency) di Selangor telah menjadikan Dr Hasan Ali dikambing-hitamkan dan disenarai-hitamkan oleh Pakatan Pembangkang khususnya daripada DAP. Selain itu, 30 buah lori yang membawa lembu di bangunan SUK Selangor semalam (28/09/09) telah memperlihatkan kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat Selangor terhadap perlaksanaan dasar kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan kerajaan Pakatan Pembangkang di negeri itu. Apakah Selangor akan menjadi seperti Perak? Apakah rakyat Selangor yang dahulunya dalam PRU 12 mahu mencuba perubahan dan beralih angin dalam kepimpinan negeri kepada Pakatan Pembangkang, kini telah merasa muak dengan kegagalan dan karenah kerajaan pilihan mereka?

Selangor adalah sebuah negeri yang maju dan pendahulu dalam sumbangan terhadap pembangunan ekonomi negara yang telah terajui oleh kerajaan BN sejak merdeka lagi. Untuk mentadbir Selangor dan mengekalkan kedudukan Selangor sebagai sebuah negeri yang memainkan peranan penting kepada rakyat negeri khususnya dan Malaysia amnya bukan mudah. Pengalaman kerajaan BN amat penting. Memberikan kuasa pemerintahan kepada pakatan pembangkang mentadbir Selangor kini dilihat sebagai suatu pilihan yang kurang tepat oleh sebahagian besar rakyat Selangor.

Parti-parti komponen pakatan pembangkang hanya berpakat bukan bersepakat dan bekerjasama. Mereka berpakat kerana melihat peluang untuk menguasai empat (4) negeri iaitu, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Pakatan yang mereka buat mempunyai ‘udang disebalik batu’. DAP melihat mereka akan mendapat dua (2) negeri iaitu Pulau Pinang dan Perak. PAS melhat mereka akan dapat tambahan satu (1) lagi negeri iaitu Kedah manakala PKR dapat satu (1) iaitu Selangor. DAP tersilap langkah dan menyesal kerana terpaksa melepaskan Perak disebabkan kedangkalan parti tersebut yang tidak tahu mengenai Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang menyatakan bahawa Menteri Besar mestilah orang Melayu dan Islam. PAS mendapat labaannya dan pakatan pembangkang bersetuju untuk melantik wakil rakyat PAS, Nizar (yang di bawah telunjuk DAP dan merupakan sepupu Ngeh Koh Ham) sebagai Menteri Besar. Kini pakatan pembangkang telah kehilangan Perak kepada BN atas kegagalan kepimpinan pakatan pembangkang dan kerajaan pimpinan Nizar yang dicucuk hidung.

Pakatan rapuh mereka kini juga memperlihatkan lebih banyak kekalutan dan kegagalan dalam mentadbir kerajaan negeri. Memberikan kepercayaan rakyat kepada mereka pada PRU 12 lalu kini menjadi malapetaka dan mimpi ngeri bagi warga Selangor pula. Mereka sebenarnya bukan mahu menjaga kesejahteraan dan keharmonian rakyat dan negeri Selangor. Tetapi terlalu sibuk untuk menjaga kepentingan peribadi dan parti yang mereka wakili secara berasingan. Mereka juga sentiasa mencari kelemahan rakan komponen dan mengintai peluang untuk saling memburuk-burukkan tokoh dan parti komponen. Mereka juga sentiasa mempunyai prasangka dan rasa tidak saling mempercayai antara sesama mereka dalam pakatan pembangkang. Dengan kata lain, DAP akan jaga kepentingan DAP, PKR jaga kepentingan PKR manakala PAS jaga kepentingan PAS. DAP hentam PAS, PKR hentam DAP begitulah ceritanya.

Di antara ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang, DAPlah dilihat lebih dominan daripada PAS dan PKR. DAP dilihat lebih dominan di Pulau Pinang, Perak (semasa Perak di bawah pimpinan pakatan pembangkang) dan Selangor (walaupun Menteri Besarnya TS Khalis Ibrahim, PKR). PAS dominan di Kelantan yang telah dikuasai mereka sejak lebih19 tahun lalu dan terbaru, Kedah. PKR hanyalah sebagai ‘tumpang semangkuk’ dek kerana mahukan DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ jadi Perdana Menteri Malaysia. DAP dominan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kalau diamati secara mendalam, DAP adalah kuasa utama dalam pakatan pembangkang. Mereka mempunyai kata muktamad dalam segala hal pakatan pembangkang. PAS dan PKR hanyalah ‘penambah seri’ aje. Justeru itu, kekalutan mereka di Perak dan Selangor berkait rapat dengan parti rasis DAP. DAP dengan sifat ‘Chinese Chauvinist’nya mempunyai pengaruh besar dalam pakatan pembangkang. Di Kedah, DAP pernah mengugut untuk keluar daripada pakatan pembangkang hanya kerana dasar kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Kedah daripada PAS yang telah menaikkan kouta milikan perumahan daripada 30% kepada 50% untuk orang Melayu . Di Pulau Pinang pula, isu nasib penduduk kaum India di Kg Buah Pala yang diabaikan dan tidak dibela oleh Ketua Menteri mereka, Lim Guan Eng (DAP) apabila mereka memohon agar rumah mereka tidak dirobohkan. Sejauhmanakah kebenarannya sifat-sifat ini, ‘Tepuk Dada Tanya Diri Sendiri’.

Di Selangor, untuk memastikan dominan dan kekuasaan terhadap kerajaan negeri di bawah mereka, DAP telah berjaya mempengaruhi rakan mereka PAS dan PKR untuk melantik  Teng Chiam Khim daripada DAP sebagai Speaker Dewan Negeri. Peranan Speaker amat besar dan mempunyai kuasa untuk memberikan keputusan muktamad. Segala tindakan dan keputusan Teng sudah semestinya memberikan kepentingan dan kelabaan kepada DAP. Selain itu, masih segar lagi dalam ingatan kita apabila wakil rakyat DAP, Teresa Kok sejurus selepas dilantik sebagai exco kerajaan negeri telah mengketengahkan dua (2) isu yang menunjukkan sifat rasis dan chauvinistnya parti DAP iaitu, laungan azan khususnya waktu subuh diperlahankan atau dilewatkan dan mewujudkan Bandar Baru Cina yang lengkap dengan sekolah & Universiti bagi orang Cina, Dewan Perniagaan Cina, Tokong-Tokong baru yang lebih besar dan juga penduduk serta komunitinya semua terdiri daripada kaum cina. Adalah tidak mustahil sekiranya isu menggunakan wang zakat oleh kerajaan negeri dicetuskan oleh wakil rakyat DAP.

Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim pula dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab beliau dalam mengemudi dan mempertingkatkan kemajuan negeri yang termaju di Malaysia. Disebabkan PKR menang 15 kerusi (dua kerusi lebih daripada DAP), maka beliau telah dipilih kerana wakil rakyat PKR yang lain tidak mempunyai latarbelakang yang kukuh. Namun demikian, Khalid tidak seperti mana yang diharapkan oleh rakyat Selangor. Beliau telah gagal menunaikan janji-jani manis manifesto setiap parti komponen pakatan pembangkang kepada rakyat Selangor. Mana duit yang dijanjikan kepada ibu tunggal? Mana duit bantuan kepada mereka yang menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak? Mana duit bantuan kepada anak Selangor yang dapat masuk ke pusat pengajian tinggi? Bayaran air macam mana? Tak seperti yang dijanjikan. Kenapa perlu naikkan kadar sewa rumah kepada penduduk yang termaklum kurang berkemampuan di rumah-rumah murah? Kenapa tak sangkal dengan sekeras-kerasnya dakwaan Hasan Ali mengenai pembelian lembu bagi Parlimen Bandar Tun Razak? Wang Penyelenggaraan kereta peribadi? Polisi Penjualan Arak di kawasan majoriti orang Melayu? Kenapa beliau tidak ada bersama DYMM Sultan Selagor semasa penerimaan/sambutan ketibaan Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman? Polisi zakat penggunaan wang zakat untuk tujuan peruntukan pembangunan negeri yang tidak direstui oleh DYMM Sultan? Kes wakil rakyat Selangor daripada DAP yang mempunyai hubungan dengan gerakan haram (pelacuran), amalan korupsi dan salahguna kuasa? Kes pinjaman peribadi dengan Bank Islam sebanyak RM67 juta? Isu kuil di seksyen 23? Dengan lain perkataan, Khalid adalah Menteri Besar tetapi kuasa perlaksanaan dan keputusan terletak kepada rakan sekongkol PKR iaitu DAP. Khalid tiada suara hanya buat apa yang diarahkan oleh DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ dan DAP.

Bagi Selangor untuk menjadi seperti Perak dalam masa terdekat ini agak sukar diramal. BN menguasai 20 kerusi DUN, PKR 15, DAP 13 manakala PAS 8 kerusi. Sekiranya PAS keluar daripada pakatan pembangkang, kedudukan masih 28 BN 28 pakatan pembangkang. Sekiranya ada di kalangan wakil rakyat daripada PKR yang keluar daripada pakatan seperti yang berlaku di Perak, maka hal ini tidak mustahil berlaku. Namun apa yang pasti, rakyat Selangor telah mula memperlihatkan rasa tidak puas hati dan kurang senang dengan kepimpinan pakatan rakyat di Selangor. Mereka telah mula melihat kecacatan kepimpinan dan ketidaksepakatan dan kerapuhan pakatan pembangkang. PRU 13 kelak, terpulanglah kepada rakyat Selangor sama ada mahu mengekalkan kerajaan rapuh pakatan pembangkang yang tidak prihatin dan terbukti gagal mentadbir serta memberikan kemajuan kepada rakyat dan negeri Selangor tercinta atau balik kepada BN……

Advertisements

12 Respons to “PAKATAN RAKYAT GAGAL DI SELANGOR”

  1. Sabahan said

    Sungguh sedih MINDA UMNO yang talam dua muka ni.Tuduhan yang tidak berasas. Azan masih berkumandang dengan kuatnya di Selangor. Surau surau di Taman taman perumahan di mana majoriti penduduknya bukan beragama Islam, Pak Imam surau itu menghormati penduduk sejajar dengan ajaran Islam.

  2. z said

    Buduh….

    • tokkmod said

      HAI zzzz….
      nak eja bodoh pun kamu taktahu…muuuaaaaahhh
      berapa punya bodoh kamu ni…kahkahkah
      kalau bodoh boleh diajar oklah..
      tapi kalau bodoh tak boleh diajar sudah pasti jadi kurang ajar gua pastilah……..

  3. Anon said

    Lihat yang lebih positif. Sekarang ni, MB Selangor lebih rapat dengan rakyat Selangor. Kalau dulu, rumah kena roboh sebab kerajaan nak ambik pun tak der ramai-ramai buat perhimpunan jumpa dengan MB Selangor pun. Takde pun suruh exco letak jawatan… Haram tak layan..

    Sekarang ni, lembu mati pun buat boleh demo atas lori…

    hahaha…

    Ada ker cakap,kalau lembu pun tak boleh jaga, takkan rakyat Selangor mereka boleh jaga..

    Lembu sendiri pun, bela atas tanah haram pulak tuh.. takkan nak suruh Exco Selangor jaga..

    Peliklah rakyat Selangor sekarang ni…

    Apa hal ntah..

    • iceman said

      laaa ada ker tanah haram yang kerajaan terdahulu merobohkan rumah ditanah yang haram salah pulak…sekarang buat ternakan ditapak haram ko kata salah dulu kata betul sanggup menghasut orang ramai…la nie bler jadi kerajaan tahu pulak ko tanah haram…tak malu ker menipu dan mempergunakan rakyat dengan cara begini

  4. Gan Chee Chan said

    Satu kenyataan yang bodoh….dan tidak masuk akal.Lembu mati dia org buat demo,kono kerajaan Pakatan tak prihatin.Kalau bapa dia org mati,nak buat demo jg kah?

    • tokkmod said

      hai GCC…
      Bukalah mata dan minda kamu!!!
      jgn selalu membabi buta!!!
      jgn saperti lembu dcocok hidungnya!!!
      jgn saperti luncai terjun dgn labu2nya!!!
      jgn saperti pak pander menang sabong kampong tergadai!!!
      jgn saperti burong kakak tua pandai bercakap taktahu makna!!
      rakyat selagor inginkan perubahan SHABAS & TAHNIAH.

    • iceman said

      pasal dulu korang kata negara kebajikan 2 pasal diorang tuntut kalo tak janji orang takkan nak menuntut…pdn muka saper suruh pandai berjanji…la nie puak tenuk dah termakan kertas manifesto sendiri sedap tak???

  5. izzat said

    HIDUP UMNO…ALLAH SENTIASA BERSAMA UMNO..

    kat tempat aku skrg ni pon azan ok je…cina ngan india takde memekak…
    tapi kat tempat teresa kok tu dia larang orang azan..tu yang kena masuk ISA tu padan muke…
    wakakakakaka….
    kurang ajar nye dap…pas diam je jadi org dungu..pkr jgn cerita la mmg bodoh…

  6. sumir said

    Kelembapan ekonomi dunia tidak menghalang Kedah menarik banyak pelaburan sehingga menjadi negeri kelima mencatat jumlah pelaburan tertinggi selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang sehingga Ogos lalu.

    Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu, ia melibatkan pelaburan berjumlah RM837,345,329 selepas keadaan ekonomi dunia tidak menentu yang mengurangkan kemasukan pelaburan dalam bidang pembuatan.

    “Dalam pelancongan, Kedah mencatat kemasukan 3.8 juta orang pada 2008 berbanding 3 juta pada 2006 dan kerajaan negeri berazam meningkatkan lagi jumlah itu kepada 4 juta orang pada 2010,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan Bajet 2010 di DUN Kedah di sini hari ini.

    Sementara itu, katanya, sehingga Oktober 2009, kerajaan negeri berjaya mengutip hasil RM211.6 juta daripada anggaran hasil RM480 juta dan menyedari pengurangan kutipan hasil disebabkan pemberian rebat 50 peratus yang berkuat kuasa tahun ini.

    “Pengurangan hasil tanah juga berjaya ditampung melalui peningkatan hasil melibatkan kenaikan kutipan royalti bahan batuan sebanyak RM19 juta tahun ini kerana usaha penguatkuasaan dan pengurusan rapi pejabat-pejabat tanah.

    “Kenaikan hasil balak daripada RM8 juta setahun kepada RM35 juta pada 2009 kerana polisi atau dasar tender terbuka yang diamalkan kerajaan negeri,” jelasnya.

    Selain itu, kata Azizan, ia melibatkan dividen atas sumbangan daripada 11 buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada kerajaan negeri sebanyak RM30 juta.

    “Ia merupakan pembayaran pertama kali diterima selepas penyusunan semula GLC yang berjaya meningkatkan aktiviti dan keuntungan,” kata beliau.

    Azizan menjelaskan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri memperjelaskan bahawa dari 2004 sehingga 2009, kadar kemiskinan di Kedah berkurangan daripada tujuh peratus kepada tiga peratus.

    “Kadar kemiskinan tegar berkurangan daripada 1.3 peratus kepada 0.3 peratus, pendapatan kasar bulanan isi rumah meningkat daripada RM2,126 kepada RM2,408, kadar pengangguran berkurangan daripada 3.8 peratus kepada 3.3 peratus,” katanya.

  7. sumir said

    KUALA LUMPUR, 18 Nov: Walaupun para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) silih berganti membuat siasatan ke atas pemimpin kerajaan Selangor, Transparency International Malaysia(TI-M) memuji negeri Pakatan Rakyat itu bahkan wajar dijadikan contoh.

    Presiden TI-M, Datuk Paul Low berkata sikap kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam memacu Selangor jelas menunjukkan kerajaan negeri ini merupakan kerajaan yang adil dan telus mencakupi semua aspek.

    Katanya, peranan Khalid dalam menangani rasuah di Selangor merupakan satu perkembangan positif dalam arena politik negara.

    “Saya yakin MB Selangor mempunyai kehendak politik yang kuat untuk memerangi rasuah sebagaimana yang ditunjukkannya di Selangor,” kata Paul dalam satu sidang media selepas mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2009,di Kelab Golf Di Raja Selangor.

    Beliau menambah, pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.

    Katanya, pentadbiran telus yang diamalkan Selangor bukan sahaja penting bagi aspek intergriti tetapi dalam menjaga kestabilan ekonomi negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: