Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Orang Melayu Lupa Diri

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 5 September 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

melayu lupa diri...

Kita sedih kerana banyak orang Melayu sendiri yang lupa semua itu, terutamanya golongan muda. Mereka lahir pada zaman senang. Mereka tak faham mengapa perlindungan perlu diberikan kepada orang Melayu.Apa perlunya hak istimewa orang Melayu?

Kita rasa salahnya cara kita didik anak-anak muda ini. Tak cukup pelajaran sejarah. Kalau ada pun tak ada penghayatan. Kita tumpu pada peperiksaan, kita lupa mereka perlu hayati pengajaran sejarah, bukan menghafal macam burung kakak tua untuk lulus peperiksaan.

Banyak orang lupa perlunya kita beri perlindungan kepada orang Melayu. Mereka lemah serba-serbi, terutamanya dalam hal pelajaran dan ekonomi. Sebab itulah ada Dasar Ekonomi Baru ( DEB ).

DEB ada lemahnya, tapi DEB lahirkan masyarakat perniagaan Melayu. Dulu orang Melayu hanya berniaga kecil-kecil di pasar, tepi jalan atau warung. Sekarang Orang Melayu dah jadi ahli perniagaan besar dan hebat. Hari ini pun, orang melayu tak mampu lagi bersaing dengan orang lain. Memang ada pencapaian dalam banyak hal, tetapi masih jauh ke belakang. Memang sedap cakap pasal nak amal meritokarasi, tapi siapa yang untung? Kalau betul sistem sama adil hendak dibuat, takkan dapat masuk anak-anak melayu ke fakulti perubatan, kejuruteraan dan sebagainya. Ramai anak Melayu tak dapat bersaing dengan kaum lain sebab mereka datang dari kampung.

Kita bukan kata orang Melayu perlu dilindungi sampai kiamat. Memang betul orang Melayu perlu keluar daripada sikap bergantung pada kerajaan. Tongkat orang Melayu tak boleh kekal sampai bila-bila, tapi dengan melindungi kepentingan orang Melayu tak rugikan bangsa lain, apa salahnya?

Orang Cina tak jadi miskin kerana kerajaan tolong Melayu. Malah mereka jadi lebih makmur dan kaya. Ada orang melayu yang lebih sudu daripada kuahnya, sebab itulah kita hadapi banyak masalah pada masa ini. Nak tolong orang Melayu pun kita takut. Perlu minta maaf pada orang lain.

4 Respons to “Orang Melayu Lupa Diri”

  1. jaa_1902 said

    sememangnya orang melayu sekarang mudah lupa diri!! sokong dengan entri diatas.

  2. pakcikli00 said

    Asalamualaikum

    maaf mencelah
    orang melayu lupa diri kerana lupa tuhan, lupa hafal sejarah tak apa jangan lupa hafal alQuraan, setiap orang Melayu yang berugama Islam mesti sentiasa memohon pertolongan daripada tuhan sampai hari kiamat,seribu satu macam, jangan macam macam, nanti lupa pada yang Esa lagi teruk. Gunaksan ayat yang mantap sedikit.

    Terima kaseh salam hormat.

  3. alkahfi said

    Jangan pedulikan apa orang lain nak kata..tongkat kah ?…kroni kah?…. yang penting orang melayu wajib di bantu..pendek kata sebut sahaja melayu…wajib kita bantu….semangat kemelayuan kita telah luntur..kerajaan sendiri bertanggungjawab melunturkan semangat kemelayuan kita dengan semangat muhibah…semangat muhibah di terap kan setiap hari didalam minda anak melayu..setiap hari anak melayu di ajar untuk bertolak ansur dengan bangsa lain..sehingga tiada lagi rasa curiga dihati melayu..tiada langsung rasa sangsi..sehinggakan setiap kali kita di tolak..setiap kali kita beransur…kita sentiasa mengalah…mengalah dan mengalah..dan ini lah sifat yang di tanam kam dalam minda anak melayu..supaya sentiasa mengalah…
    Anak kecil ibarat kain putih..dan akan menjadi corak mengikut apa yang kita ingin kan..kalau di corak batik..menjadi batik lah ia..dan sekiranya di corak petak..menjadi petak lah ia..
    Dan jika anak melayu di didik dengan sifat mengalah ..sudah pasti mereka akan hilang daya juang..mereka hilang daya saing….apabila bersaing dengan bangsa lain mereka pasti akan tewas…bukan kerana mereka tidak pandai..tetapi mereka cepat mengalah…mereka tiada daya saing…bukan salah mereka..tetapi asuhan yang salah yang terbit dari polisi politik pemimpin melayu itu sendiri….
    Semangat muhibah sebenar nya tiada di hati bangsa asing..mereka sentiasa prejudis dengan bangsa melayu…mereka hanya pandai bersandiwara sahaja…pepat di luar tetapi rencong di dalam…
    Oleh itu ..jika kita ingin orang melayu berjaya …dan dihormati oleh bangsa lain…kita harus bersatu dari sekarang..kita harus bersatu mengembeling tenaga membantu bangsa melayu..tidak kira apa pun perkerjaan kita…dan apa jua yang kita lakukan …kita mesti tanam kam sifat untuk membantu orang melayu…sifat ingin membantu sesama melayu harus ditebal kan di dalam minda anak anak melayu…perkara membantu melayu harus menjadi agenda no satu di dalam hidup kita…
    Pasti kan ketuanan melayu di pertahan kan
    Jangan biar bangsa kita di perhambakan oleh orang asing…
    cintai lah bangsa kita….

  4. arjuna waspada said

    Setelah di ajar agar anggap diri sebagai Orang Rakyat Malaysia ,Melayu tidak lagi bangga dengan keMelayuan.
    Malah ade sesiape dalam pentabiran 1Malaysia yang menanjurkan di buang klassify BANGSA dari borang resmi.
    Melayu tinggal ape ?
    PNB pun dah jual saham amanah kuota Melayu kpd orang BUKAN Melayu.
    Kat mana silap nya semua ni ?
    Sakit hati aku.
    Geram rase nya.
    Marah betul kpd siape ah ????
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: