Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

ANWAR WIRAKAH ATAU PETUALANG BANGSA & NEGARA?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 4 September 2009

Oleh:- Mawar Berdarah

Kita sedar bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim hanya mahu menjahanamkan bangsa Melayu kita dengan konsep kesamarataan beliau yang mahu memberi taraf yang sama kepada semua kaum di Malaysia. Kita lihat bagaimana beliau telah menaburi janji kepada kaum bukan Melayu dan menyokong Bar Council dalam forum “Memeluk Islam” dan menyokong agar pintu UITM dibuka kepada bukan Melayu.

Tanah ini Tanah Melayu dan sesungguhnya hakikat ini harus disedari dan ditaati oleh semua kaum. Agama Islam, Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan. Kenapa pula kita harus biarkan Dato Seri Anwar merungkai apa yang telah disempurnakan oleh pejuang – pejuang Melayu dahulu?

Bangsa Melayu tidak harus lesu dan kaku dalam menghadapi cabaran terbaharu yang melanda ini. Kita harus bangun menuntut hak kita di Tanah Melayu kita.

Kita sedar bahawa kaum-kaum lain di Negara ini hanya berani apabila melihat anak bangsa kita sendiri seperti Dato Seri Anwar memimpin mereka dengan tujuan menerus mencaci dan mengaibkan kita dimata kaum bukan Melayu. Buktikan kepada mereka kita bukan dayus. Buktikan bukan dengan cara keganasan tetapi dengan melaksanakan tanggungjawab kita dengan menerangkan kepada rakyat siapakah sebenarnya Anwar dan bentuk fitnah yang dijaja beliau.

Sekiranya ini pun tidak mampu kita lakukan, janganlah kita mendabik dada kepada rakyat dan generasi akan datang dan mengaku kita adalah Melayu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: