Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PERINGATAN TERAKHIR

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 8 September 2009

Oleh: Anak kecil Dari Gunung

Akhir-akhir ini ramai orang yang lupa diri. Hanya disebabkan warna bendera parti yang berbeza, ideologinya yang tidak sama, segala perkara dijadikan “ Modal “ politik untuk meraih sokongan. Soal sensiviti dan menghormati maruah orang lain kini sudah menjadi perkara kedua.

Natijahnya, fasal-fasal sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3(1),(2),(3) DAN (5), Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38(5), Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181(1), mula menjadi bahan perdebatan umum dan dipersoalkan kewajarannya.
Lebih parah , ada cadangan untuk mendakwa keputusan sultan di Mahkamah ekoran keputusan bagindayang tidak memihak kepada parti politik tertentu.

Kegetiran ini jika tidak kena gayanya bakal membawa petaka besar kepada negara. Tiadak ada bangsa dan negara yang mampu bertahan jika perlembagaannya ditafsirkan mengikut selera pemimpin politiknya, dan dipersoalkan secara terbuka oleh rakyat.
Maka, dalam konteks ini, peringatan “terakhir “ Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, pada 6 Ogos lalu tentang tujuh wasiat Raja- Raja Melayu, sewajarnya diteliti dengan penuh hikmah oleh semua pihak. Wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu mengandungi perkara berikut;

• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain
gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
• Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
• Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
• Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Tujuh wasiat ini menjadi pegangan untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik, bangsa dan agama. Tidak ada pengecualian dan pertikaian dalam menerima pakai wasiat ini. Jika diteliti, wasiat ini sebnarnya merupakan “ NADI ‘ kewujudan Perlembagaan Persekutuan.

Dari segi sudut yang lain, tujuh wasiat ini juga merupakan peringatan penting kepada orang melayu. Akhir-akhir ini dalam kalangan orang melayu, mula wujud banyak watak Si Kitul dan Raja Mandalir yang menghuru-harakan bangsanya demi kepentingan peribadi. Hinggakan ungkapan “ Sembah Derhaka “ terpacul keluar daripada mulut seorang bekas menteri besar yang bernaung dibawah parti berlabel Islam.

Sebagai bangsa yang bermaruah, orang Melayu meletakkan kesetiaan kepada Raja Melayu sebagai teras yang penting. Jika orang Melayu menghormati Perlembagaan persekutuan, maka institusi beraja harus di lindungi dan dipertahankan. Apatah lagi, “ Sembah Derhaka “ yang dibuat oleh Bekas Menteri Besar itu hanya disebabkan oleh keengganannya menerima kenyataan perubahan politik semasa. Krisis ini cukup memalukan orang Melayu.

Pergeseran politik dalam kalangan orang Melayu cukup kritikal sehingga ada pihak yang berani mendakwa diri mereka “ Lebih Melayu “ daripada orang Melayu lain dan diri merekan “ lebih Islam “ daripada orang islam yang lain. Semua ini merugikan orang melayu sendiri. Selagi orang melayu berpecah belah dalam semua perkara hanya disebabkan kiblat politik mereka yang berlainan arah, selagi itulah tujuh wasiat Raja-raja Melayu ini gagal difahami mengikut konteksnya malah, dipolitikkan pula mengikut selera politik masing-masing.
Hari ini ada sesetangah orng melayu sendiri mengkhianati tujuh wasiat raja-raja melayu tersebut sehinggakan banyak pihak mengambil kesempatan atas perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang melayu.sesiapa sahaja yang hidup di negara ini harus memahami dan menghormati tujuh wasiat Raja-raja Melayu.

Lebih malang lagi akibat pergeseran politik, orang melayu seolah-olah hilang pedoman hinggakan perkara dalam Perlembagaan persekutuan menjadi citra kepada Tujuh wasiat Raja-raja melayu tidak diperdulikan. Jika dalam kalangan pemimpin politik Melayu sendiri tidak mengormati tujuh wasiat ini, bolehkah kita mengharapkan bangsa lain menghormatinya?
Bertitik tolak daripada persoalan ini, muncullah budaya politik yang tidak sihat dalam konteks politik pelbagai kaum dinegara ini. Sudah kedengaran suara-suara “ Sumbang “ daripada pemimpin politik mewakili kaum tertentu yang mencabar keluhuran beberapa fasal sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka yang berani tidak bertempat ini, tidak memperdulikan soal implikasi daripada kenyataan yang mereka berikan. Paling penting, mereka dianggap “ Jaguh “ oleh kaum masing-masing. Maka muncullah kenyataan daripada pemimpin politik bukan melayu yang mahu istilah “ Ketuanan Melayu “ di rombak kerana menurut mereka semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara dan konsep ketuanan melayu seolah-olah menggambarkan hubungan “ Hamba” dengan “ tuan “.

Lebih melampau, ada pula pemimpin politik bukan melayu daripada Pakatan rakyat yang mendakwa kononnya dasar-dasar afirmatif ( contohnya Dasar ekonomi Baru) untuk membantu orang melayu dan Bumiputera mirip kepada Dasar Aparteid di Afrika selatan.
Diperingkat badan bukan Kerajaan ( NGO ) pula, sudah mula muncul gerakan lantang yang tidak kena pada tempatnya untuk membincangkan beberapa perkara sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan. Natijahnya, berlangsunglah Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam Malaysia pada Ogos tahun lalu. Kemudian muncul desakan NGO untuk mengkaji semula bidang kuasa Mahkamah sivil Dan Syariah, sedangkan semua itu sudah termaktub dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan tentang perlindungan bidang kuasa mahkamah syariah daripada campur tangan mahkamah sivil.

Jika rakyat Malaysia beregang kuat pada prinsip Rukun Negara, tidak timbul soal mencabar Perlembagaan Persekutuan apatah lagi melanggar Tujuh wasiat Raja-raja Melayu. Kaum bukan melayu bertuah tinggal dibumi Malaysia yang menyediakan peluang kejayaan dan kekayaan bagi sesiapa sahaja. Kaum cina misalnya, menguasai ekonomi negara ini sekian lama tanpa kalangan daripada pemerintah kerana negara ini sentiasa memberikan ruang kepada sesiapa yang berusaha.

Jadi, jangan sampai kerana sikap mementingkan diri sendiri kita semua menggadaikan nilai yang kita kongsi bersama sejak 52 tahun merdeka dan tujuh wasiat Raja-raja melayu ini memperingatkan semula kita tentang nilai yang semakin kita lupakan. Pendek kata, sejauh mana kita rakyat Malaysia menghormati dan menjunjung tujuh wasiat Raja-raja melayu ini, terpulanglah kepada kita sendiri. Pemimpin politik sebagai salah satu agen yang membentuk persepsi masyarakat, bertanggungjawab penuh untuk melorongkan pemikiran masyarakat ke jalan yang betul dalam memelihara perpaduan dan keharmonian yang kita nikmati selama ini.

Cukuplah dengan permainan politik dangkal yang akhirnya merugikan kita semua. Perpatah Melayu ada mengingatkan, “ Jangan nanti kalau menang, kita menjadi arang, kalah pula kita menjadi abu.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: