Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BOLEHKAH ANWAR DIPERCAYAI?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 7 September 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

“Saya Tidak Memilih PAS sebagai wadah perjuangan kerana parti itu mengamalkan pendekatan Islam yang kasar dan gopoh.” “Fahaman dan amalan sesetengah tokoh ulama PAS telah menghakis minat saya untuk berjuang memajukan umat Islam menerusi parti itu.”

“Saya tidak sanggup melihat bagaimana sebuah parti Islam menilai kebolehan pemimpin mereka berdasarkan sejauh mana seseorang itu boleh mengkafirkan saudara sesama Islam.” “Saya memilih memperjuangkan Islam menerusi Umno dan bertanding dalam pilihanraya tahun 1982. Saya telah membuat keputusan yang bijak dengan tidak memilih PAS. Pendekatan dakwah dan politik Islam amalan PAS boleh menjatuhkan kesucian agama.

(Ucapan Anwar Ibrahim di Majlis Talimat khas kepada kakitangan kerajaan di PWTC pada 11 April 1995)

“Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang berjuang untuk kepentingan satu kaum seperti yang diamalkan oleh DAP dan parti-parti pembangkang lain. Saya tak Nampak pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang berjuang dan berkerjasama dengan orang-orang Melayu.”

(Anwar Ibrahim Berkata ketika berucap di perhimpunan rakyat di kongsi Sin Quah di Pulau Pinang, pada 14 April 1995)

“Saya hairan bagaimana masih ada orang Melayu yang sanggup berkerjasama dengan DAP sedangkan Encik Lee Lam Thye yang telah lama berada dalam DAP tidak boleh berkerja dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang.”

(Anwar Ibrahim semasa member ceramah di kubang Menderong, Kepala Batas, Pulau pinang Pada 15 Oktober 1990)

Saudara/Saudari, Semua di atas diucapkan Anwar Ibrahim semasa berkuasa dulu. Renung dan fikirkan akan siapakah sebenar Anwar dan bolehkah kita sebagai bangsa Melayu dan beragama Islam terus mempercayai beliau?

Advertisement

2 Respons kepada “BOLEHKAH ANWAR DIPERCAYAI?”

  1. alkahfi said

    Di beri susu…tapi kau balas tuba…
    Tun Mahathir bebaskan dari ISA dan seterusnya sokong beliau di dalam politik UMNO…sehingga dapat menjadi orang No2..
    Apa yang Tun dapat….di cerca..di nista..bukan nya terima kasih
    Apa kah perasaan kita..jika anak lelaki yang kita sayang..kita tatang bagai minyak yang penuh yang menjadi harapan kita….bila dah besar punggung kita nak di liwat nya….
    Macam ini punya orang pun ada kah….
    Ceh ! busuk punya orang..langsung tak boleh pakai
    Main belakang punya kaki….

  2. Boleh percaya kah?

    Ummi dan Azizan hantar surat pada Dr M. Anwar suruh Polis (Caw. Khas) cari mereka berdua. Polis ‘tekan’ supaya kedua mereka buat kenyataan batalkan surat asal dan mengaku tulis dgn niat jahat. Hasil tekanan mereka buat surat. Anwar tak puas hati, suruh buat satu lagi surat ikut cakap dia. Dia setuju bila baca surat itu, tapi suruh polis masukkan dalam sampul surat, taruk stem, pergi pejabt pos surut matikan stem, tapi surat itu tak dihantar oleh posmen tapi diuruskan oleh policeman – Penipuan yang terbukti …pandai dia buat helah supaya surat itu nampak sahih dari Ummi dan Azizan – ni apa jenis pemimpin yang melaong siang malam tentang adil bla bla bla …. kisah lanjut mai lah singgah kat blog gue !!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: