Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PEMBINAAN KUIL HINDU SEKSYEN 13 MEMBELAKANGKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 9 September 2009

Oleh: Kawan Lama

“Islam adalah agama Persekutuan. Agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana mana bahagian Persekutuan.” – Perlembagaan Persekutuan

Apa nak kata kecoh pasal pembinaan kuil Hindu kat Seksyen 23 Shah Alam. Semua pun tau, kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor dan di negeri-negeri lain yang mereka terajui memang kecoh. Tapi saya bukan mau cerita pasal kecoh, tapi nak coret sikit pasal Pakatan Pembangkang yang kerap mementingkan diri mereka daripada rakyat di bawah kepimpinan mereka. Hal ini dapat dilihat jelas dalam peristiwa kekecohan yang timbul atas isu pembinaan kuil Hindu.

Kaum India di Malaysia ni tak le ramai cuma 2 % lebih je. Kecoh pasal kuil ni lama dah. Bukan pasal seksyen 23 Shah Alam baru nak ribut. Dulu kecoh kat Sentul, lepas tu kat Selayang, lepas tu kat Ijok dan banyak lagi. Ada yang kecoh pasal tak dapat bina. Ada yang kecoh pasal kena roboh. Ada yang kecoh pasal mereka yang layak jadi sami besar kuil. Ada yang bergaduh sesama sendiri kerana mereka adalah yang berhak untuk bina kuil kerana dapat alamat melalui mimpi disuruh bina kuil di situ.

Heran juga saya, penganut agama Hindu dah tak ramai, awat nak banyak sangat kuil ni. Sebelum ni mereka tidak menghargai apa yang kerajaan BN dah bagi kat depa. Mula berpaling tadah dan tidak memberikan undi kepada BN. Kononnya kalau pangkah pembangkang mereka akan dapat apa sahaja yang mereka minta termasuklah kuil-kuil baru mengantikan yang dirobohkan dan sebuah kuil bertaraf macam masjid negeri. Itu le janji DS Anawar Ibrahim, dan rakan sekutu dalam Pakatan Pembangkang termasuk PAS pada kaum India di Selangor masa kempen PRU 12 dulu.

Dalam masa yang sama, mereka juga dah dibawa berarak kat Putrajaya dan Keduataan Bristish di Kuala Lumpur oleh pertubuhan haram HINDRAF konon. nak minta tuntutan dari Inggeris untuk bayar setiap warga India dan keluarga mereka di Malaysia 1 Juta Pound kerana Inggeris bawak mereka kat sini sebagai buruh imigran dan kini biarkan mereka.  Kesian juga saya kat rakan dan taulan India yang saya kenal yang dah mula kemaruk nak jadi kaya kerana Pakatan Pembangkang nak bagi tanah, duit dan macam-macam lagi. Maka depa pun pilihlah pakatan pembangkang untuk jadi kerajaan di Selangor.

Lat beberapa hari Pakatan Pembangkang menang je, masyarakat India Shah Alam buat pertemuan dengan DS Anwar Ibrahim, TS Khalid Ibrahim, Khalid Samad & Yaakob Sapari. Mereka tuntut janji Pakatan Pemangkang untuk bina kuil bertaraf masjid negeri dan sebuah kuil baru untuk gantikan kuil yang telah dirobohkan sebelum itu. DSAI dan TS Khalid cabut lari tinggalkan Khalid Samad & Yaakop Sapari. Satu dari PAS dan satu dari PKR. Dua-dua berimej Islam. Tapi kedua-dua ni tak tau nak jawab apa. Khalid & Yakop main angguk-angguk je kononnya mereka prihatin terhadap kaum India. Sebagai tanda bersetuju mereka berjanji akan memastikan permintaan kaum India untuk membina kuil-kuil tersebut dilaksanakan seberapa segera. Maka seronoklah kaum India tersebut. Manakala Khalid Samad & Yaakop Sapari menggaru-garu kepala macam mana nak buat ni.

Bila sentuh tentang Khalid Samad, tak dapat tidak kalau kat Selangor ni tak sebut nama tokoh PAS yang cakap tak serupa bikin. Beliau yang dimaksudkan adalah Hasan Ali. Seorang tokoh yang sampai hari ni tak dapat selesaikan isu arak kat Selangor walaupun sekarang ni beliau dah pegang jawatan exco ( agama Islam) Selangor. Beliau tak perasan atau buat-buat tak tau je pasal seksyen 23 ni. Takkan le dia tak tau berapa jumlah penduduk di Seksyen 23 Shah Alam. Orang Melayu/Islam ada lebih kurang 400 lebih manakala kaum India termasuk mereka yang menganuti bermacam-macam agama selain Hindu hanya 40 lebih. Ada ke wajar buat kuil kat situ.

Dalam mesyuarat Exco atau dalam Sidang DUN depa tak menolak usul atau cadangan ni. Takkan TS Khalid Ibrahim, Hasan Ali, Khalid Samad, Yaakop Sapari, Rodziah Ismail yang beragama Islam dan mengaku diri mereka melayu tak sedar akan perkara ni. Atau mereka terpaksa tunduk pada DSAI yang kini terkenal sebagai lambang Pengkhianat Agama & Bangsa. DSAI sanggup gadai apa sahaja walaupun agama & bangsa demi hasrat beliau untuk jadi PM tercapai. Lepas beliau dah jadi PM, siapa pulak nak ganti beliau? Bagi DSAI selepas tu beliau tak ambil pusing.  Apa nak jadi pada orang melayu dan Islam beliau tak mau tau. “…Aku dah selamat, lantak korang le lepas ni….”, ujar DSAI kelak kot.

Untuk makluman pembaca, kekecohan timbul apabila salah seorang daripada wakil penduduk (kaum India) bangun dan menyatakan “Kita orang kaum India tak kisahpun azan 5 kali sehari tapi takkan kau orang tak boleh dengar loceng dari kuil kami pulak?” Tu yang menyebabkan ramai di kalangan orang melayu yang hadir bengang dah mula menunjukkan rasa kurang senang dengan sindiran tersebut.

Keadaan jadi lebih haru apabila TS Khalid gagal menjalankan rundingan tersebut dengan berhemah. Beliau dilihat lemah dan tidak mempunyai kredibiliti untuk memimpin Selangor dan membawa ke arah yang lebih cemerlang. TS Khalid terus menamatkan sesi tersebut. Sejurus selepas itu, beliau mengadakan sidang akhbar dan menyatakan bahawa projek tersebut dibekukan dan Khalid Samad yang kurang senang dengan MB beliau menyatkan bahawa isu tersebut akan menyebabkan kekalahan Pakatan Pembangkang pada PRU 13 kelak. Tup-tup hari semalam (8/09/09), dah kata pulak projek kuil akan diteruskan jugak tapi tempat jauh sikit je dari kawasan asal (100m). Bukankah telah disiapkan infrastruktur bagi pembinaan kuil di seksyen 19 oleh kepimpinan BN terdahulu tapi mereka buat-buat tak tau sahaja. Projek Baru, duit baru, ada ana untung sikit lah.. …opsss….. maaf le.

Rakyat Selangor dah buat pilihan pada PRU 12 lalu untuk memilih kerajaan Pakatan Pembangkang. Sekarang sebagai kerajaan, mereka boleh buat apa sahaja. Kalau masa kempen dulu dan dalam kempen-kempen PRK, mereka menghamburkan janji manis dan semuanya untuk rakyat. Tapi hari ini Peristiwa Kecoh Pasal Pembinaan Kuil di seksyen 23, Shah Alam Selangor menjadi bukti bahawa rakyat tidak pernah ada dalam agenda mereka. Mereka lebih pentingkan untuk mendapat kuasa dan memberikan kelabaan kepada diri mereka dan sekelompok kecil. Mereka tidak mengendahkan Perlembagaan Persekutuan. Tidak pernah mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan, Tidak Menghormati Raja dan Sultan Melayu dan Tidak pernah menerima orang Melayu apatah lagi Hak Keistimewaan Orang Melayu.

Mengenai isu kepala lembu, telah dinyatakan bahawa ianya ditujukan kepada TS Khalid dan sekutunya yang diibaratkan macam lembu yang telah dicucuk hidung. Langsung tak ada ikhtiar untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan cara berhemah. Beliau tunduk kepada desakan exco bukan melayu yang diterajui oleh DAP dan PKR.

Seperkara lagi yang mengherankan, Pakatan Pembangkang suruh kerajaan & polis ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam tunjuk perasaan di Sekyen 23 ni menggunakan ISA. La, isu kepala babi kat KL dan Melaka serta beberapa tempat lagi tu macam mana pulak? Pelik juga, baru-bru ni Pakatan Pembangkang berarak kat KL suruh mansuhkan ISA dan kini suruh pulak pakai ISA. Apa nak diherankan, kalau kena kat mereka salah kalau kat orang lain tak pe. Kalau mahkamah bagi kemenangan pada mereka, mahkamah tu adil. Kalau tidak, ada unsur campurtangan.

Teringat kata-kata bekas YM Hakim Mahkamah Rayuan kat satu seminar, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Isalam adalah agama Persekutuan dan agama kaum-kaum lain tu boleh diamalkan dengan aman dan damai.  Kalau dah tak dapat diamalkan dengan aman dan damai, maka dah langgar Perlembagaan Persekutuan le tu.  Sendiri mau pikir le bro….khususnya orang yang sokong kuat kat PAS.  Bila kul kena roboh, berarak bersama kaum India. Bila bina kuil kat kawasan orang Melayu, tak bersama masyarakat Melayu/Islam.  Dah sah le kerajaan Pakatan Pembangkang kat Selangor utamakan kaum Cina dulu baru India. Orang Melayu biar mati. Mereka pemalas dan suka dengar gossip dan sebar fitnah.

Advertisements

3 Respons to “PEMBINAAN KUIL HINDU SEKSYEN 13 MEMBELAKANGKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN”

  1. alkahfi said

    orang cina..orang india berpolitik mereka dapat lebih kuasa..tapi orang melayu berpolitik hilang kuasa…
    Pakatan Rakyat di bawah Anwar dengan pengikut fanatiknya tu….saya nasihat kan sudah sudah lah..kalau kemaruk sangat nak memerintah tunggu 2013..PRU…
    Untuk UMNO pulak banyak kan muhasabah diri….
    Ramai orang melayu di luar sana dah meluat..dah menyampah kat orang UMNO….bukan mereka menyampah dengan UMNO..tetapi menyampah dengan kebanyakan ahli UMNO…
    Melayu dan UMNO memerlukan ahli yang betul betul jujur untuk memperjuangkan agenda melayu..betul betul pejuang..tetapi apa yang UMNO ada hari ini hanya di penuhi dengan para opportunist yang mengaku mereka sebagai pejuang…hanya penuh dengan rethorik saja….mereka tidak iklas di dalam perjuangan mereka…mereka bersekongkol dengan taukeh taukeh cina untuk menipu orang melayu….mereka menindas bangsa mereka sendiri..mereka kejam ke atas bangsa mereka sendiri..demi kepentigan diri sendiri….cakap mereka saja yang betul..pandai memutar belit fakta mengikut kehendak mereka …bersultan di mata..beraja di hati….
    Betul kata Tun Mahathir, UMNO perlu di bersih kan…..
    Tapi ia nya pasti mencetus kan kontroversi…UMNO perlukan pemimpin yang berani seperti Tun Mahathir untuk tugas getir seperti ini.
    Pemimpin yang pondan…yang sentiasa mahu popular ie.Pak Lah.. sudah tentu tidak mampu berbuat apa apa untuk memperbaiki UMNO..Najib harus berani untuk buat perubahan di dalam UMNO..pastikan ahli UMNO mesra rakyat…melayu perlukan UMNO yang betul betul ikhlas dan jujur..betul betul jujur untuk bantu melayu….pulih kan imej UMNO…imej UMNO telah rosak teruk…nama UMNO telah busuk..UMNO di lihat sebagai pengkhianat kepada orang melayu…jika najib gagal pulih kan nama UMNO….UMNO sudah pasti berkubur…

  2. hadi awanb bin aziz said

    Should the temple moved out from Section 23? A Muslim perspective
    By Dr. Rafick – Monday, 07 September 2009 10:17

    1. Someone commented in my blog that may be it is best the temple be moved out from Section 23 to avoid bigger tragedy in the near future. As a Muslim, I say that is probably the worst thing anyone can do under the current circumstances. Running away is never a solution and in this case it can be a precedent to bigger things.

    2. Over the last 52 years since Merdeka, we have been living in under the false pretences that everything is fine with multi ethnic Malaysia and it seems that over the last 52 years things were made to look fine because we were asked to tolerate our neighbors and not accept them as what they are. The politicians has been dividing the people and ruling the country for their own self interest. In the next few paragraph, I will explain why I feel the temple should stay in Section 23.

    3. In addressing the temple issue, we need to understand the background of the issue. My own take on the matter may not be accurate as I based on information told to me by friends and what I have researched on the internet. The million dollar question that we need to ask is – Is it really about the temple or about politics with the aim of destabilizing the state government?

    4. From what can be seen since the infamous march with a cow head, the involvement of Dato Noh Omar and the open backing of Hishamuddin and the most recent action of few residents during the town hall meeting in Shah Alam, it can be concluded that there are bigger things at play here rather than the temple issue itself. A few ground pawns have been doing their part effectively because they know they have a big umbrella protecting them.

    5. In dealing with this matter, I believe the law of the land must be respected. If the Selangor Government chose to relocate the Sri Mariaman temple (SMT), it appears that it has failed in its responsibility and the respect to the law. It would appear that a government would give in to the thugs. Is the government so weak?

    6. Some people think that the whole Malay residents of Section 23 do not want the temple there. In reality, the basic issues that need to be asked are whether they have any right to object? What is their basis of objection? They keep saying it is because of “Muslim Sensitivity” but yet they cannot justify to meaning of the phrase.

    7. From my observation, the people that is echoing and propagating this “Muslim Sensitivity” are very few. They are a core group of people that is responsible in inciting and poisoning the minds of the residents of Section 23. The master mind that is poisoning the peoples mind in that area is only 4-5 of them. Majorities are fence sitter who doesn’t know what is right and what is wrong.

    8. Islamic law, the Malaysian law and constitution does not forbid non Muslims to practice their religion. Physically the chosen site is in Section 23 is good for everyone. It has a good access unlike the one in Section 19. I believe the best step forward is for the State Government should consider is too actually obtained feedback from residents who are able to give their views professionally and without the interference of thugs.

    9. Maybe, MBSA or/and Shah Alam PAS members should form a special team and visit each resident and talk to them individually at their home and listen to their views and argue professionally in this respect. Collate this information and understand the real issues with the residents. I believe the residents if interviewed at the comfort of their home or office should be able to explain things rationally.

    10. The state must stop this political interference. It must follow the law of the land. They must not be intimidated by a bunch of thugs. The country has laws. If the thugs want to create problem like killing people or burning temples down, let them do it. The state should ask the police to handle such matters. After all that is what they are paid for. The police must do their part. It is time that all Malaysian must learn to accept their neighbors.

    11. As a Muslim, I am truly ashamed that the Section 23 thugs have failed to show their intellectual strength. It is a bad reflection on all of us Muslims in Malaysia. Selangor government, I urged that you maintain your stand and it would be good if PAS Shah Alam will make a stand on this matter openly.

  3. zamzibar@yahoo.com said

    Dr. Rafick tu Muslim ke? Dia tu kaki sibuk memekak masa kes tanah runtuh dan bukan membantut mangsa. Orang PKR beb, depan dan belakang boleh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: