Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BERSUARA BERLANDASKAN FAKTA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 4 September 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Ketuanan Melayu sudah terlalu kerap dipertikaikan baik dalam kalangan Pembangkang mahupun penyokong kerajaan sendiri. Ada usaha untuk menghapuskan hak istimewa kaum Bumiputera dalam ekonomi dan pendidikan atas dasar kesamarataan. Ungkapan kebebasan beragama pula diputarbelitkan sehingga memberikan gambaran bahawa Islam bukan agama utama di Malaysia. Ironinya bahtera ‘ Pengkhianatan , ini turut di kemudikan oleh orang Melayu sendiri demi memenuhi nafsu menduduki tampuk kuasa pemerintahan secara tergesa-gesa.

Kewujudan institusi raja juga disanggah tanpa menyingkap bukti sejarah. Sudah acap kali pula raja-raja Melayu memerintahkan rakyat supaya akur pada kontrak sosial tetapi tidak di endahkan. Walau bagaimanapun golongan “ Mabuk Kuasa “ ini terus menyempurnakan agenda mereka dengan mengheret rakyat yang tidak bersalah. Mereka seolah-olah mendapat tenaga luar biasa setelah mendapat sedikit kuasa melalui pilihan raya hasil permainan sentimen politik yang sempit. Dengan sokongan masyarakat luar yang sejak dahulu mencemburui pencapaian baik Malaysia dalam pelbagai bidang, usaha mereka sudah kelihatan seperti misi global.
Apakah yang tidak kenanya dengan negara padahal negara sudah mengecap kemakmuran dan keharmonian sejak puluhan tahun dahulu? Adakah ketenteraman dan Keamanan bukan sesuatu yang berharga hingga kita sanggup menggadaikannya dengan melakukan huru-hara dan demontrasi tanpa diketahui hujung pangkalnya?

Tujuh wasiat Raja-raja Melayu yang didedahkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak, baru-baru ini mungkin boleh mengembalikan sebahagian masyarakat kita yang sedang berada di dalam dunia khayalan supaya kembali ke alam nyata. Ini bukanlah kali pertama raja-raja Melayu mengingatkan rakyat tentang kontrak sosial yang dimeterai sebelum negara mencapai kemerdekaan. Yang terlibat dalam perbincangan tersebut bukan sahaja raja-raja malah ahli politik pelbagai kaum dan penjajah British. Sudah tentu pihak-pihak yang terlibat sudah membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat keputusan. Mereka meneliti realiti politik ketika itu dan jangkaan yang akan berlaku. Dua daripada wasiat tersebut yang wajar di berikan perhatian oleh setiap insan yang bernafas dibawah langit Bumi Malaysia adalah:

• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan
Untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan melayu sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Kelayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain ( Kemudian di tambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Jika kita mengaku bahawa kita sudah cukup matang, kita akan mendapati bahawa dua wasiat tersebut dapat menjawab segala pertikaian yang ditimbulkan akhir-akhir ini. Tidak ada sesiapa yang dinafikan haknya. Pengenalan slogan “ Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian diUtamakan” sekadar memperkukuhkan gagasan murni pemimpin negara yang berjiwa besar sejak dahulu lagi.

Sejarah harus dijadikan rujukan supaya kita tidak terjerumus ke lembah kecelakaan lagi. Memang kebebasan bersuara milik setiap insan yang diakui mana-mana agama dan fahaman pun. Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna kita bebas memperkatakan perkara yang bukan-bukan. Kita hendaklah bersandarkan fakta sebelum meluahkan pandangan. Alangkah malangnya jika negara porak-peranda gara-gara sebahagian rakyatnya tidak berhemah dalam meluahkan pandangan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: