Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Petikan 8 Artikel Oleh Dr Riduan Tee Abdullah

Posted by puteraadnan di Isnin, 28 September 2009

Untuk Bacaan Sahabat dan fikir2kan lah…!! Terdapat 8 artikel Dr Riduan Tee Abdullah dalam attachment ni…

Artikel 1- NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU
Oleh: Dr. Mohd Redhuan Tee

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya
amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya
Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.
Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati
semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguhsungguh
dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga
siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang
salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan
berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara
dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian
pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu
perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA,
Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh
membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa
menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah
memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebihlebih
lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang
kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam
Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak
sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum
berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap
anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah
yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi
mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara
paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka?
Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa
Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua
punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan,
hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu
tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain,
terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina)
tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.
Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu
ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan,
terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya,
berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila
seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolaholah
seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.
Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal
dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita
tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik
pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan
orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November
1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA,
Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap
Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau
mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu
terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah
mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga
kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa
berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi
tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya
akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum
dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera
terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat
daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbarakhbar
Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan,
ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu.
Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah
menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.
Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu,
tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah
hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.
Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah?
Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk
melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk
mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan
bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa
mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit
mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk
mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum,
dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan
untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya?
Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.
Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia
bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang
bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan
dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan
memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?
Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu,
Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.
Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan
dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia
maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama
rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid
melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam
(Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai
patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih
kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang,
sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil
tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.
Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik
Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara
terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas
ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah
kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompatlompat.
Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni
Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan
memberitahu mereka supaya janganlah murtad.
Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan
murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah
hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan
lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian
setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan
Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan
Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.
Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya
tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan,
mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.
Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang
menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habishabisan.
Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan
semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik
(kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan
membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa.
Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar
untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman
dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai
orang-orang yang mempunyai pandangan.
Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Mingguan Malaysia, Ahad 26 Julai 2009

Artikel 2 – BUKA MATA NASIB MELAYU

SAYA berasa terpanggil untuk memberikan komen terhadap artikel ‘Nasib Melayu di Bumi
Melayu’ yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 26 Julai lepas. Artikel tersebut yang
ditulis oleh penceramah bebas yang saya minati, Dr. Mohd. Redhuan Tee Abdullah
menyebabkan saya berasa hendak memberikan komen yang mungkin positif, mahupun
negatif bagi sesetengah orang.

Ini merupakan kali pertama saya memberikan ulasan walaupun telah begitu banyak artikel
yang saya baca. Namun saya rasa artikel daripada beliau merupakan artikel yang menarik
yang membuka mata saya mengenai nasib orang Melayu di negara ini.
Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang yang minat pada politik. Saban hari,
boleh dikatakan ada sahaja masalah politik yang berlaku di Malaysia ini. Sekiranya ada
masalah atau isu, masing-masing saling menuding jari. Ini membuatkan saya yang pada
ketika itu seorang pelajar universiti tempatan berasa ‘tak ingin ambil tahu’ tentang masalah
politik di Malaysia.

Namun setelah saya habis belajar dan akan memasuki alam pekerjaan, saya rasakan apa
yang berlaku dalam negara ini saya perlu diambil tahu.
Saya bagaikan baru ‘sedar’ dan ‘terjaga’ setelah membaca artikel Dr. Ridhuan yang
menceritakan tentang nasib Melayu di negara ini. Beliau membuka mata saya tentang
betapa orang Melayu seperti dianaktirikan di bumi sendiri. Ternyata orang Melayu amat
lembut hati dan bertolak ansur.

Saya masih lagi teringat kes banduan wanita yang dibogelkan dalam penjara. Masa itu,
berita itu cukup panas namun setelah mendapat tahu banduan tersebut adalah orang
melayu, cerita itu tiba-tiba senyap. Tapi ketika itu saya tidak perasan wujudnya sebab
‘pertukaran’ kaum yang menjadikan cerita itu sepi macam itu sahaja. Tidak tahulah agaknya
masa itu saya tidak mengikuti perkembangan kes tersebut ketika itu.
Kalau mahu diceritakan, memang banyak isu orang Melayu diketepikan dalam menuntut
pengadilan. Namun sebagai rakyat yang hendak hidup aman di sini, saya cuma boleh
pandang dan dengar sahaja apa jua situasi yang berlaku di negara ini. Tidak perlu jadi
aktivis dan tidak perlu jadi ahli politik demi membela nasib kaum sendiri. Cuma berasa
tanggungjawab untuk majukan anak bangsa supaya menjadi bijak pandai di negara sendiri.

Utusan Malaysia, 30 Julai 2009

Artikel 3- BILA KACANG LUPAKAN KULIT
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

SAYA dikecam hebat, apabila salah satu laman blog menyiarkan semula artikel saya minggu
lalu dalam Mingguan Malaysia, bertajuk Nasib Melayu di Bumi Melayu. Saya dituduh
penulis upahan UMNO, lupa asal usul diri, lebih Melayu daripada Melayu, Cina tidak sedar
diri, rasis dan berbagai kecaman dilemparkan oleh golongan ultra kiasu ini.

Saya mengucapkan terima kasih atas yang respons. Saya tidak berhasrat memberikan
respons, kerana malas melayan idea-idea picisan yang menyerang peribadi dan tidak
langsung menampakkan mereka ini profesional. Orang sebegini tidak layak dilayan, biarlah
mereka terjun dengan labu-labunya. Lagipun saya tidak pasti sama ada mereka faham atau
tidak, artikel yang saya tulis dalam bahasa Melayu, atau mungkin juga mereka lebih
memahami bahasa Inggeris atau bahasa ibunda, daripada memahami bahasa kebangsaan
itu sendiri sehingga mereka tidak faham apa yang saya maksudkan.

Begitu juga dengan akhbar Cina, China Press dan Nanyang Siang Pau berniat jahat dengan
secara sengaja memaparkan sebahagian kecil artikel saya berkaitan Beng Hock, mengenai
anak luar nikah yang dikandung oleh teman wanitanya. Sedangkan simpati dan pembelaan
saya terhadap mendiang tidak disiarkan langsung. Ini menunjukkan betapa rasisnya akhbar
Cina. Saya dituntut oleh keluarga mendiang untuk meminta maaf. Terus terang, saya tidak
perlu meminta maaf kerana saya berkata benar. Bersekedudukan sebelum nikah adalah
haram di sisi agama apa sekalipun. Kenapa agama Islam sahaja yang dipersoalkan,
adakah agama lain menghalalkan perbuatan sedemikian?

Sebelum memeluk Islam, saya dahulunya pernah menganut agama Buddha dan Kristian.
Kedua-dua ini mengharamkan sama sekali bersekedudukan sebelum nikah. Apakah kita
mahu menghalalkan perkara ini sehingga menjadi budaya masyarakat kita? Apakah kita
mahu ia turut berlaku kepada anak atau adik-beradik kita? Justeru, bila saya menulis, saya
selalu meletakkan diri saya sebagai rakyat Malaysia atau bangsa Malaysia, bukannya orang
Cina. Ini bertujuan supaya pandangan saya tidak berat sebelah atau bias. Jika orang Islam
melakukan kesalahan saya akan tegur, begitu juga yang lain. Adakah kerana hanya saya
berbangsa Cina, maka saya patut selindungkan sesuatu keburukan yang berlaku pada
bangsa saya? Sudah tentu tidak kerana saya perlu berkata benar.
Jika orang Cina baik, saya akan puji sebab itu kenyataan. Begitulah sebaliknya, jika ada
kelemahan, kita terpaksa terima walaupun pahit. Pada saya, hujah yang dikemukakan mesti
dibalas dengan hujah berasaskan fakta clan ilmu, bukan menyerang peribadi.

Saya mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang politik dan kerajaan. Tajuk tesis saya
berkaitan dengan ‘persepsi orang Cina terhadap gerakan politik UMNO’. Hujah yang saya
lontar itu adalah daripada sebahagian kecil kajian yang dibuat terhadap politik silang budaya
kedua kaum ini secara kuantitatif dan kualitatif. Apakah yang berkokok itu pernah membuat
kajian atau sekadar emosi yang menghantui diri sehingga tidak sedar diri?
Itupun nasib baik saya tidak ada rekod buruk sebelum ini seperti ahli politik dan penulis lain.
Jika tidak, semua peribadi buruk akan diungkit dan digunakan sebagai senjata mengecam
saya. Inilah budaya perkauman dan budaya ‘pandir’ yang telah dicanangkan sejak sekian
lama, terutama apabila kerajaan gagal mendidik mereka memahami sejarah sehingga
menjadi manusia yang tidak mengenang budi. Malah mereka menjadi semakin ultra kiasu
dan tidak mahu menerima hakikat sebenar.

Saya tidak mendapat satu sen daripada UMNO apabila artikel tersebut disiarkan. Begitu jua
saya tidak mendapat satu sen pun wang zakat setelah 24 tahun memeluk Islam. Saya tidak
ada banglo mewah, kereta mewah dan lain-lain kemewahan. Saya bersyukur dengan apa
yang ada, hidup sebagai rakyat biasa. Malangnya, bila ada komen saya menyebelahi
kerajaan/UMNO saya akan dituduh macam-macam. Bila idea saya menyebelahi
pembangkang, saya akan dipuji melambung. Saya bukanlah dalam kategori yang mudah
lupa diri bila dipuji. Saya sentiasa bermuhasabah apabila dikeji.

Saya menulis atas kebenaran. Saya adalah kalangan orang Cina yang celik sejarah dan
celik perlembagaan. Saya tahu asal usul saya. Saya bertanggungjawab sepenuhnya
dengan apa yang saya tulis sama ada di dunia mahupun di akhirat. Saya tidak fikir tulisan
sedemikian akan menyebabkan Allah SWT mencampakkan saya ke dalam neraka,
berbanding mereka yang selalu mengumpat dan menyerang peribadi orang tidak sudahsudah.
Saya tidak menuding jari terhadap siapa benar atau siapa salah. Saya tidak ada masalah
bersemuka dengan sesiapa sahaja untuk berhujah secara ilmiah dan akademik, bukan
berasaskan sentimen, politik sempit dan jumud. Janganlah jadi pengecut, melepaskan
geram yang menampakkan kebodohan diri sendiri. Janganlah terlampau ultra kiasu kepada
kaum sendiri. Tindakan ekstrem tidak akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak,
malah mengusutkan lagi sesuatu yang telah kusut. Terus terang saya katakan, setelah
membandingkan Malaysia dengan negara lain, ternyata Malaysia lain daripada yang lain.
Amat unik dan toleransi amat tinggi, terutama kalangan orang Melayu. Selaku rakyat
berbangsa Cina, saya amat berasa bertuah hidup di bumi bertuah ini.

Orang Cina (juga India) bernasib baik kerana kerajaan Malaysia sejak sebelum dan selepas
merdeka, tidak banyak berusaha sama sekali mengasimilasikan mereka walaupun kerajaan
berhak melakukannya terhadap mereka yang berhijrah. Mereka adalah seperti orang Cina
seadanya seperti di negeri China. Bersekolah, berbudaya, bertutur clan semua cara hidup
berasaskan kecinaan (atau keindiaan). Mana ada negara di dunia seperti ini? Berbanding
dengan negara lain, seperti Thailand dan Indonesia serta lain-lain negara dunia, mereka
yang berhijrah mesti diasimilasikan dahulu sebelum menjadi warga negara.

Identiti

Di Thailand, pada tahun 1930-an semua identiti kaum Cina dihapuskan termasuk meroboh
semua sekolah Cina. Hari ini, orang Cina di Thailand sudah tidak seperti orang Cina.
Mereka telah diasimilasikan menjadi orang Thai (Siam). Tidak ada beza antara orang Thai
dan orang cina, mereka sudah tidak ada semangat Cina. Malah mereka tidak ada keinginan
langsung untuk pergi ke negara China. Begitu juga di Indonesia.

Ini yang menjadikan saya sedar diri dan bersyukur. Berbeza dengan di Malaysia, sudahlah
namanya bertukar daripada Tanah Melayu kepada Malaysia, keadaan masih tidak banyak
berubah. Orang Cina tetap dengan kecinaannya. Lebih menyedihkan ada di kalangan
mereka (ramai) tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Mereka langsung tidak mahu diasimilasikan dan tidak mahu ambil tahu langsung tentang
adat budaya Melayu. Malah, mereka malu berbahasa Melayu sebab mereka memandang
rendah pada orang Melayu. istilah yang digunakan terhadap orang Melayu pun istilah
menghina yang tidak perlu saya tulis di sini, kerana sebagai orang Cina saya tahu apa yang
berlaku. Justeru, dapatan kajian saya tidak mengejut, orang Cina akan berjuang habishabisan
seberang percubaan untuk mengasimilasikan mereka dan percubaan untuk
menyeragamkan sistem pendidikan kepada satu sekolah. Pendek kata, hidup mati orang
Cina adalah dengan sekolah Cina dan semangat kecinaan mereka.

Saya merasa bersyukur kerana dilahirkan di kampung Melayu, tetapi dibesarkan dalam
keluarga yang begitu kuat berpegang kepada tradisi Cina. Alhamdulillah, saya dapat
memahami orang Melayu dengan lebih mendalam melalui pergaulan. Begitu juga dengan
sahabat-sahabat saya yang lain. Saya tahu sensitiviti orang Melayu. Latar belakang
sebegini, tidak semestinya menjadikan saya orang Melayu, kerana saya adalah orang Cina
yang dijadikan Allah SWT, darahnya tetap, darah Cina. jika saya ditakdirkan lahir di kawasan
orang Cina, saya fikir saya tidak banyak berubah, sebab saya celik sejarah, celik
perlembagaan serta sedar diri. Pokoknya, kita mesti sedar diri dan memahami sejarah
negara.

Sejarah Malaysia adalah berakarkan kepada sejarah Melayu. Malaysia tidak boleh
dipisahkan dengan bangsa Melayu. Sejarah inilah yang tidak dapat dipisahkan juga dengan
istilah ketuanan Islamdan ketuanan Melayu. Saya bukanlah menyokong ketuanan
Melayu, tetapi jika istilah ini digunakan untuk menunjukkan penduduk Melayu adalah
pribumi asal, pada saya ia tidak salah. Ketuanan Melayu bukanlah merujuk kepada
hubungan antara `tuan’ dan ‘hamba’. Saya tidak fikir istilah ketuanan Melayu akan
digunakan jika sekiranya nama Malaysia kekal seperti nama asalnya dahulu iaitu Tanah
Melayu. Nama Malaysia tidak menampakkan identiti Melayu. Justeru, tidak salah
penggunaan istilah ini jika dengan maksud dan tujuan yang baik dan bukan menghina
bangsa lain.

Pada hemat saya, jika istilah ketuanan Melayu hanya digunakan untuk merujuk kepada
sejarah Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama
persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa Melayu dan Islam yang
termaktub dalam perlembagaan dan sebagainya berkaitan dengan Melayu, saya fikir tidak
salah. Apa yang penting pelaksanaan dasar mesti tidak mendiskriminasikan semua kaum.
Jika ada pun diskriminasi atau ketidakadilan yang berlaku, yang patut dipersalahkan mereka
yang melaksanakan dasar, bukannya menolak sesuatu dasar yang telah dipersetujui
bersama. Adakah saya rasis apabila memperkatakan perkara ini?

Saya masih ingat apabila Teresa Kok dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor,
perkara pertama yang beliau ucapkan adalah idea mewujudkan sebuah bandar Cina. Di situ
ada kawasan perindustrian Cina dan institusi pengajian Cina untuk menarik pelabur-pelabur
dari negara China. Adakah idea ini tidak rasis? Adakah saya yang membangkitkan isu ini
rasis? Bila saya membela Cina tidak rasis, bila mana saya membela Melayu dan Islam,
saya dituduh rasis. Jangan jadi gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut
nampak begitu jelas. Bila isu menyebelahi Cina atau India, kita senyap. Bila isu
menyebelahi Melayu, bagaikan nak runtuh satu Malaysia? Adakah politik sebegini tidak
rasis? Saya harap kita jangan bertindak seperti kacang lupakan kulit.
Tolak ansur yang berjalan selama ini tidak ada tolok bandingnya. Saya masih tidak lupa,
ketika segelintir pertubuhan Cina mahu mendirikan tugu Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun
(MPAJA) di Taman Peringatan Nilai, sebagai memperingati pejuang-pejuang Cina yang
gugur menentang jepun ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945. Tugu
tersebut telah didirikan atas alasan memperingati mereka yang telah terkorban
mempertahankan kemerdekaan Tanah Melayu. Fakta ini salah dan menyeleweng.
Ketika tugu ini sedang didirikan, beberapa pertubuhan Melayu dan juga bukan Melayu yang
memahami sejarah (lihat artikel saya dalam Utusan Malaysia 26.12.2006), mahukan fakta
sejarah tersebut diperbetulkan dan tugu tersebut tidak dibina. Mereka bukan pejuang
kemerdekaan tetapi mereka bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk
menentang Jepun. Ini disebabkan oleh sejarah politik, perang, permusuhan Jepun-China
pada tahun 1894, 1895 dan 1937. Jepun dan China saling berperang dan berdendam antara
satu sama lain. Penentangan China terhadap Jepun dan penganiayaan Jepun terhadap
orang Cina, lebih kepada isu membalas dendam bukannya perjuangan kemerdekaan Tanah
Melayu. MPAJA adalah alat PKM. Justeru, kita lihat apabila Jepun meninggalkan Tanah
Melayu, PKM mempunyai cita-cita tinggi untuk memerintah Tanah Melayu.

Memperjuang

Dalam hal ini, tidak timbul langsung isu MPAJA memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
Jikapun benar, kenapa MPAJA tidak menentang Malayan Union yang diperkenalkan British
selepas Jepun menyerah kalah? Malangnya, hari ini tugu MPAJA telah berdiri megah di
Taman Peringatan Nilai dan menjadi pusat penyembahan. Apakah saya membangkitkan isu
ini bermakna saya rasis. Adakah yang membina tugu itu tidak rasis?
Adakah kewujudan bandar Cina atau China Town di setiap bandar itu tidak rasis?
Pernahkah kita dengar ada Malay Town di negara bertuah ini. Kita ada Kolej/Universiti
Tunku Abdul Rahman (MCA), Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan), Kolej New Era (Doug
Jiao Zong), Asian Institute of Medical Science and Technology (AIMST-MIC) dan bermacammacam
lagi institusi berasaskan kaum. Adakah ia tidak rasis? Siapakah sebenarnya yang
rasis? Cuba kaji berapa banyak peruntukan yang diberi oleh kerajaan terhadap universiti
kepunyaan MCA, Gerakan dan MIC ini?

la tidak termasuk nama-nama jalan yang ingin diubah kepada nama individu ‘tertentu’ dan
menggunakan nama jalan pelbagai bahasa atas alasan agar pelancong memahaminya.
Perlukah kita mengajar pelancong ini dengan bahasa mereka sendiri? Bukankah pelancong
datang ke sini untuk memahami budaya dan bahasa rasmi di sini. Bukankah kita ada satu
bahasa iaitu bahasa kebangsaan yang boleh difahami oleh semua kaum, yang perlu
didaulatkan. Adakah ini tidak rasis? Ke manakah kita hendak bawa negara Malaysia?
Apakah akar Melayu perlu dibuang langsung. Apa pun yang berlaku kita perlu menghormati
orang Melayu selaku penduduk asal di negara ini dari segi sejarah.
Manakala orang Melayu juga perlu menghormati orang bukan Melayu. Pendek kata, kita
perlu saling hormat-menghormati perlembagaan yang telah dipersetujui secara bersama,
walaupun ia nampak lebih menyebelahi orang Melayu. Tetapi hak kita sebagai bukan
Melayu tidak diabaikan.

Saya bangkitkan isu kuil dan rumah ibadat kerana itulah hakikat yang sebenar. Saya tidak
fikir semua rumah ibadat dibina sendiri, menggunakan wang sendiri mereka. Kebanyakan
rumah ibadat kaum-kaum lain dibina di atas tanah kerajaan. Bukan Melayu tidak boleh
membandingkan agama mereka dengan Islam, kerana terdapat peruntukan istimewa
kedudukan Islam dalam perlembagaan. Perkara ini telah dipersetujui secara bersama ketika
perlembagaan digubal. Justeru, keistimewaan agama Islam perlu dihormati. sudah pasti
dalam hal ini hak bukan Islam tidak terabai kerana Islam menghormati hak agama-agama
lain.

Begitu juga dengan DEB. Berapa ramai orang bukan Melayu mendapat habuan daripada
kejayaan orang Melayu dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Sila baca buku yang ditulis
oleh Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan Tan joo Lan dalam bukunya The Chinese Malaysian
Contribution. Mereka melihat bagaimana orang Cina mendapat habuan apabila orang
Melayu turut berjaya. jika orang Melayu berjaya melalui DEB, sebahagian besar pengeluar
adalah orang Cina. Ini bermakna, bila orang Melayu berjaya, orang Cina dapat percikan
dan kejayaan sama. Adakah kejayaan Cina disebabkan usaha mereka semata-mata.
jawapannya tidak, banyak faktor yang menyumbang seperti dasar-dasar kerajaan, kejayaan
DEB dan sebagainya. Janganlah anggap apa yang kita ada hari ini semata-mata kerana
usaha kita sendiri tanpa melihat bagaimana kejayaan itu dicapai.
Dengan sebab itu, sebelum kenyataan dihamburkan, mereka mesti mengetahui asal-usul
sejarah Malaysia terlebih dahulu. Bagaimana identiti sesebuah negara tercapai disebabkan
oleh tolak ansur meraikan semua pihak, sedangkan kita tahu Tanah Melayu, boleh terus
kekalkan menjadi nama Tanah Melayu. Begitu juga di Singapura, boleh terus kekal menjadi
salah sebuah negara Melayu di kepulauan Melayu. Kenapakah sebuah negara Melayu
boleh terlepas menjadi negara Cina di kepulauan Melayu? Pernahkah kita terfikir betapa
beruntungnya nasib kita berada di sini?

Masyarakat majmuk bukan berlaku secara semula jadi. semua negara bermula dengan satu
bangsa. Nama bangsa tersebut, biasanya akan menjadi nama sesebuah negara. itu.
Misalnya, Melayu – Tanah Melayu, Cina – China, India – India, Siam –Siam (Thai),
Vietnam – Vietnam, Arab – negara-negara Arab, barat – negara-negara kulit putih dan
sebagainya. Kemajmukan sesebuah negara berlaku disebabkan oleh penghijrahan. Justeru,
kaji sejarah ini. Kenapa ia boleh berlaku sedemikian rupa? Setelah dikaji, bandingkan,
siapakah atau negara manakah yang lebih bernasib baik? Orang Melayu tidak ada lagi
tempat dituju melainkan di negara-negara kepulauan mereka sendiri, sedangkan orang lain
mungkin ada tempat yang hendak dituju.
Bandingkan juga dengan Singapura, sebuah negara Melayu yang jatuh kepada majoriti
orang Cina. Adakah nasib Melayu terbela? Adakah kerajaan Singapura mempercayai
orang Melayu? Berapa ramai orang Melayu dilantik menjadi menteri dan jawatan-jawatan
tinggi dalam tentera, polis, imigresen dan lain-lain? Kerajaan Singapura lebih mempercayai
orang India yang majoritinya lebih kecil daripada Melayu? Orang Melayu merempat di bumi
sendiri. Adakah kita mahu ia berlaku di Malaysia?

Dalam isu Beng Hock, saya sudah terus terang mengatakan bahawa kematian beliau perlu
dibela. Cuma, saya timbulkan janganlah kita mengeluarkan pandangan-pandangan yang
boleh mengguris hati orang lain. Orang Melayu tidak hanya ada dalam PKR dan Pas
sahaja, Melayu juga dalam UMNO, parti-parti lain dan ada yang tidak menyertai manamana
parti politik.

Adakah kerana kita berada dalam Pakatan Rakyat (PR), bermakna kita hanya perlu
menjaga hati bukan Melayu dalam PR sahaja. Bagaimana dengan yang lain? Saya
mengaitkan isu Beng Hock dengan agama, kerana kita adalah masyarakat yang beragama.
Mana ada satupun agama yang membenarkan hubungan seks sebelum berkahwin.
Jika adalah orang Islam yang terlibat dalam seks bebas sebelum berkahwin, itu adalah
salah individu. Jangan pula agama disalahkan. Agama itu terlalu suci. Kalau tidak faham
agama sendiri, belajarlah, jangan jadi jahil. Bila saya bercakap seumpama ini saya dituduh
tali barut UMNO. Apakah UMNO terlalu buruk? Apakah UMNO tidak ada jasa langsung
terhadap orang Cina atau Melayu yang lain? Adakah kejayaan orang Cina ini hari berlaku
dengan secara semula jadi? Apakah UMNO itu terlalu buruk? Memang tidak dinafikan
bahawa UMNO ada kelemahan, kerana UMNO itu ditadbirkan oleh manusia. Jika ada
penyelewengan dan korupsi dalam UMNO, itu adalah segelintir individu, masih ramai orang
UMNO yang baik-baik yang masih boleh dijadikan kawan dan didakwahkan. Adakah kita
terlampau baik sehingga tidak boleh ditegur? Janganlah seperti kacang lupakan kulit.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Mingguan Malaysia, Ahad 2 Ogos 2009

Artikel 4- SIAPA LEBIH RASIS DAN PRASANGKA?

PENGARANG menerima banyak reaksi berhubung artikel oleh Dr. Mohd. Ridhuan Tee
bertajuk Nasib Melayu di bumi Melayu yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia,
minggu lalu (26 Julai 2009). Berikut disiarkan salah satu reaksi yang diterima.
PERTAMA sekali saya ingin mengucapkan tahniah di atas keberanian dan keikhlasan Dr.
Mohd. Ridhuan Tee menulis mengenai artikel Nasib Melayu di Bumi Melayu.
Jarang ada orang yang mempunyai semangat istiqamah dalam perjuangan Islam seperti Dr.
Ridhuan Tee, Saudara Zulkifli Nordin, Tan Sri Harussani Zakaria dan Dr. Maza (sekadar
menyebut beberapa nama sahaja) yang sanggup bercakap benar walaupun tahu akan
dicaci dan dikeji.

Menitis air mata penuh terharu dan meremang bulu roma saya apabila membaca artikel
tersebut, malah saya sangat-sangat berharap agar artikel tersebut dapat membuka mata
dan hati masyarakat umum dan para pemimpin terutama pemimpin Melayu yang masih
buta dan kemaruk kuasa. Yang sanggup melakukan apa saja asalkan dapat memegang
tampuk kuasa walaupun kadangkala terpaksa menjual dan membelakangi akidah, agama
serta bangsa. Mereka sanggup menjual agama untuk keuntungan dunia yang sedikit.
Orang Melayu Islam terlalu banyak berkorban sehingga hampir kehilangan segala-galanya.
Sebenarnya orang Melayu tidak pernah prejudis terhadap bangsa lain walaupun sering
dituduh tidak adil dan rasis.

Kebanyakan orang Melayu mempunyai pegangan kata azimat “nanti apa orang kata”
tertanam kukuh di sanubari mereka. Sebab itulah bila orang Melayu nak melakukan apa
saja pekerjaan, mereka akan pastikan ia tidak akan mengugat kesejahteraan dan keamanan
orang lain.Tapi pernahkah orang bukan Melayu memikirkan begitu kepada orang Melayu. Orang
bukan Melayu hanya akan bersetuju dan menyokong bila sesuatu yang dilakukan
membawa keuntungan kepada mereka tetapi akan mencaci, memberontak apabila sesuatu
tidak menyebelahi atau menggugat budaya, bahasa, pendidikan, politik dan apa saja
mengenai mereka. Kita pernah mendengar dan terbaca berita mengenai orang bukan
Melayu dan pemimpin bukan Melayu menghina Islam, memperlekehkan seruan azan,
mempertikaikan isu murtad dan hak bidang kuasa mahkamah syariah suatu ketika dahulu.
Melayu tidak akan bersatu jika mempunyai sekolah yang pelbagai bahasa pengantarnya.
Walaupun pada masa itu orang Melayu menentang kerana Bahasa Inggeris hendak
dijadikan bahasa pengantar dan orang bukan Melayu menentang kerana sekolah jenis
vernakular akan ditutup tetapi pada hakikatnya laporan pernyataan itu ada asasnya. Jadi
mengapa perlu ada lagi sekolah jenis kebangsaan jika kita ingin bersatu di bawah satu
bumbung?

Kedua, kepada semua parti politik, jadikan pentas pilihan raya umum akan datang pentas
untuk menguji keikhlasan dan sokongan padu rakan sepakatan dengan kita dengan

meletakkan beberapa calon Melayu di kawasan majoriti bukan Melayu. Lihat dan uji
keikhlasan orang bukan Melayu yang selama ini kita canang telah menyokong kita. Adakah
calon Melayu tersebut akan menang seperti kemenangan kebanyakan pemimpin bukan
Melayu dikawasan majoriti orang Melayu?
Sesungguhnya orang Melayu Islam tidak pernah prejudis atau rasis terhadap sesiapapun
kerana bukan sahaja budaya dan adab Melayu yang membentuk peribadi serta perlakuan
orang Melayu sebegitu tetapi kekuatan dan tunjang agama Islam juga yang membentengi
segala tindak tanduk orang Melayu agar tidak melampaui batas terhadap orang lain.
• Al-Bukhary, Changkat Jering, Perak.
Mingguan Malaysia, Ahad 2 Ogos 2009

Artikel 5- BAHAYA MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

Sekali lagi artikel saya dalam Mingguan Malaysia mendapat perhatian yang serius daripada
akhbar-akhbar Cina seperti China Press, Sin Chew, Nanyang Siang Pau dan beberapa
laman web pembangkang. Kali ini mereka mengambil beberapa bahagian tertentu dengan
ada tujuan yang tersembunyi dengan menyiarkannya di muka hadapan sebagai berita
utama (Nanyang Siang Pau). Beberapa isu dimanipulasi untuk menagih simpati. Terima
kasih saya ucapkan. Nasib baik saya tidak melayan panggilan demi panggilan yang ajukan
itu. Jika tidak, saya tidak tahu, apa lagi kenyataan saya yang akan diputarbelitkan.
Mereka turut bertanya, adakah saya dipaksa atau diupah oleh Utusan Melayu atau UMNO
untuk menulis artikel ini. Saya jawab tidak. Saya sudahpun jawab dalam artikel minggu
lepas. Saya tidak pasti mereka faham atau tidak tulisan saya dalam bahasa Melayu. Tulisan
dan idea ini datang dari hati naluri seorang rakyat berbangsa Cina kerdil, yang amat ingin
melihat umat Islam sedar, di manakah kedudukan kita sebenarnya. Malangnya, hanya
kerana artikel saya diterbitkan dalam Mingguan Malaysia, marahnya begitu meluap-luap
sehingga emosi menguasai diri. Saya dituduh tali barut UMNO. Inilah mentaliti kelas ketiga
yang sukar diubah akibat ketaksuban. Komen-komen ini langsung tidak menunjukkan
kematangan dan hanya mempamerkan kebodohan diri sendiri. Inilah golongan tidak
bersyukur dan ultra kiasu yang masih tidak sedar diri.

Mereka bertanya lagi, adakah saya perlu meminta maaf kepada keluarga mendiang, saya
kata tidak perlu, sama sekali tidak. Jika mereka faham betul-betul bahasa Melayu, saya
tidak nampak satu pun para artikel saya berniat jahat kepada keluarga mendiang, kecuali
niat jahat sebenar akhbar Cina, DAP dan laman web tersebut yang sengaja memutarbelitkan
isu ini menjadi perkauman untuk mencari simpati dan publisiti murahan. Siapakah
yang sepatutnya meminta maaf, saya atau akhbar dan laman web rasis ini?
Saya dituduh tidak pandai menulis artikel oleh akhbar Nanyang Siang Pau. Justeru, saya
pohon kepada editor Nanyang Siang Pau, sila beri tunjuk ajar. Saya juga mahu tahu betapa
pandai akhbar-akhbar Cina ini menulis berita dan artikel dalam menjaga kepentingan semua
kaum.

Alhamdulillah, dengan peristiwa dan artikel ini, saya lebih mengenali sifat ultra kiasu bangsa
saya sendiri yang selama ini saya kaji. Saya baru sedar betapa hipokritnya segelintir bangsa
saya. Mereka tidak pernah bersyukur tetapi teramat takut kalah dan mahu sentiasa menang
(kiasu). Fakta dan kebenaran dikelirukan bagi menagih simpati dan agenda politik
tersembunyi. Ini budaya yang telah melingkungi pemikiran mereka walaupun kita sudah merdeka 52
tahun. Pemikiran mereka masih tidak merdeka, masih dikongkong oleh ketaksuban
terhadap bangsa. Mereka menuduh UMNO rasis, mereka apa kurangnya. Mengata dulang
paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Mereka begitu pandai berpolitik. Mengambil kesempatan di atas kelemahan dan perpecahan
Melayu. Jika Melayu Islam bersatu, saya tidak yakin, mereka seberani ini. Keberanian
mereka disebabkan ada segelintir orang Melayu bersama mereka. Ini yang menjadikan
mereka semakin besar kepala seperti kaduk naik junjung.

Saya rela menjadi tidak popular di kalangan masyarakat saya sendiri, tetapi bangunlah
wahai umatku, jangan lagi kita dipermainkan oleh mereka yang licik ini. Lain di luar, lain di
dalam. Saya kena bercakap kerana orang Melayu/Islam tidak berani bercakap kerana takut
kehilangan kuasa politik. Saya rela dikutuk dicerca dan dihina oleh bangsa sendiri, tetapi
saya tidak sanggup melihat Islam merempat di bumi sendiri. Perjuangan kita tidak pernah
selesai selagi hayat dikandung badan.

Kepada para pembaca, nilaikanlah idea yang dilontarkan. Jangan hanya kerana artikel ini
disiarkan dalam Mingguan Malaysia, kita sudah tidak nampak yang benar, yang mana salah.
Saya bukan penulis upahan UMNO atau Mingguan Malaysia. Saya hanya mengatakan yang
benar dan tidak ada niat langsung untuk melukakan mana-mana pihak yang hidup mahupun
yang telah pergi. Saya bertanggungjawab sepenuhnya apa yang ditulis.
Saya cuma mengingatkan kita agar jangan menjadi seperti kaduk naik junjung. Jagalah hati
lain sama terutama hati orang Islam (Melayu) yang banyak bertolak ansur dengan kita.
Mereka juga ramai yang menghadapi masalah yang sama seperti apa yang berlaku. Adakah
kita mahukan kes ini menjadi precedent, yang akan menghalalkan segala perlakuan
sumbang selepas ini?

Sedarkah kita beramai anak luar nikah yang telah lahir daripada hubungan yang tidak sah
ini? Apakah kita mahukan ia menjadi budaya hidup kita. Apakah tujuan perkahwinan
sebenarnya? Apa tujuan ada akta dan undang-undang undang-undang keluarga,
perkahwinan, nikah cerai dan sebagainya diwujudkan? Jika perbuatan sumbang ini hendak
dihalalkan maka tidak perlulah ada semua undang-undang dan akta ini? Apakah ini bukan
rule of law?

Saya dituduh kerana cuba memasuki unsur-unsur agama dalam isu ini. Tidakkah unsurunsur
agama ini menjadi sebahagian daripada rule of law? Mereka mengatakan bahawa
negara ini harus ditadbirkan rule of law. Persoalan saya, adakah undang-undang dan akta
ini bukan rule of law. Apa guna kewujudan Jabatan Pendaftaran Negara jika hidup
berkeluarga tidak perlu disahkan. Sila rujuk undang-undang Jabatan Pendaftaran Negara,
bahagian keluarga, perkahwinan, nikah dan cerai. Sila baca akta nikah dan cerai 1976 dan
akta kelahiran dan kematian 1975.

Untuk mengetahui lebih lanjut isu yang dikatakan sensitif ini dan juga rule of law, sila rujuk
http://www.malaysianbar.org.my/marriage.html. Bagi mendapatkan makna anak sah taraf
dan anak tidak sah taraf, rujuk Undang-undang negara dalam Akta 60, Legitimacy Act 1961,
juga akta Jabatan Pendaftaran Negara, http://www.jpn.gov.my/BI/4_2_kelahiran.php.
Lihat juga, http://www.thefreedictionary.com/illegitimate+child. Baca juga Non-Muslim Family
Law dalam, http://www.reunite.org/edit/files/Islamic%20Resource/Malaysia%20text.pdf.
Manakala dari segi hak-hak penjagaan anak-anak tidak sah taraf ini pula, sila rujuk
http://www.johorebar.org.my/CustodyGuardianship.html.

Adakah ini bukan rule of Law. Saya
hanya memberikan beberapa pandangan agama yang menjadi rule of law, maka saya akan
dituduh kolot dan ekstremis.

Memperjuangkan

Kes yang sama berlaku di Pulau Pinang dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini, apabila
mereka yang memperjuangkan undang-undang syariah di negeri sendiri, dituduh oleh DAP
sebagai pelampau atau ekstremis. Jemaah Islam Malaysia (JIM), sebuah pertubuhan
moderat Islam, dituduhkan oleh ahli Parlimen Jelutung DAP, Jeff Ooi sebagai ekstremis atau
pelampau. Manakala tindakan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang
merampas arak yang dijual di salah sebuah premis perniagaan di Shah Alam, yakni
kawasan majoriti umat Islam, dihalang oleh Ronnie Liu, Exco Kerajaan Tempatan Selangor.
Saya masih ingat amanat Tunku Abdul Rahman mengenai pandangannya terhadap
Bandaraya Shah Alam. Tunku pernah berpesan agar Shah Alam mesti bebas daripada arak
dan kelab malam. Jika orang lain mahu melakukan perbuatan haram ini, mereka boleh pergi
ke Kuala Lumpur, minumlah arak dan kunjungilah kelab malam sehingga tidak sedar diri
kerana mungkin agama mereka membenarkan. Jika ditakdirkan Buddha dan Nabi Isa hidup
hingga ke hari ini, rasa fikir tindakan manusia pelampau DAP sebegini akan dicela dan
dikutuk.

Sejak memenangi banyak kerusi dalam PRU 12, DAP ternyata semakin biadab dan kurang
ajar kerana turut campurtangan dalam hal-ehwal agama Islam yang menjadi agama
persekutuan. Apakah hak parti politik ekstremis ini untuk campur tangan dalam undangundang
syariah negeri dan hal-ehwal Islam? Tidakkah mereka sedar bahawa Malaysia telah
diisytihar sebagai sebuah Negara Islam walaupun ditentang hebat oleh mereka sebelum
ini?

Tindakan DAP ini teramat-amat menghiris perasaan umat Islam. Saya juga mahu melihat
apakah akhbar-akhbar Cina akan memaparkan berita ini di muka hadapan dan mendesak
DAP meminta maaf kepada seluruh umat Islam seperti yang dilakukan terhadap artikel yang
saya tulis? Kalau artikel yang saya ditulis diapi-apikan setiap hari, perkara yang sama
hendaklah dilakukan oleh akhbar ultra kiasu ini, kerana tindakan DAP ini sudah mencabar
kesucian dan kedaulatan kedudukan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan.
Tindakan DAP ini bukan sahaja tidak sensitif, malahan dilihat cuba menghina dan
merendah-rendah martabat agama Islam.

Persoalannya, adakah mereka akan meminta maaf? Apakah Pemuda DAP atau DAPSY
akan mengeluarkan kenyataan yang sama seperti mana mereka memaksa saya meminta
maaf? Ini yang selalu saya katakan, bila saya menulis perkara menyebelahi Islam Melayu,
saya dituduh tidak sensitif dan dipaksa meminta maaf. Adakah DAP begitu sensitif? Inilah
yang saya katakan nasib Melayu di bumi Melayu. Bila isu berkaitan bangsa Cina, akhbarakhbar
Cina mensensasikan isu tersebut, bila berkaitan dengan Islam, senyap sepi dan
dianggap tidak penting.

Justeru, saya minta parti-parti politik Cina dan akhbar-akhbar Cina mesti memaksa Jeff Ooi
dan Ronnie Liu minta maaf secara terbuka kepada umat Islam. Perkara berkaitan dengan
Islam tidak boleh dipermain-mainkan. Apatah lagi jika matlamat hendak menghalalkan cara.
ISA amat relevan untuk orang seperti ini.
DAP cuba menarik perhatian orang Cina untuk menghalalkan arak yang secara terangan
diharamkan oleh Buddha, yang kini telah menjadi budaya hidup mereka, sama seperti
hubungan seks luar nikah. Manakala PAS tetap dengan pendirian mengharamkan arak
sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. PKR belum lagi membuat keputusan kerana
cuba memenangi hati kedua belah pihak untuk mengekalkan kedudukan.
Saya ingin mengingatkan PAS supaya berhati-hati dengan DAP dan parti yang sekutu
dengannya. Parti DAP sudah terkenal dengan sikap ultra kiasu sejak penubuhannya lagi
selepas PAP. Mereka mahu menjadi negara ini negara sekular, tanpa identiti Islam mahupun
Melayu. Sebarang percubaan untuk mengislamkan atau memelayukan identiti negara ini
akan ditentang habis-habis malah Karpal pernah berkata langkah mayat beliau dulu jika PAS
berniat untuk menegakkan Negara Islam.

Saya amat berharap PAS mengkaji balik pakatan mereka dengan puak ekstrem ini. Lebih
baik berkawan dan berdakwah dengan UMNO bagi membincangkan agenda
memperkasakan Islam dan umat Islam. Biarkan DAP berkawan dengan mereka yang ingin
menghalalkan cara. Saya ucapkan tahniah kepada PAS kerana berani bersuara dan
mempertahankan yang hak. Ingatlah, selama-lamanya DAP tidak pernah bersetuju dengan
Islam.

Sekarang terbukti, kerjasama seperti tidur sebantal, mimpi lain-lain. Lebih malang lagi,
mimpi mereka saling bercakaran dan berprasangka. Saya ingin bertanya sekali lagi kepada
DAP dan orang Cina keseluruhannya, agama apa yang menghalalkan arak? Apa yang saya
belajar daripada tidak Islam dahulunya, sampai memeluk agama Islam, tidak ada satu
agamapun yang mengatakan arak itu dibenarkan. Bagaimana matlamat boleh
menghalalkan.

DAP perlu diingatkan bahawa mereka tidak akan menang banyak kerusi dalam PRU 12
baru-baru ini, tanpa sokongan orang Melayu. Justeru, jangan seperti kaduk naik junjung.
Pernahkah sekali kita mendengar DAP meminta maaf apabila mereka menyinggung
perasaan orang lain disebabkan oleh keceluparan dan kebiadaban mereka? Sudah tentu
tidak. Tetapi apabila tiba giliran orang lain seperti saya, maka melalaklah mereka meminta
kita umat Islam meminta maaf. Begitu juga pendirian parti politik Cina yang lain seperti MCA
dan Gerakan.

DAP dan orang Cina perlu ingat, Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Agama
Islam dan Melayu ibarat darah dengan daging. Pendek kata, setiap manusia memerlukan
agama, sebab agama itu datang daripada Tuhan. Suka atau tidak kita dengan agama,
diakhirkan nanti kita tetap kembali kepada agama. Jika tidak, maka tidak perlulah dilakukan
upacara kematian mengikut agama.
Tambahan pula, kematian manusia tidak mengenal usia. Kematian boleh datang secara
tiba-tiba, bila-bila masa, tidak kira tua atau muda. Cuma kita diminta bersedia untuk mati.
Tujuannya, tidak lain agar bila kita pergi nanti, kita telah membuat segala persediaan
secukup, termasuk terhadap mereka yang kita tinggalkan agar tidak menderita. Justeru, kita
perlu melakukan yang terbaik sepanjang waktu dan ketika.
Kita selalu berhujah untuk mempertahankan keburukan yang telah dilakukan. Misalnya, apa
salahnya jika bersekedudukan sebelum nikah, asalkan kita bertanggungjawab selepas itu.
Persoalan saya, bagaimana jika selepas itu, si polan mengambil keputusan tidak mahu
mengambil tanggungjawab tersebut atau meninggal teman wanitanya secara tiba-tiba? Ada
yang hanya sempat berkahwin 10 hari, kemudian bercerai. Siapakah yang akan menjadi
mangsa? Sudah tentu wanita. Justeru, bila ada rule of law, nasib wanita akan sentiasa
terbela.

Saya mempunyai beberapa kenalan Cina dan Melayu yang telah terlanjur melakukan seks
bebas, kemudian ditinggalkan oleh teman lelakinya. Apa akan terjadi dengan anak luar
nikah yang dikandung?
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia.
Mingguan Malaysia, Ahad 9 Ogos 2009

Artikel 6- ANCAMAN AKHBAR PERKAUMAN KEPADA PERPADUAN
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee
POLITIK perkauman di Malaysia, bukan sekadar dapat dilihat dengan kewujudan parti-parti
politik berasaskan kaum, tetapi media massa turut sedemikian sifatnya, terutama media
cetak seperti yang ditunjukkan oleh akhbar dan majalah Cina. Mereka ini seolah-olah tidak
boleh disentuh. Serangan dan kecaman akan dilakukan kepada mereka yang tidak sehaluan
untuk mempertahankan tindakan mereka.

Inilah akibatnya apabila kita tidak menguatkuasakan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Lebih malang lagi, kita tidak mengenakan sebarang syarat agar
makalah perkauman tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kesempatan ini
dipergunakan dengan seluas-luasnya untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka.
Akhirnya, mereka hidup dalam kepompong kiasu dan perkauman yang amat menebal.
Menanamkan kebencian terhadap mereka yang difikirkan sebagai ancaman, seperti nasib
yang menimpa saya.

Berita sebegini biasanya mendapat sambutan dan mudah dipercayai oleh pembaca mereka.
Terbaru akhbar Nanyang Siang Pau memetik beberapa pendapat orang Cina antara lain
mereka menyifatkan saudara Cina Islam cuba mendapat simpati orang Melayu dengan
menonjolkan keislaman mereka.
Saya ingin menegaskan saudara Islam Cina tidak perlu berbuat demikian terhadap orang
Melayu, kerana sifat agama Islam itu sendiri sudah mengajar orang Melayu untuk
menerima sesiapa sahaja yang memeluk Islam, tanpa mengira apa latar belakang
bangsanya.

Orang Melayu yang memahami Islam tidaklah seburuk yang disangka. Toleransi mereka
amat tinggi. Jika mereka boleh menerima orang Cina yang berhijrah ke alam Melayu
sebegitu ramai, sehingga menggugat kedudukan mereka sendiri selaku pribumi, adalah
tidak mustahil untuk mereka menerima saudara baru Cina Muslim seperti kami. Cuma saya
amat hairan, kenapa sehingga ke hari ini, amat sukar untuk orang Cina menerima Cina
Muslim sebagai sebahagian daripada mereka?
Inilah sifat Melayu Islam yang amat saya puji. Mereka tidak seperti sesetengah pihak lain
yang ultra kiasu. Saya tidak memerlukan simpati sesiapa untuk menulis sesuatu yang benar.
Apatah lagi untuk dibayar oleh UMNO seperti yang didakwa oleh akhbar Cina.

Kemuliaan seseorang ditentukan oleh iman dan takwanya, bukan bangsa dan warna kulit.
Inilah kemuliaan agama Islam yang bersifat sejagat dan menentang sebarang tindakan
perkauman. Dengan sebab itu, tidak sukar untuk orang Melayu menerima orang lain,
berbanding dengan mereka yang hanya hidup dalam kepompong kiasu, terutama akhbar
yang suka mengecam dan memburuk-burukkan orang lain.
Jika hujah atau fakta saya salah, mari kita perbetulkan bersama dengan hujah dan fakta
yang ilmiah, bukannya mengecam dan menanamkan rasa kebencian. Tindakan sebegini
adalah amat tidak profesional.

Sebelum saya pergi lebih jauh, izinkan saya menyelusuri sejarah akhbar perkauman ini
serba sedikit. Sebenarnya bilangan akhbar harian Cina lebih banyak daripada akhbar harian
berbahasa Melayu di bumi Melayu. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Bahasa sendiri
selaku bahasa kebangsaan ketinggalan di bumi sendiri. Bahasa orang lain menguasai
bidang persuratkhabaran dan media massa, sehingga bahasa kebangsaan dikesampingkan.
Lebih malang lagi, rata–rata orang Melayu tidak boleh memahami berita dan laporan
akhbar perkauman tersebut. Manakala, akhbar Melayu boleh dikatakan langsung tidak
dibaca oleh bukan Melayu.

Jika ditinjau daripada dahulu, laporan akhbar-akhbar ini tidak pernah berubah. Laporannya
bersifat perkauman dan kiasu. Sentimen ini selalu dimainkan untuk meraihkan sokongan
rakan sebangsa mereka. Dengan cara ini juga, akhbar ini dapat bertahan lama dan meraih
keuntungan. Pemikiran mereka tidak pernah berubah, terutama dalam isu-isu ketidakpuasan
terhadap dasar-dasar kerajaan yang lebih memihak kepada orang Melayu seperti yang
telah termaktub dalam perlembagaan.

Inilah budaya popular yang selalu digunakan untuk menaikkan semangat dan sentimen
orang Cina. Fakta ini pernah diakui oleh Penasihat Parti Gerakan, Lim Keng Yaik yang
mengatakan akhbar di Malaysia hanya memperjuangkan satu-satu bangsa sahaja. Akhbar
Cina dengan sentimen kecinaannya, manakala akhbar Melayu dengan sentimen
kemelayuannya. Stail pemberitaan sebegini kata Keng Yaik amat sukar untuk mewujudkan
bangsa Malaysia.

Persoalan saya, bolehkah diwujudkan bangsa Malaysia, jika akhbar bahasa lain yang lebih
mendominasi akhbar bahasa kebangsaan? Akhbar bahasa Melayu boleh dikatakan
langsung tidak dibeli dan dibaca oleh masyarakat bangsa Cina, kecuali oleh mereka yang
berada di Sin Chew, Nanyang Siang Pau, China Press dan lain-lain akhbar Cina. Tujuannya
tidak lain untuk mencari berita-berita sensasi untuk lebih disensasikan supaya menjadi lebih
kiasu.

Walaupun kadang kala akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia menyampaikan dan menulis
berita-berita berbau perkauman, sekurang-kurangnya mereka berterus-terang. Bahasa
akhbar tersebut dapat difahami oleh semua warga Malaysia, termasuk mereka berada
dalam sektor persuratkhabaran Cina. Persoalannya, bagaimana dengan akhbar bahasa
lain? Apa yang diberitakan, tidak sampai langsung kepada orang Melayu.

Perkauman

Saya yakin, jika orang Melayu faham bahasa Mandarin, mereka akan merasa terkejut
dengan laporan akhbar perkauman ini. Maka sudah sewajarnya akhbar itu diwajibkan untuk
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai sisipan untuk difahami oleh semua kaum
supaya tidak timbul prasangka. Apatah lagi kedudukan bahasa Melayu seperti yang
termaktub dalam perlembagaan perlu dihormati dan dipatuhi.
Menurut A.F. Yasin (1986), sejarah persuratkhabaran bukan Melayu di Tanah Melayu
khususnya akhbar berbahasa Cina, Inggeris dan Tamil, dilihat tidak mencerminkan
semangat nasional, tetapi lebih mementingkan kelompok sendiri.

Sejak dahulu lagi, akhbar-akhbar ini langsung tidak menghiraukan hal-hal berkaitan Tanah
Melayu di negara tempat mereka berlindung, tetapi lebih kepada isu-isu kaumnya sahaja.
Akhbar bukan Melayu lebih cenderung kepada pembacanya, dan prasangka atau
‘penyerangan’ kepada bangsa Melayu, diberatkan lagi dengan adanya kecenderungan
berkiblat kepada negara asalnya. Akhbar Inggeris berkiblat kepada penjajah dan Eropah,
sementara akhbar Cina menjadi medan pertarungan ideologi yang berlaku di Tanah Besar
China.

Ketika itu, banyak tenaga penggerak akhbar Cina ini diimport khas dari Hong Kong dan
China. Kajian beliau juga menunjukkan, dari segi sejarahnya suara Cina sentiasa kontra
dengan suara Melayu. Sejarah awal akhbar Cina bermula pada penghujung abad ke-19
dengan menonjolkan usaha imigran dan pedagang Cina berkaitan berita-berita ekonomi
melibatkan perniagaan dan perdagangan. Bermula dengan akhbar The Chinese Monthly
Magazine yang diterbitkan pada 6 Ogos 1815.
Pada tahun 1881, lahir akhbar harian Cina yang pertama Lat Pau (1881-1932), mengambil
format dan bentuk akhbar Cina di China dan Hong Kong. Lat Pau mempunyai pengaruh
yang kuat ke atas orang Cina kerana liputan beritanya membela kepentingan orang Cina
dan berita-berita negeri China.

Hayat Lat Pau tidak lama kerana mendapat saingan yang kuat dari Nanyang Siang Pau dan
Sin Chew Jit Poh. Antara akhbar lain yang tidak dapat bertahan lama seperti Lat Pau ialah
Thien Nan Shih Pao (1898-1905), Jit Shin Pao (1899-1901) dan Theo Lam Jit Poh (1904-
1905). Akhbar Cina yang kekal sehingga ke hari ini ialah Sin Chew Jit Poh (15 Januari 1929)
dan Nanyang Siang Pau (6 September 1923) dikuasai sepenuhnya oleh ahli perniagaan dan
politik Cina.

Manakala akhbar China Press adalah akhbar perkauman Cina yang telah ilhamkan oleh
H.S. Lee pada tahun 1 Februari 1946. Akhbar ini pernah diharamkan suatu ketika oleh
mahkamah, terutama selepas insiden 13 Mei 1969. Akhbar ini amat berbau perkauman.
Untuk makluman, sebenarnya, akhbar inilah yang paling mendapat sambutan dari kalangan
masyarakat Cina berbanding akhbar lain kerana keberanian melaporkan sesuatu isu
termasuk menyentuh isu-isu sensitif orang Melayu dan Islam. Akhbar ini diterbitkan dua kali
sehari. Saya amat hairan, kenapa China Press tidak menggunakan Cina Press.
Apakah niat mereka menggunakan nama China? Saya fikir China Press sahaja yang boleh
menjawab akan kiblat mereka.

Sehingga kini, isu-isu perjuangan mereka masih sama, tidak banyak berbeza. Misalnya, halhal
pendidikan, ekonomi, ketuanan Melayu (pribumi) antara isu-isu yang terus
diperdebatkan sehingga kepada kemuncaknya pada tahun 1987. Kesimpulan kajian yang
dibuat mereka yang mengkaji sejarah akhbar Cina menunjukkan bahawa akhbar-akhbar
berasaskan etnik ini memang tidak lari daripada sentimen perkauman dan kiasu. Mereka
kerap ‘menyerang’ orang Melayu dan Islam.

Saya masih ingat ketika akhbar Cina melaporkan berita Perhimpunan Agung UMNO ke-57
(13-17 November 2006). Memang tidak dinafikan, isu-isu perkauman terus dimainkan oleh
UMNO. Akhbar-akhbar yang dikuasai oleh orang Cina terus memanipulasikan isu-isu
perkauman yang dibincangkan sehingga menimbulkan ketakutan kepada masyarakat Cina.
Presiden UMNO ketika itu terpaksa campur tangan dengan memberi amaran kepada
beberapa akhbar Cina supaya tidak memainkan sentimen perkauman selepas beberapa
perwakilan UMNO membangkitkan isu-isu sensitif yang meresahkan sesetengah kaum
bukan Melayu.

Menurutnya, UMNO boleh bercakap tentang agenda Melayu, MCA juga boleh bercakap soal
agenda Cina, begitu juga MIC dengan agenda India. Apa yang penting ialah agenda
nasional. Persoalan saya, bagaimana agenda nasional boleh sampai ke akar umbi jika kita
terus berada dalam kelompok perkauman dan kiasu?

Jelas di sini bahawa persepsi masyarakat Cina menjadi semakin serius apabila media
perkauman suka memperbesar-besarkan (mensensasikan) isu-isu popular yang berhubung
kait dengan status agama Islam dan hak istimewa bangsa Melayu yang telah termaktub
dalam perlembagaan. Isu ini dipergunakan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan akibat
dan kesan yang akan berlaku. Sesuatu yang tidak menyebelahi mereka akan diperjuang
habis-habisan. Manakala, isu yang menyebelahi mereka disenyapkan begitu sahaja.
Natijahnya, timbullah pelbagai persepsi yang tidak sihat. Persepsi sebeginilah menjadi
hubungan kaum semakin renggang.
Mingguan Malaysia, Ahad 23 Ogos 2009

Artkel 7- MERDEKAKAN PENDIDIKAN PERKAUMAN
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

Pendidikan adalah merupakan salah satu elemen penting dalam pembentukan sebuah
negara bangsa. Bentuk pendidikan yang lahir akan menentukan sama ada agenda nasional
dapat dicapai atau tidak. Jika sistem pendidikan berbentuk perkauman, maka perkaumanlah
penyudahnya.

Setakat ini, hanya Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia ini yang mempunyai
pendidikan pelbagai mengikut kaum atau vernakular. Inilah yang selalu dicanangkan oleh
golongan tertentu sebagai salah satu kekuatan Malaysia. Ya, dari satu sudut ia memang
satu kekuatan. Tetapi dari sudut yang lain, kita lihat bila ada ura-ura kerajaan untuk
menyeragamkan sistem pendidikan berasaskan konsep 1Malaysia, tanpa menafikan hakhak
kaum lain mendapat pendidikan ibunda mereka, serta-merta golongan ini akan
membuat laporan polis dan menuduh kerajaan yang bukan-bukan.
Saya amat menyanjungi sikap bumiputera Sabah dan Sarawak selaku pribumi, kerana
mereka tidak menuntut sekolah berasaskan kaum. Jika tidak, saya tidak tahu ke manakah
hala tuju pendidikan negara?

Ini tolak ansur yang mesti dihargai. Orang Melayu dan bumiputera tidak ada sekolah
mereka sendiri. Yang ada ialah sekolah kebangsaan untuk semua. Sistem inilah yang
dipraktikkan di seantero dunia. Jika adapun sistem pendidikan perkauman, ia telah lama
dihapuskan. Semua bentuk pendidikan diseragamkan demi mencapai matlamat nasional.
Contohnya, Thailand, Indonesia dan negara-negara maju yang lain.

Kita perlu berfikir jauh ke hadapan walaupun pahit untuk diterima. Setelah 52 tahun
merdeka, sistem pendidikan kita masih belum merdeka dan terbelenggu. Setiap kaum masih
leka dalam kepompong sistem pendidikan masing-masing. Orang Melayu masih percaya
kepada sistem pendidikan kebangsaan untuk semua, tetapi tetap dengan sistem
perkauman, India dengan cara India dan Cina dengan cara Cina. Kehidupan kita
sebenarnya semakin jauh dan terasing.

Sebagai permulaan, biarlah saya mulakan dengan kajian yang telah saya lakukan terhadap
sistem pendidikan Cina khususnya, selaku majoriti kedua terbesar. Secara umumnya, orang
Cina terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan dikenali sebagai Hua Ch’iao (orang
Cina seberang laut) yang masih berwarga negara China. Satu lagi ialah Ma Hua,
menganggap diri mereka sebagai Malayan Chinese, kebanyakan lahir di Tanah Melayu
menganggap Tanah Melayu adalah negara mereka.

Wang Gungwu (1970), membahagikan orang Cina Malaysia kepada tiga kumpulan iaitu A, B
dan C. Kumpulan A boleh dikategorikan dalam kumpulan minoriti berbanding dengan
kumpulan lain. Mereka masih mengekalkan hubungan dengan politik di China, sama ada
secara langsung atau tidak, serta masih mengambil berat akan masa depan negara China.
Kumpulan ini tidak sedominan kumpulan B dan C.

Kumpulan B pula terdiri dari kalangan yang keras kepala. Majoriti bersikap realistik dan yang
secara tidak langsung mengambil berat soal politik perniagaan dan pertubuhan komuniti.
Kebanyakan mereka amat aktif dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pengaruh mereka amat mendalam dalam komuniti masyarakat Cina, malahan kerap
memberikan tekanan kepada kerajaan. Inilah kumpulan ultra kiasu yang selalu saya sebut.
Kumpulan ini berada dalam pertubuhan pendidikan (NGO), politik dan persuratkhabaran.
Kumpulan C pula, mereka menunjukkan minat yang mendalam serta aktif dalam politik
negara. Wang Gungwu yang meletakkan mereka dalam kategori orang yang tidak pasti
tentang identiti mereka sendiri tetapi secara umumnya mempunyai ketaatan kepada negara.
Pendapat Gungwu turut dikongsi oleh Rita Sim dan F.K. Soong, daripada Institute of
Strategic Analysis and Policy Research (INSAP). Menurut mereka, terdapat dua jenis
kumpulan Cina daripada keseluruhan berjumlah 6.5 juta.

Kumpulan pertama, mewakili 85-90 peratus orang Cina, berlatar belakangkan perkauman
Cina, berpegang kepada tiga rukun, menyertai pertubuhan-pertubuhan Cina, bersekolah
Cina dan membaca/mendengar/menonton media Cina. Manakala, selebihnya mewakili
kumpulan kedua 10-15 peratus, adalah English-speaking group atau kumpulan yang
mendapat pendidikan Inggeris, yang tidak mendapat pendidikan Cina. Kebanyakan mereka
ada yang beragama Kristian, Cina Peranakan dan menyertai kelab Lions dan Rotary.
Pengkategorian ini sudah cukup untuk membuktikan kajian Yew Yeok Kim (1973, 1982) dan
Leo Suryadinata (1989) mengenai sikap mereka yang mendapat pendidikan Cina dan
bukan aliran Cina. Pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris (termasuk pendidikan
kebangsaan) kurang identiti kecinaannya, lebih mudah bergaul dengan kaum lain dan
memudahkan proses integrasi nasional. Manakala, mereka yang mendapat pendidikan
sekolah Cina adalah bersikap sebaliknya.

Semua bukti ini jelas menunjukkan kedudukan dan polarisasi masyarakat di negara kita
akibat sistem pendidikan yang wujud sekian lama. Sistem ini yang telah mewarnai
kehidupan kita hari ini. Akibatnya, lahirlah golongan yang meletakkan kepentingan kaum di
hadapan berbanding kepentingan nasional. Bahasa kaum sendiri lebih didaulatkan
berbanding bahasa kebangsaan.

Kita ambil contoh kedudukan bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan. Bahasa Melayu
hanya diajar tiga kali seminggu berbanding dengan bahasa Cina yang diajar setiap hari. Ini
tidak termasuk matapelajaran lain seperti Matematik, Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan
Moral, Sivik dan Kajian Tempatan yang turut diajar dalam bahasa yang sama. Saya ingin
mencadangkan Kementerian Pelajaran menambahkan waktu pembelajaran matapelajaran
bahasa Melayu, sekurang-kurang sama waktunya dengan mata pelajaran bahasa Cina.
Jika tidak, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak ada ertinya.
Saya berkongsi pandangan ini kerana saya mempunyai pengalaman yang agak luas
berinteraksi dengan sekolah Cina. Boleh dikatakan kesemua anak saya mendapat
pendidikan rendah di sekolah Cina. Secara kebetulan, saya juga adalah Yang Dipertua,
Persatuan Ibubapa dan guru (PIBG), di salah sebuah sekolah menengah yang majoriti
pelajar-pelajar Cina yang datang dari sekolah rendah Cina (SJKC). Keadaan ini menjadikan
saya lebih faham mengenai masalah bangsa saya sendiri, terutama dalam soal penguasaan
bahasa Melayu dan pendidikan ibunda.

Melalui pengalaman dan pemerhatian, secara umumnya, tahap penguasaan bahasa
Melayu di kalangan pelajar-pelajar Cina adalah rendah. Dengan sebab itu, kelas peralihan
terpaksa diwujudkan apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Bagi
mereka yang berada di kelas bukan peralihan pun, itu bukan bermakna penguasaan bahasa
Melayunya baik. Bahasa Melayu lebih sekadar hafalan untuk menghadapi peperiksaan
berbanding bagi tujuan interaksi dan pemahaman sebagai bahasa kebangsaan. Inilah
dilema sistem pendidikan kebangsaan hari ini.

Kadangkala saya amat hairan kenapa setiap kali kerajaan cuba untuk menyeragamkan
sistem pendidikan tanpa menafikan hak setiap kaum terhadap pendidikan mereka,
mendapat tentangan yang begitu hebat. Mereka mempunyai prasangka bahawa ia adalah
agenda kerajaan untuk menghapuskan sekolah Cina secara terancang. Inilah bentuk
pemikiran yang telah bertapak setelah 52 tahun kita merdeka.

Kini, kedudukan pendidikan Cina tidak pernah tergugat, malah semakin kuat, termasuk
kedudukan kewangannya. Di SJKC tempat anak saya belajar, penyata kewangan berakhir
setiap tahun melebihi RM1 juta. Ini menunjukkan bahawa sokongan yang ditunjukkan oleh
orang Cina terhadap pendidikan mereka semakin padu dan jitu. Manakala pendidikan
kebangsaan semakin tergugat dan terhakis. Walaupun pelbagai usaha cuba dilakukan oleh
kerajaan untuk mengadakan sistem satu sekolah dengan tidak mengenepikan hak kaum lain
untuk mempelajari bahasa ibunda, namun ia tetap ditolak.
Pada hemat saya, jika inilah bentuk pendidikan yang lahir, kita masih belum merdeka dalam
erti kata yang sebenar. Pemikiran kita masih dibelenggu dengan pemikiran perkauman.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah Kanan, Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia
Mingguan Malaysia, 30 Ogos 2009

Artikel 8- ISU TIMBUL KERANA KEJAHILAN BERAGAMA
Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee
KOLUMNIS laman web Centre for Policy Initiatives (CPI), Helen Ang mengkritik dengan
hebat beberapa siri artikel yang saya tulis dalam Mingguan Malaysia.

Artikel beliau bertajuk Ridhuan Tee‘s reverse take on racism, telah diposkan kepada
beberapa laman web pembangkang dan membuka peluang kepada para pembaca laman
web tersebut menyerang, mengecam dan menghentam peribadi saya sekali lagi, tanpa fakta
ilmiah untuk berhujah sebagaimana artikel yang ditulis beliau.

Saya sepatutnya tidak mahu melayan mereka yang menulis tanpa membuat kajian dan
penyelidikan terperinci seperti mana yang saya lakukan. Ternyata beliau tidak faham apa
yang saya tulis. Mungkin disebabkan oleh tahap penguasaan bahasa Melayunya yang agak
rendah setelah sekian lama tinggal di negara ini. Sebahagian kecil petikan artikel saya
dimanipulasikan seperti yang dilakukan oleh akhbar Cina.

Petikan yang saya ambil daripada kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman mengenai
perlunya bandar raya Shah Alam bebas daripada arak dan kelab malam telah disalah
tafsirkan. Helen Ang mengatakan bahawa ia adalah tulisan saya. Saya sungguh kasihan
cara beliau berusaha untuk memahami artikel saya dalam bahasa Melayu mudah. Mujurlah
saya tidak gunakan bahasa yang bombastik, jika tidak saya tidak tahu apa yang Helen Ang
akan tulis.

Beliau juga menuduh saya ‘masuk Melayu’ dan bukan ‘masuk Islam’ agar diterima oleh
orang Melayu, dan seterusnya menjadikan saya lebih berjaya. Bagaimanakah saya boleh
‘masuk Melayu’ sedangkan saya seorang Cina. Saya memeluk agama Islam, bukan ‘masuk
Melayu’. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya memeluk Islam kerana kemuliaan
dan kesucian Islam. Saya tidak pernah mengharap sebarang bantuan setelah memeluk
Islam, kerana agama Islam mengajar saya prinsip berdikari. Bangsa seseorang tidak boleh
ditukar walaupun ia telah memeluk Islam kerana bangsa itu adalah kejadian Allah SWT.
Manakala agama, kita boleh pilih untuk dijadikan pegangan hidup seperti yang saya
lakukan.

Dalam membahaskan fakta yang saya kemukakan, Helen Ang membandingkan antara Cina
Thailand dengan Cina Malaysia. Helen Ang memujikan rakyat Thai kerana dapat menerima
Perdana Menteri Thailand kini, Abhisit Vejjajiva berketurunan Cina. Begitu dengan Perdana
Menteri sebelum itu seperti Chuan Leekpai dan Thaksin Shinawatra. Helen mempertikaikan
kenapa orang Cina tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak (DAP). Jawapannya mudah,
kerana orang Cina di Thailand sudah tidak serupa Cina. Mereka boleh dikatakan lebih Siam
daripada Siam. Persoalannya, adakah itu berlaku di Malaysia?

Ternyata dalam banyak perkara yang diulas, beliau tidak dapat memahami sejarah Tanah
Melayu dan sejarah pembentukan Malaysia. Lebih malang lagi beliau tidak dapat
memahami roh bagaimana Perlembagaan Persekutuan digubal hasil persetujuan semua
kaum, melalui pakatan murni atau lebih dikenali dengan kontrak sosial. Begitu juga
Perlembagaan setiap negeri, ada sejarahnya tersendiri. Saya harap kejahilan ini tidak
berlaku kepada orang lain agar tidak buta sejarah.
Helen Ang juga perlu mengkaji 7 wasiat Raja-raja Melayu seperti yang disebut oleh Raja
Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, yang telah membentuk Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957. Helen Ang perlu memahami makna yang tersurat dan tersirat dalam
Perlembagaan Persekutuan tersebut. Jangan asyik mempertahankan dan membaca
akhbar-akhbar Cina.

Kenapa beliau mempertikaikan kedudukan Menteri Besar Perak yang tidak dilantik dari
kalangan DAP? Cuba Helen Ang bandingkan, kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang mesti
diserahkan kepada Cina? Tidakkah kerusi UMNO lebih banyak daripada kerusi parti-parti
politik lain dalam pilihan raya 2004 dan sebelum itu? Kenapa kita tidak menghargai tolak
ansur dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh orang Melayu? Sesuatu yang
menguntungkan disenyapkan, yang tidak menguntungkan digembar-gemburkan untuk
menagih simpati.

Helen Ang juga mempertikaikan fakta yang saya tulis akan bilangan rumah ibadat bukan
Islam seperti kuil Hindu, tokong Cina dan gereja Kristian melebihi bilangan surau dan
masjid. Di sini saya pamerkan statistik tersebut untuk pengetahuan beliau akan nasib
Melayu di bumi Melayu.

Contohnya di Selangor mempunyai penduduk berjumlah 4.8 juta. Daripada jumlah itu orang
Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau. orang Cina Buddha
berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong, orang India berjumlah 647,000 dengan 810 kuil
berdaftar (bilangan ini belum dicampurkan dengan tokong dan kuil yang tidak berdaftar).
Manakala, bilangan gereja Kristian biarlah Helen Ang yang cari untuk menampung jumlah
50,000 penganut Kristian.

Statistik

Berdasarkan kepada statistik ini, jelas kepada kita, setelah dicampur semua rumah ibadat
bukan Islam, kedudukan masjid surau sebenarnya jauh ketinggalan. Ini baru perbandingan
satu negeri, bayangkan negeri-negeri lain. Adakah nisbah antara bilangan penduduk dengan
bilangan rumah ibadat itu adil? Begitu besar bezanya. Sila rujuk Wikipedia, walaupun ia
bukanlah sumber yang outentik dalam akademik. Tetapi saya yakin statistik ini tidak jauh
bezanya.

Jangan kita bercakap kosong tanpa melakukan penyelidikan. Helen Ang mungkin terkejut
bila saya paparkan statistik seluruh negara. Kenapa dalam sebuah negara majoriti Melayu
boleh berlaku demikian? Inilah tolak ansur orang Melayu. Hormatilah tolak ansur ini.
Jangan terlalu kiasu.

Pada hemat saya, semua perkara ini berlaku disebabkan oleh kejahilan hidup beragama.
Apakah isu sebenarnya timbul apabila kita mahu mempertahankan hubungan yang dilarang
oleh semua agama, seperti amalan berzina sehingga melahirkan anak luar nikah? Beritahu
saya ajaran agama mana yang membenarkan hubungan haram ini?
Bayangkan jika yang perempuan yang dizinai adalah ibu, isteri, adik-beradik perempuan kita
sehingga melahirkan anak luar nikah. Apakah kita boleh menerima semua ini sebagai isu
moral yang boleh dipertahankan? Kena pada orang lain, tak apa. Bila kena pada diri sendiri
baru tahu langit ini tinggi atau rendah?

Justeru, saya amat bersimpati dan amat menghormati tindakan dengan Presiden MCA,
Datuk Seri Ong Tee Keat dan badan disiplin MCA yang telah mengambil tindakan yang tepat
untuk menggugurkan timbalannya disebabkan salah laku moralnya.
Saya amat yakin keputusan yang diambil, bukanlah suatu perkara yang mudah untuk beliau
melakukan tindakan sedemikian. Keputusan yang diambil adalah demi menyelamatkan
maruah parti biarpun beliau akan menjadi tidak popular.

Tindakan MCA itu dikira tepat jika ditinjau dari segi undang-undang moral dan ajaran agama.
Saya selaku orang Cina menyokong sepenuhnya tindakan tersebut. Inilah nilai-nilai moral
yang perlu ada pada setiap pemimpin dan juga rakyat yang dipimpin. Jika pemimpin tidak
menunjukkan teladan, siapa lagi? Adakah kita mahu menunggu rakyat menunjukkan
teladan? Tidakkah kepimpinan itu melalui teladan?

Seperti yang selalu saya sebut, tidak ada satupun agama atau ajaran di dunia yang
menghalalkan perlakuan tidak bermoral seperti berzina atau hubungan seks luar nikah.
Apatah lagi sehingga mengandungkan anak luar nikah. Semua perbuatan terkutuk adalah
berdosa besar.

Masyarakat kita tidak kira apa juga bangsa dan agamanya, perlu dididik dengan nilai moral
tinggi. Agama hendaklah dijadikan panduan hidup. Baru dunia akan aman. Kerana semua
agama menyerukan kepada kebaikan. Yang baik tetap baik, yang salah tetap salah. Kita
tidak boleh menghalalkan yang haram untuk mencapai matlamat.
Buddha begitu keras sekali mengharamkan zina seperti yang tersebut dalam lima
larangannya iaitu jangan membunuh, jangan berzina, jangan berbohong, jangan mencuri
dan minum arak. Sila rujuk Sutta Nipata 815, Dhammapada 309-10, Sutta Nipata 123.
Begitu juga larangan dalam agama Kristian, Hindu dan Sikh. Apa tujuan nasihat agama ini?
Semuanya mahu memastikan kita menjadi manusia yang mempunyai moral yang tinggi,
bermaruah dan sebagainya. Jika Helen Ang beragama Kristian, sila buka Bible, 1
Corinthians 6:18-20 & 1 Corinthians 7:1-2. Adakah Kristian menghalalkan zina? Sudah tentu
tidak.

Kalau Helen Ang melihat adat tradisi masyarakat Cina zaman dahulu, hukuman ke atas
mereka yang berzina ini amat berat. Penzina-penzina ini akan dimasukkan ke dalam bekas
atau raga babi dan dicampakkan ke dalam sungai.
Begitu juga saya ingin menyarankan Helen Ang supaya meluangkan masa meneliti ajaran
agama lain seperti agama Hindu dan Sikh mengenai penzinaan. Baca kitab Hindu,
Bhagavad Gita1.40-42, zina diharamkan dalam agama Hindu. Perlakuan berzina dianggap
sebagai penghinaan kepada undang-undang agama Hindu (Laws of Manu, 9.95, 101).
Untuk keterangan lanjut baca New World Encyclopedia. Dalam ajaran Sikh, salah satu
daripada lima dosa besar adalah berzina. Sila baca Adi Granth, Dhanasari. Justeru, atas
landasan apa kita mahu menghalalkan zina?

Lihat juga pandangan ajaran Konfucianisme, Taoisme, Jainisme, Zoroastrianisme,
Shintoisme, Judaisme dan Bahai dalam artikel bertajuk A Comparison of Morality from the
religions from Around the World, http://usminc.org/other.html. Larangan berzina amat keras
sekali. Sebenarnya isu-isu moral ini dibahaskan dengan panjang lebar oleh semua agama, apatah
lagi agama Islam. Saya tidak perlu sebutkan pandangan agama Islam, sebab sudah terang
lagi bersuluh kemuliaan Islam dalam menjaga umatnya. Justeru, jika berlaku juga kepada
umat Islam, itu salah orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu, bukan agama Islam
yang suci murni.

Justeru, dalam menilai antara yang benar dan yang batil, agama perlu dijadikan panduan
dan sejarah sebagai pedoman. Percubaan untuk memadamkan fakta agama dan sejarah
hanya akan mengundang kerosakan di muka bumi. Saya yakin fakta yang saya kemukakan
sengaja diselewengkan disebabkan oleh sikap kiasu.
Mingguan Malaysia, 6 September 2009

Satu Respons to “Petikan 8 Artikel Oleh Dr Riduan Tee Abdullah”

  1. dolah said

    ” Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin ” pada semua pembaca, saya sungguh2 minat membaca artikal dari Dr. Riduaan Tee, saya tak sangka jeff Ooi & Ronnie liu begitu biadap pada orang melayu berugama islam dan saya tak sangka pula mereka boleh berlindung ditanah melayu yang majoriti nya berugama islam, kalau mereka ni rasa tak selesa dan tak dapat untung jika bertolak ansur dengan bangsa melayu, mereka harus faham bangsa melayu tak pernah menjemput untuk menjadi hero di tanah melayu. Belajarlah menghormati dan berterimakasihlah pada orang lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: