Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

ISLAM dibenci..?

Posted by puteraadnan di Isnin, 14 September 2009

Oleh: Putera_Adnan

Membenci terhadap umat Islam bererti kita benci kepada Islam itu sendiri. Bila benci Islam, kitaakan menolak semua perkara yang terdapat dalam ajaran Islam, pemimpin Islam dan hukum-hukum Islam.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Surah Al-Baqarah, ayat 214

Kenapa Islam dibenci? Bila Islam dibenci, umat Islam akan menjadi mangsa. Mereka kebanyakan daripada orang Asia Tengah, sebilangan kecil dari Asia termasuklah Malaysia dan Indonesia. Di Britain kebencian terhadap Islam semakin menjadi-jadi. Mereka melihat Islam mengancam kehidupan mereka.

Kenapa ini berlaku?

1. Sejarah Barat dan pemikir dari Barat sendiri melabelkan Islam lahir sebagai agama keganasan. Mereka membuktikan kejadian penaklukan yang dilakukan oleh pemimpin dan khalifah Islam sebagai cara menyebarkan Islam melalui ‘mata pedang’. Kata Dr. Chandra Muzaffar, di dalam Islam, 5 peratus sejarah Islam dan ajaran sebenar Islam menceritakan mengenai peperangan. Kita ghairah melihat Islam itu sebagai agama berperang. Kita lebih gemar bercakap mengenai jihad dan membunuh orang bukan Islam. Sebaliknya 95 peratus ajaran Islam berkaitan dengan perkahwinan, seks, perundangan, politik, kehidupan, kebudayaan, sains, kehidupan selepas kematian dan sebagainya. Sama juga dengan apa yang berlaku di Malaysia. Apa itu Islam?

Kalau kita lihat PAS sebagai Islam addin, maka kita akan kata- itulah Islam yang sebenar. Pokok asasnya Islam PAS ialah membunuh dan berjihad untuk melawan musuh Islam sendiri. Tidak sanggup mempertahankan Islam atas faktor kemaruk kuasa. Banyak lagilah yang tidak perlu kita ceritakan. Jadi, Islam PAS bukan bermatlamat memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang dan menjadikan Islam sebagai agama mulia.

2. Negara Islam kebanyakannya kaya dengan hasil minyak dan pelbagai galian lain tetapi tidak membantu dan hidup dalam kemiskinan. Mereka melihat Islam sebagai ‘ajaran miskin’ sedangkan Islam mengandungi PERJUANGAN, PENGHIJRAHAN DAN KEJUJURAN dalam semua aspek terutamanya dalam bidang ekonomi.

3. Negara Islam huru-hara dan suka membuat kacau. Kalau melihat Islam di Somalia, mereka akan kata Islam adalah Lanun. Suka mengganggu urusan ekonomi orang bukan Islam. Mereka juga membunuh rakya sendiri dan yang membela Islam di Somalia ialah negara bukan Islam.

4. Sistem Islam yang diamalkan tidak betul. Ada negara yang menjadikan wanita sebagai seks, mendera wanita dan kanak-kanak, kahwin ramai sedangkan tidak ada nafkah diberikan, mengabaikan anak-anak dan lain-lain lagi. Umat Islam juara dalam perkara ini.

5. Islam bukan pelopor sains dan teknologi. Kejayaan Islam dalam semua aspek pada satu ketika dahulu dijadikan sejarah untuk dibanggakan sahaja.

6. Pembunuhan, kemusnahan, peperangan dan kerosakan akibat tangan manusia banyak dilihat di negara Islam seolah-olah negara bukan Islam hidup dengan aman dan damai.

7. Islam bukan lagi pemimpin sebaliknya pengikut. Bermula dari fesyen, budaya hiburan dan amalan pemakanan, semuanya datang dari negara bukan Islam dan negara Islam hanya mengikut sahaja sedangkan Islam dijadikan kalam Allah perlu diutamakan. Islam kelihatan jumud dan mementingkan puak-puas sedangkan itu tidak benar.

Bila bercakap mengenai Islam, kita melihat hanya hudud sahaja perlu menjadi hukum Islam. Bila bercakap mengenai fesyen, hanya bertudung labuh sahaja diiktiraf Islam sedangkan pelbagai fesyen menutup aurat boleh diketengahkan. Bila bercakap budaya makanan, hanya buah kurma sahaja sunnah Baginda sedangkan kita boleh jadikan kurma sebagai jus, perubatan, penawar dan sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi stereotaip yang mengenai keburukan dilabelkan pada Islam. Yang memburukkan Islam ialah kita sendiri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: