Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

HAPUS ISA DEMI SIAPA ?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 15 September 2009

OLEH:- Anak Kecil Dari Gunung

Kita tak taulah apa muslihatnya orang buat demonstrasi nak hapuskan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kalau betul tak suka, buatlah perubahan tu cara yang betul. Betul demonstrasi jalanan bukan caranya nak selesaikan masalah. Nampaknya ada budaya baru masa ni. Kita orang yang suka aman. Tak suka kecoh dan rebut. Kita nak cari makan. Nak besarkan anak-anak. Nak tanggung keluarga. Kita tak nampak sebab mengapa kita perlu berdemonstrasi sampai susahkan orang ramai. Tak ada faedahnya cara tu. Lagipun bukan budaya kita.

Kita rasa pelik juga yang lantang tentang ISA tu bangsa lain. Tapi yang berarak tu orang Melayu. Apa jadinya? Adakah mereka didalangi orang lain? Ada tauke besar yang buat anak-anak kita berarak dijalan sedangkan mereka senang-senang hati tengok dari jauh? Anak-anak Melayu jangan lupa tujuan ISA sebenarnya. Kalau tak ada ISA dulu, entah apa jadi negara kita. Kita negara pelbagai kaum. Banyak isu sensitif. Banyak perkara yang tak boleh di sentuh demi hormat kaum lain dan nak jaga keharmonian sesama rakyat negara ni. Tapi nampaknya semua tu dilupakan.

Orang Melayu dah lupa macam mana orang Melayu dipanggil Monyet dan disuruh balik hutan bila ada parti menang besar di Kuala Lumpur. Orang Melayu Marah. Itu yang sebabkan 13 mei 1969. Tapi kejadian itu tak berulang sebab ada ISA. Siapa pun yang boleh sebabkan rosak harmoni antara kaum-kaum di negara ini di tahan di bawah ISA.Dulu Amerika Syarikat (AS) dan banyak negara maju yang lain kecam ISA. Tapi apabila berlaku Peristiwa September 11, baru mereka tahu perlunya undang-undang macam tu. Meraka buat undang-undang macam tu juga. Baru mereka bertemu buku dengan ruas. Baru mereka sedar bahawa undang-undang macam ISA perlu bagi jaga Keamanan dan Pastikan Keselamatan negara meraka.

Kita tau adakalanya ISA disalahgunakan . Memang ISA warisan lapuk dari Zaman Penjajahan. Tapi kita perlukan ISA, demi Menjaga Keamanan negara yang berbilang kaum. Kita tak mahu ada orang yang salah gunakan kebebasan bersuara untuk memporak-perandakan negara kita. Kita tak mahu kerana nak lindungi Kepentingan Kumpulan kecil, orang lain yang jadi mangsanya.

Bagi kita,Kestabilan negara tak ada galang gantinya. Kita rasa kita kena sedar apa sebenarnya tujuan ISA. Janganlah kita bakar kelambu kerana marah akan nyamuk. Nanti rumah kita yang terbakar. Tiada Siapa yang akan peduli kalau rumah kita terbakar. Ingatlah pesanan orang tua-tua, jangan sampai terhantuk baru terngadah.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: