Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Salah Tafsir kebebasan Bersuara

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 3 September 2009

Oleh: Anak kecil Dari Gunung

Demokrasi bukan lesen untuk bebas bersuara atau melakukan apa-apa sahaja. Demokrasi juga mempunyai batas yang perlu di hormati. Baru-baru ini, majoriti umat islam di negara ini tersentak dengan kenyataan dua orang wakil rakyat DAP, Jeff Oii ( Ahli Parlimen Jelutong )dan Ronnie Liu ( Exco Kerajaan Negeri Selangor ) yang terang-terangan mempersendakan islam. Kononnya atas “ LESEN “ kebebasan bersuara dalam sistem demokrasi, Jeff Oii yang juga ketua staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, secara terbuka mengaitkan Syariah islam dengan ekstremis agama. Manakala Ronnie Liu pula mempersendakan hukum islam dengan menyatakan bahawa bir bukan minuman keras.

Apa yang sudah terjadi kepada dua orang wakil rakyat DAP ini? Jika kedua-duanya “ BUTA “ tentang islam, mengapa dengan angkuhnya mereka memperkatakan soal agama suci itu. Jika mereka mendakwa demokrasi memberikan hak untuk sesiapa sahaja bebas bersuara, mengapa dalam demokrasi juga dituntut kepentingan masyarakat perlu mengatasi kepentingan individu?

Bukankah kenyataan dangkal mereka itu menjejaskan keharmonian masyarakat sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk daripada sekutu DAP sendiri? Jadi, kitab demokrasi mana sebenarnya yang mereka rujuk sehingga “ terkeluarnya” kenyataan sebegitu?

Pihak yang mendakwa demokrasi merupakan lesen untuk mereka bebas bersuara sebenarnya terlalu jahil tentang tafsiran demokrasi itu sendiri. Lihat sahaja kes pembunuhan MARWA AL-SHARBINI, seorang wanita Islam Mesir yang ditikam 18 kali, didalam ruang Mahkamah Dresden, Jerman, penghujung Jun lalu. Mengapakah protes besar-besaran masyarakat Islam antarabangsa terhadap Kematian MARWA langsung tidak diberikan liputan sewajarnya oleh BBC, CNN, ABC, Fox News dan media barat yang lain? Dimana hilangnya prinsip kebebasan bersuara di benua yang mengagungkan demokrasi liberal itu.

Terang-terangan kes MARWA ini menunjukkan tafsiran kebebasan bersuara dalam demokrasi diputar-belitkan tafsirannya oleh pelbagai pihak yang berkepentingan. Jadi, adakah dua orang wakil rakyat DAP itu juga tergolong dalam kumpulan yang berkepentingan itu. Seperti biasa selepas ini sandiwara politik arahan dua orang wakil rakyat DAP ini ditamatkan. Penamatnya seperti boleh diduga,kedua-duanya mendakwa kenyataan mereka diputar-belitkan media atau paling tidak pun, kedua-dua memohon maaf secara terbuka ( setakat ini belum ada permohonan maaf dikeluarkan )

Kemudian, pada masa depan polemik sebegini pasti muncul semula rentetan kenyataan daripada pemimpin mana-mana politik yang lain pula. Jadi, sekali lagilah..kita terpaksa berbahas tafsiran prinsip kebebasan bersuara yang sebenarnya !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: